Rabu, April 29

Di pengakhiran kuliah

Kisah dari doktor saya.


Suatu masa dahulu, ada seorang anak kecil, laki-laki yang didiagnose dengan cryptorchidism atau dengan bahasa mudahnya undescended testis. Pembedahan hendaklah dijalankan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi si anak kecil.


Pada hari pembedahan dijalankan, si doktor sangat runsing kerana dia tidak menemukan di mana testis terletak. Selongkar punya selongkar bahagian isi badan, masih juga tidak ketemu. Takut dikatakan gagal oleh ibu bapa pesakit, si doktor dengan selambanya meletakkan testis buatan. Satu dari besi dan satu lagi dari batang kayu.


Pembedahan tersebut akhirnya berjaya. Doktor itu keluar tersenyum tanpa pernah bercerita apa sebenarnya berlaku.




" Ada jugak doktor camni, takde etika betul," gumamku.



Suasana di dewan kuliah menjadi senyap. Khusyuk mendengar kisah si doktor.


Selepas 15 tahun, si doktor secara kebetulan terserempak dengan pesakit yang suatu masa dahulu pernah dibedahnya. Doktor tersebut secara berjenaka bertanya, macam mana keadaan kamu sekarang?

Si pesakit yang sekarang ni dah besar menjawab:
" Saya sihat. Saya sudah berkahwin dan punya anak."


Si doktor itu kelihatan agak terkejut.


Sah, isteri dia main kayu tiga.
Sah, isteri dia curang.
Mana boleh dapat anak kalau camtu.
Inilah antara hipotesis yang kami buat saat mendengar cerita doktor kami.


" Saya ada dua anak"
" Satu bernama Pinocchio, satu lagi bernama Ironman,"

Dan dewan kuliah yang sunyi sepi, hingar dengan suara tawa kami.


Laa...tipu rupanya.
wakenabeb!


" Saya bercerita sebegini agar kamu tidak melupakan saya suatu masa nanti," terang doktorku.


gonna miss you doc!

Rupa-rupanya

saya dan sahabat-sahabat semua bakal pulang minggu hadapan. Pejam celik pejam celik, dah hampir 2 bulan kami menghabiskan masa kami di bilik sewaan kami tanpa perlu menghadiri kuliah, tanpa perlu membuat learning issues dan tanpa perlu semakkan otak memikirkan macam mana mahu selesaikan kes-kes rumit. Saya sungguh tak sabar mahu pulang. Sudah hampir setahun saya tidak pulang. Walaupun keputusan peperiksaan tidak lagi saya ketahui, tapi apa-apa keputusannya saya tetap akan pulang pada 6 Mei 2009. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua.

Banyakla plak aktiviti yang saya sertai sebelum pulang ni.

29/4 : Bersama alumni ESQ.

30/4 : Pergi tempat A'agym. Seharian saya di sana. InsyaAllah jika tiada aral melintang.

1/5 : Comparative religion oleh Bro Shahkirit di Fakultas Kedokteran. Sesiapa yang berminat sila hubungi Suhaijah.

2/5 : Sambungan comparative religion oleh Bro Shahkirit. Dinner kat Jatos.

3/5 : Makan-makan sama ahli lantai bawah.

4/5 : Pergi Pasar Baru. Farewell party oleh Padma

5/5 : Kedai CD, koleksi siri Naruto yang terbaru perlu saya dapatkan buat si abang yang
kaki naruto.

6/5 : Judicium 2 dan pulang ke Malaysia.

Ada satu tempat yang saya menyimpan angan-angan mahu ke sana, namun tiada rezeki. Mahu melihat sendiri keadaan Banda Aceh yang juga terkenal sebagai Serambi Mekah. Mahu melihat Lok Nga yang teruk dikerjakan ombak Tsunami suatu ketika dahulu. Mahu melihat sendiri tempat yang menjadi latar bagi kisah Hafalan Shalat Delisa oleh penulis Tere Liye.

Kamis, April 16

Yatta, yatta!

Saya memang tengah gian. Gian menulis. Sedangkan sekejap lagi saya bakal menduduki ujian. Haha.

Saya teruskan ulasan saya sahaja. Kenapa saya menyokong idea jangan tidur larut malam.
Sebelum kita melangkah jauh, eloklah kiranya kita mengambil 2 hadis Rasulullah s.a.w.

Dikatakan Rasulullah s.a.w tidak suka tidur sebelum waktu Isya' supaya tidak ketinggalan solat Isya' dan tidak suka berborak-borak setelahnya ( HR Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar r.a diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Jangan kamu tinggalkan api di rumahmu ketika kamu tidur" (HR Bukhari dan Muslim)

Apa kaitannya hadis di atas dengan tidur larut malam?
Begini, jika dilihat pada hadis yang pertama, dapatlah disimpulkan Rasulullah s.a.w akan menghindar dari berbual bersama sahabat selepas solat Isya' untuk pulang awal ke rumah dan menghindar tidur larut malam. Hadis kedua pula, adalah saranan Rasulullah s.a.w untuk menutup lampu (jika zaman dahulu api) ketika sedang tidur. Walaupun boleh dikatakan, api itu digalakkan untuk dipadam sebelum tidur bagi mengelakkan kebakaran, namun dari segi sainsnya api/ lampu sebenarnya punya pengaruh pada satu hormone.

Hormone yang dikatakan ialah hormone melatonin.

Efek hormon melatonin ini pelbagai. Ia merangkumi sebagai antioksidan, sistem immune kita, hingga bertindak sebagai biological clock kita. Namun, di sini ingin saya tekankan fungsinya yang utama, sebagai antioksidan, malah antioksidan terkuat. Apa peripentingnya antioksidan ini? Ia mampu menghalang kerosakan DNA pada tubuh manusia lantas meminimumkan serangan kanser.

Melatonin hanya terhasil pada waktu gelap, dimulai pada saat matahari terbenam. Namun, jika terdapat cahaya di persekitaran kita, hormon ini tidak dapat dihasilkan pada kadar yang secukupnya. Haa, itulah kena tidur tutup lampu tu. Lagi satu, jika sekalipun kamu tidak tidur, namun kamu menutup lampu bilik kamu sambil menonton tv, ia juga tidak akan dihasilkan dengan kadar semaksima mungkin. TV, dan segala bahan elektronik akan menimbulkan gelombang elektromagnetik yang seterusnya akan mengganggu penghasilan melatonin. Faham ke?

Bilakah waktu puncak hormon ini? Ia antara pukul 2-3 pagi. Subhanallah. Inilah waktu yang disarankan Rasulullah untuk bangun bertahajud padaNya. Setelah mencapai waktu puncak, hormon ini akan turun mendadak. Namun jangan risau, saat tahajud hormon lain pula yang akan mengambil alih tugas melatonin, iaitu hormon kortisol( Ini bakal saya kupas dalam terapi solat tahajud ye)

Kerana itu teman-teman, janganlah tidur lewat-lewat sangat. Ia sangat tidak baik untuk kesihatan.

Nota : Sudah dua minggu saya tidur tanpa menutup lampu. Salah satu sebab saya tercari-cari apa efeknya pada kesihatan.
Nota: Peranan tahajud dalam meningkatkan sistem imun kita. Bakal saya kupas dilain waktu. Saya sekarang sedang membaca buku Terapi Shalat Tahajud.
Nota : Saya berharap penjelasan saya boleh difahami. Maaf, saya agak sulit menerangkan sesuatu.

Yatta!

Suatu masa dahulu saya pernah terbaca artikel ni. Jika belum pernah baca, silakan baca artikelnya di sini, JANGAN TIDUR LARUT MALAM di laman ST-Gallery ni. Pernah baca? Apa komen kamu?

Sila baca salah satu komen di ruangan artikel tersebut. Ada tertulis begini:

"sy rase bende ni ade kaitan ngan sistem hormon,enzim n pelbagai lg bhn pemangkin dlm bdn kite.hormon dan jugak enzim akan bertindak untuk mendetoksifikasikan kite nye toksin dlm bdn.sememangnya toksin selalu beredar dlm drh,even sume bende dlm bdn kite beredar 24 j tanpa henti.sbg cth,setiap hormon ade peak time tersendiri, yg mne hormon ni akan bertindak pd waktu2 t'tentu,bkn b'maksud hormon ni x bertindak pd waktu len,tp waktu yg bleh kite lihat aktivitinya yg maksimum ad pd waktu sumthing2.sy pk artikel di atas ad logiknye.tp kne tau lbh lg psl hormon,enzim etc. wallahu'alam" Hana.

Yup. Sayalah yang tulis tu. Ini logika saya kala itu. Setelah sekian lama, akhirnya saya mendapat jawaban atas pernyataan JANGAN TIDUR LARUT MALAM. Dan saya setuju dengan pernyataan tersebut. Saranan saya janganlah tidur terlalu lewat. Kenapa?

Penasaran ye?
Kamu ada ulasan? Atau info untuk dikongsi?
Jawapan saya bukan lagi logika semata-mata. Nanti saya sambung di lain waktu.

Hint : Ia sememangnya punya kaitan dengan sistem hormone dalam badan, waktu puncaknya dan juga semestinya fungsi hormone tersebut.

Nota : Saya ada exam, jadi takleh tulis panjang-panjang. Cuma saya tidak mahu idea saya ini hilang. Tulis jangan tak tulis.

Yatta!
Saya sudah tahu jawabannya.

Rabu, April 15

Doakan kami.

Sudah sering amat saya mendengarkan kata ini.
Bosan!
Tak tahu nak buat apa.

Hampir sebulan sudah peperiksaan akhir tahun kami. Sudah banyak aktiviti yang kami semua sertai. Sudah banyak kejutan-kejutan yang berlaku selama hampir sebulan sudah. Tapi saya di mana? Saya masih kelu. Tidak tahu apa yang berlaku. Sedih sekali pada diri saya. Saya ketinggalan jauh ke belakang. Sudah terlalu lama saya tidak berlama-lama berinternet. Banyak artikel-artikel berat yang tidak sempat saya baca. Saya jadi rindu pada diri saya. Rindu membaca artikel banyak-banyak. Rindu lepak lama-lama di website-website perubatan. Saya hanya membaca sekadar melepaskan batuk di tangga. Saya jadi tidak tahu apa-apa. Sedih sekali.

Saya sedang bertaruh pada masa depan saya. Saya sedang melakukan perkara sinting. Masakan tidak. Saya bakal pulang pada tanggal 6 Mei 2009. Tarikh ini jugalah saya mengetahui keputusan samada saya layak menyambung pengajian saya di Ukm atau tidak. Ini memang tidak masuk akal. Saya sudah hampir mengemas semua barang-barang saya. Beberapa kotak telah tersedia hanya menunggu untuk diambil dan belayar di Selat Melaka. Barang-barang bakal tiba di Malaysia dan saya masih di bumi Jatinangor, merenung diri tanpa hala tujuan. Akaun bank bakal saya tutup. Kartu Izin Tinggal Terbatas (KITAS) bakal saya tamatkan juga. Dan segala-galanya tampak nihil. Saya seperti sudah tidak ada kaitan dengan Indonesia, sehingga keputusan akhir peperiksaan saya diumumkan. Sungguh, saya dan beberapa sahabat sedang bertaruh. Pertaruhan yang cukup besar.

"Sepertinya, tak adil untuk meminta pada Tuhan untuk menolongmu mengalahkan orang lain. Aku hanya bermohon pada Tuhan, supaya aku tak menangis, jika aku kalah." - sumber blog motivasi sukses

Saya sangat terkesan dengan ayat dan kisah yang dituturkan. Lantas, saya cuma berharap apa-apa yang ditakdirkan Allah buat saya, saya dapat menerimanya dengan redha. Tak salah menangis mengenang nasib, cuma biarlah ia hanya barang sekejap sahaja. Itu saja harapan saya. Saya berharap selepas segala-galanya yang ditakdirkan Allah, saya masih tetap mampu tersenyum dan meneruskan hidup. Kegagalan bukanlah akhir kehidupan. Walaupun saya tahu, mana boleh gagal!

Kisah ini menjadi pengajaran tak terkira buat saya. Nasihat buat adik-adik junior saya, jangan pernah memandang sebelah mata subjek-subjek berjam kredit 1 seperti saya. Akibatnya, rasakanlah di tahun akhir pengajian praklinikal. You are non eligible for the fourth year promotion. Huh! Lantas saya secara wajibnya perlu menduduki ujian sekali lagi. Remedial exam yang mana nak tak nak saya perlu lulus untuk saya layak ke tahun 4. Buat teman-teman lain, InsyaAllah kita juga bakal pulang bersama-sama. Apa yang penting? Kejesame! (Ini hanya saya, dia dan dia aje yang tahu)

Doakan kami. Doa kalian amat-amat kami harapkan.

Minggu, April 5

Syukran Jazilan



Aku bersyukur dapat mengenali kalian.
Terima kasih kerana menerimaku seadanya.
Terima kasih atas tunjuk ajar kalian.
Terima kasih kerana bersabar denganku.
Terima kasih atas hadiah nan istimewa di hari lahirku.
Terima kasih atas segala gelak ketawa kalian.
Halalkan makan minum dan ilmu kalian, ya teman.
Akan sangat merindui saat kita bersama.
Syukran jazilan, ya sahabah.
Nota: Kredit buat Mera yang menghasilkan gambar yang indah ini

Jumat, April 3

Indonesia menangis lagi

Salam.
Saat aku ingin ke kampus semalam, aku terserempak dengan sekumpulan mahasiswa/i yang sedang memungut derma untuk satu tragedi yang baru melanda Bumi Indonesia. Tragedi Situ Gintung. Hujan tanpa henti selama tiga hari telah menyebabkan air di empangan melimpah dan empangan tersebut pecah. Air empangan tersebut telah menenggelami kawasan seluas 1000km persegi. Itu kata kawanku. Aku pun belum sempat melihat pokok cerita sebenar.

Namun, sebagai mahasiswa/i yang peduli, hulurkan bantuan anda. Membantu saudara kita di sini. Ringankan beban mereka. Aku sertakan video untuk tatapan semua. Yang menarik, banyak rumah-rumah yang ditenggelami air dan hancur, tapi perhatikanlah masjid, rumah Allah malah kukuh di situ. Sama seperti kejadian tsunami 26 disember 2004. Indonesia punya 1001 sebab untuk kita yang selesa ni insafi dan syukuri.






Ini nasihat untuk aku. Aku tengah nak sedapkan hati dan agar lebih bersemangat.

"It's not what's happening to you now or what has happened in your past that determines who you become. Rather, it's your decisions about what to focus on, what things mean to you, and what you're going to do about them that will determine your ultimate destiny. "
Anthony Robins