Sabtu, Maret 14

Sambungan ESQ

Dah nak habis dah. Sikit je kali ni.

4 hal yang akan dipertanyakan Allah di akhirat kelak.

1. Ilmu
2. Fizikal
3. Harta
4. Waktu

Di akhir ceramahnya, Kang Tony berkata

" Semakin banyak kamu tahu, Allah menuntut semakin banyak dari kamu"

Gulp!

Aku telan liur.
Aku sedang menzalimi diriku sendiri.

4 komentar:

nur_aishah mengatakan...

salam ziarah...
KENAPA ya....
Adakah kerana org berilmu kemampuan dia melebihi daripada org yang kurang berilmu??
seperti tokoh yang diwawancara oleh pihak media yang pendapatnya dapat mempengaruhi org lain??
Cth: Isu PPSMI yg dibangkang habis-habisan oleh sasterawan Negara( Dato A.Samad Said)

Itu ke maksud Kang Tony??

Semoga kita diberikan petunjuk oleh-Nya

hana mengatakan...

Salam buat kamu.
Orang yang berilmu lebih tinggi darjatnya dari orang yang tidak berilmu. Pernah dengar kan?
Tidak semestinya orang yang popular itu orang berilmu. Kita mungkin orang berilmu itu? siapa tahu kan?
Ini yang saya faham, kalau kita telah mengetahui sesuatu, adalah seeloknya kita menyebarkan. Ini yang diajarkan dalam Islam. Jika teman kita berbuat salah, kita tegur, agar dia tidak berbuat perkara yang sama. Mungkin teman kita tidak tahu itu salah, atau dia lupa. Tugas kita ialah memperingatkan. Sama juga dgn kita. Jika kita salah, kita sepatutnya ditegur. Mungkin kita tidak tahu, atau lupa. Tugas kita di bumi ini ialah menjadi khalifah. Berat tugas itu.

Kerana itu, kita masih lagi melihat golongan agama/ orang yang berilmu yang masih berani bersuara ketika dunia menentang mereka. Bukan kerana kepentingan peribadi, tapi kerana mereka sedar tanggungjawab itu. tanggungjawab berdakwah kepada sesama muslim, malah non muslims.

Kita sebagai muslim sebenarnya punya tugas berat itu.

Wallahu a'lam

Nur mengatakan...

Salam Hana yang dimuliakan,

Sahabat-sahabat akak sentiasa berpesan kepada akak - belajarlah kepakaran di luar negara, dan dikembalikan kepada agama di tanah air. Gerun bukan pesanan nya?

Aduhai jiwa! Serasa Maha Berat tugas seorang khalifah ini, tapi ya, Allah swt itu Maha Mengetahui segala kesengsaraan hamba-Nya, kan?

Looking forward to see u dik, back in BolehLand!

:D

hana mengatakan...

Wslm Kak Nur sayang =)
Maaf kerana lambat mengapprove komen akak.
Itulah. Tugas ini berat. Namun, itu janji kita. Lakukanlah yang terbaik.

InsyaAllah kak. Saya bakal pulang mei ini. Jika punya kelapangan, saya juga ingin ketemu akak.

:)