Rabu, April 29

Rupa-rupanya

saya dan sahabat-sahabat semua bakal pulang minggu hadapan. Pejam celik pejam celik, dah hampir 2 bulan kami menghabiskan masa kami di bilik sewaan kami tanpa perlu menghadiri kuliah, tanpa perlu membuat learning issues dan tanpa perlu semakkan otak memikirkan macam mana mahu selesaikan kes-kes rumit. Saya sungguh tak sabar mahu pulang. Sudah hampir setahun saya tidak pulang. Walaupun keputusan peperiksaan tidak lagi saya ketahui, tapi apa-apa keputusannya saya tetap akan pulang pada 6 Mei 2009. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua.

Banyakla plak aktiviti yang saya sertai sebelum pulang ni.

29/4 : Bersama alumni ESQ.

30/4 : Pergi tempat A'agym. Seharian saya di sana. InsyaAllah jika tiada aral melintang.

1/5 : Comparative religion oleh Bro Shahkirit di Fakultas Kedokteran. Sesiapa yang berminat sila hubungi Suhaijah.

2/5 : Sambungan comparative religion oleh Bro Shahkirit. Dinner kat Jatos.

3/5 : Makan-makan sama ahli lantai bawah.

4/5 : Pergi Pasar Baru. Farewell party oleh Padma

5/5 : Kedai CD, koleksi siri Naruto yang terbaru perlu saya dapatkan buat si abang yang
kaki naruto.

6/5 : Judicium 2 dan pulang ke Malaysia.

Ada satu tempat yang saya menyimpan angan-angan mahu ke sana, namun tiada rezeki. Mahu melihat sendiri keadaan Banda Aceh yang juga terkenal sebagai Serambi Mekah. Mahu melihat Lok Nga yang teruk dikerjakan ombak Tsunami suatu ketika dahulu. Mahu melihat sendiri tempat yang menjadi latar bagi kisah Hafalan Shalat Delisa oleh penulis Tere Liye.

4 komentar:

Lailyvia Mohd Ishak mengatakan...

InsyaAllah Ani, semua urusan dipermudahkan DIA.. Ani, aku pun simpan angan2 nak kesana.. siap berangan lagi nak naik feri dari penang ke melaka gi ke sana. InsyaAllah kalau diizinkan Allah dari segi kewangan, masa dan fizikal yg sihat, aku akan capai jugak cita2 tu satu hari nanti.. Aku suka cerita hafalan shalat delisa. Satu2 cerita yg paling aku suka. Lagi satu aku mau pinjam buku yg pada hayat tu dari Tere Liye jgk tajuk dia rembulan ape ntah (lupe tajuk) cerita tentang rehan ngan diar tu. Aku baca suku je. Best cerita tu.. mau pinjam!! mau2!!

Salam..

hana mengatakan...

Nak pinjam sila datang bilik aku.
Aku malas nak kuar pi Alpina.

suhaijah mengatakan...

adeih...contact suhaijah pulak. malu kalu ajk nmpak.heheh...
bleh contact suhaijah TAPI pastikan anda adalah TWP06 ok. ~pilih bulu ckit.haha.

hana mengatakan...

oh gitu ke. ok..khas tuk twp06 je.