Jumat, April 3

Indonesia menangis lagi

Salam.
Saat aku ingin ke kampus semalam, aku terserempak dengan sekumpulan mahasiswa/i yang sedang memungut derma untuk satu tragedi yang baru melanda Bumi Indonesia. Tragedi Situ Gintung. Hujan tanpa henti selama tiga hari telah menyebabkan air di empangan melimpah dan empangan tersebut pecah. Air empangan tersebut telah menenggelami kawasan seluas 1000km persegi. Itu kata kawanku. Aku pun belum sempat melihat pokok cerita sebenar.

Namun, sebagai mahasiswa/i yang peduli, hulurkan bantuan anda. Membantu saudara kita di sini. Ringankan beban mereka. Aku sertakan video untuk tatapan semua. Yang menarik, banyak rumah-rumah yang ditenggelami air dan hancur, tapi perhatikanlah masjid, rumah Allah malah kukuh di situ. Sama seperti kejadian tsunami 26 disember 2004. Indonesia punya 1001 sebab untuk kita yang selesa ni insafi dan syukuri.






Ini nasihat untuk aku. Aku tengah nak sedapkan hati dan agar lebih bersemangat.

"It's not what's happening to you now or what has happened in your past that determines who you become. Rather, it's your decisions about what to focus on, what things mean to you, and what you're going to do about them that will determine your ultimate destiny. "
Anthony Robins

8 komentar:

Nurul Amiza mengatakan...

salam ani,

tatkala mendengar berita, seringkali indonesia ditimpa bencana dan ujian,
mengapakah? sedangkan umat islam paling ramai disini, tentu ada hikmah yang hanya Dia Yang Maha Bijaksana mengetahui, kerana itu tugasNya.

tugas kita sebagai sesama manusia dan saudara seislam, hulurkan bantuan yang termampu.jgn lupa doa.

juga belajar erti syukur bagi kita yang sentiasa diselimuti kesenangan.

ani perlu semangat!!semangat sahabatku^^,(sye pun slalu tak semangat)

hana mengatakan...

Wslm,
Bukankah orang yang beriman itu akan selalu diuji? Bukan untuk menyusahkan, tapi untuk mentarbiahkan kita. Rakyat Indonesia sedang menerima tarbiah dari Allah untuk mereka bangkit menjadi lebih kuat, sahabatku.
Terima kasih ingatkan tentang doa. Saya lupa nak tulis =)

haha.
Yup. Saya kena kuat!
Awak pun kena kuat!
Semangat, Semangat!
tetap bersemangat untuk berjihad.
Syukran jazilan.

BalQis mengatakan...

Salam hana,

Di tempat kamu tinggal sekarang di Indonesia, selalukah berlakunya malapetaka begini? Yang ini di Situ Gintung (di mana itu, ya?) dan kamau belajar di kepulauan mana?

Apa pun, kamu lebih dekat untuk merasai, dan lebih2 pula terkesan dgn pengajaran berhikmah dari Yang Maha Esa. Hanya ujuran doa mampu saya hulurkan buat mereka semua.

hana mengatakan...

Wslm, BalQis.

Indonesia memang sering dilanda malapetaka. Tsunami2004 di aceh,tsunami2007 di pangandaran (agak dekat dengan tempat saya belajar), banjir (kerana sangat sering hujan), lumpur lapindo (saya tak tau bagaimana keadaannya sekarang dan sebab kenapa terjadinya limpahan lumpur ini), gunung berapi meletup dan gempa bumi(pernah terjadi gegaran sehingga tempat saya, namun saya tidur mati,kawan saya yang masih lagi jaga merasainya). Banyak lagi mungkin, ini hanya secara kasar.

Situ Gintung terletak di Pulau Jawa, spesifiknya di Jawa Barat, hampir dengan Jakarta. Saya belajar di Pulau Jawa,spesifiknya jawa barat namun di Bandung (jolokan yang seringkali diberi oleh malaysians tuk bandung ialah syurga membeli belah). Namun, sebenarnya jakarta dan bandung hanya 3 jam je. Agak dekat. Bandung terletak di kawasan tanah tinggi, agak spt cameron highland, jakarta pulak sangat hampir pada laut, kwsn tanah rendah. Jadi, sebenarnya, cuaca di tempat saya agak sejuk, dibanding jakarta yang panas membara.

Yup. Doa itu senjata umat Islam. Kita juga telah melakukan peranan kita walaupun tidak bersama mereka. May Allah bless you, my dear friend.

BalQis mengatakan...

Owh, thanx for the info. Menarik. Pulau Jawa, ya... belajar di tempat pergunungan, tentu mudah masuk dan terang hati. (^-^)

Lumpur lapindo itu masih belum berhenti lagikan sekarang?

hana mengatakan...

InsyaAllah. Amin buat doa kamu. Disebabkan sejuk, dan berada di pergunungan, bilik saya tidak punya kipas atau air conditioner.hehe.

Rasenye tak berhenti lagi. Sebab ia masih lagi menjadi isu di Indonesia. Jika ingin tahu lebih, awak boleh layari laman web ni,

http://www.korbanlumpur.info/

jangan risau tentang bahasa, ia ade pilihan bahasa inggeris
=)

K H A Z I N A T U L A S R A R mengatakan...

salam ani, ani pekaba? ani sehat? ani camne kat sane? ani ok? jage diri k, semoge sentiase kuat. kalo ade pape nak share ngan ten,ani cakap la k, even jauh, ten doakan terbaik buat ani, salam saayang dari pacific :D

hana mengatakan...

Wslm dan salam buat fathen.
Ani sihat Alhamdulillah. Harap ten sihat sokmo. Ani down kejap hari tu. Ni doh ado semangat balik. Terima kasih ten sbb concern. Kalu ade pe2, ani bagtau lewat email. Terima kasih bebanyok. Salam sayang.