Minggu, Maret 8

Hanya suatu pilihan..

Ini adalah cadangan yang sangat bernas. Aku teruja saat kakakku melontarkan pandangannya.

"Belilah emas kat sana," cadang kakakku.

Damn!

Apsal dulu aku tak pernah terfikir benda ni.
Nilai rupiah sangat rendah. Sangat rugi jika aku tukarkan ke ringgit malaysia.
Emas pula nilainya hampir sama. Tak pernah berubah. Jika aku beli di sini dan tukarkan di Malaysia aku masih juga untung.

Namun ini hanyalah cadangan. Melihatkan mukaku yang sememangnya naif ni, ditambah aku jenis yang tak tahu apa-apa pasal emas, nak berlagak tahu pun tak boleh dan sikap orang Indonesia yang memang bermulut manis, aku kira akulah manusia yang paling senang kena tipu. Cadangan ini bukan cadangan biasa sebenarnya. Adalah lebih baik menyimpan wang kita dalam bentuk emas. Sangat selamat untuk masa depan.

2 komentar:

Farhan mengatakan...

salam,
rasa kelakor bila awak kata awak la org paling mudah kena tipu..dr mana blh mudah kena tipu.

tp betul sgt la apa yg kakak awak cakap tu..tp byk benda lagi kena tahu kalau nak simpan emas..bkn soal tipu menipu je kena arif..halal haram pun kena ambil tahu jgk..
selain emas, tanah dan rumah juga tak mudah susut nilai..tp org mude2 biasanya kalo ada duit dia pikir nak invest kat keta, moto etc.takdenya pikir nak beli emas, tanah semua ni.
saham pun bgs juga utk simpan duit dari ltk duit kat bank je..pulangan berganda dari dividen kat bank..tp kena sabar skit ah.dua tiga dekad paling kurang.kena diversify n byk lg aspek lain.kalo nak menyimpan simpan utk hari tua mmg saham pilihan terbaik.statistik membuktikannya..maaf kalo komen ni mengarut..saje nok kongsi apa yg sy belajar.

hana mengatakan...

Wslm.
Terlebih dahulu, maaf sbb lmbt meng'approve' komen awak. tau jela. org yg menumpang kasih kat laptop org len.
haha. saya ni kot dr yg senang kene tipu. dr2 len tak.huhu.

Terima kasih atas info. Tak de mengarutnya komen awk. sesuai ah tuk org2 cam saya ni, yang tak tau sangat pasal ekonomi ni. mane tau, satu hari nanti rase nak menyimpan wang dalam bentuk len, at least saya ade beberapa pilihan len. pe2 pun, thanx 4 da info. sampai sekarang saya masih tak tau pe keje org aktuari. tapi takpela.