Kamis, Maret 26

Catatan Masa Silam

Salam semua,
Semoga kamu dirahmati Allah selalu.

Kisahku sebagai 'penyelamat kucing'
Saat aku di rumah, aku jarang tidur awal. Biasanya aku hanya akan tidur selepas jam 1 pagi. Ini kebiasaan aku. Selepas 1 jam melakukan latih tubi matematik tambahan. Kadang-kadang, aku akan tidur awal, dan akan bangun pada tengah malam (ini sebab nak tonton perlawanan bola sepak punya pasal, hish!)

Bila tidur lewat-lewat begini, segala macam bunyi boleh kita dengar. Suasana sunyi waktu malam. Dan kebiasaan aku yang satu ni, yang kini masih lagi diamalkan, aku sangat suka menghirup udara segar waktu pagi-pagi buta. Akanku buka pintu rumah atau pintu bilikku (di sini, bumi Indonesia) hanya untuk menghirup udara segar itu. Hanya beberapa minit, namun sangat menyegarkan.

Kembali pada perihal bunyi. Kadang-kadang, aku akan mendengar bunyi kucing mengiaw (harap tak salah eja) Kucing, kalau mengiaw berkali-kali tanpa henti tu, tandanya ia sedang meminta tolong. Biasanya kalau dalam kes aku, anak-anak kucing yang jatuh dalam longkang dan tak tahu macam mana nak naik. Akanku bukakan pintu rumah, tak kiralah pintu depan ke, pintu dapur ke dan akanku cuba cari..kat mana kamu ya? Kala itu, pepagi buta, sunyi sepi, aku keluar dengan tekad mahu menyelamatkan si anak kucing. Aku sebak kalau dengar kucing-kucing ni mengiaw.

Satu malam, aku terdengar suara kucing. Aku bukakan pintu dan keluar. Kali ni, adik lelakiku turut ikut sama. Konon, nak temankan akula. Sampai satu masa,

" Kak Ni, jomla masuk," kedengaran suara cuak.
" Tunggula dulu. Tak ambik kucing lagi. Ni nampak bende-bende ke?" tanyaku.

Dia tuding jari.
Aku kerut muka.

" Arnab je pun," aku mengomel.
" Tapi warna hitam," adik lelakiku menjawab.
" Kak Ni, jomla masuk," rayu adikku.

Ni sape lelaki, sape perempuan ni?
Aku wat dunno. Aku angkat anak kucing dari longkang, bersih kucing tu sikit-sikit dan aku tengok muka adik aku sambil kata..

" Penakut!"

Esoknya, aku tanya mak dan ayah kamu. Jiran kita ada pelihara kucing ke?
Mak dan ayah aku bagi jawapan positif.
Aku ceritakan kisah semalam pada adik-beradik aku.
Apalagi bantai kena gelak.
Namun, sebab ejekan yang diterima, adik aku membesar sebagai seorang yang dah tak takut pada 'bende alah' itu. Kadang-kadang, hinaan dan ejekan itu pemangkin semangat untuk kita lebih berusaha.

Aku sangat bersyukur, setiap kali aku melakukan misi menyelamat kucing, tidak ada apa-apa yang berlaku. Tak semestinya hantu je, binatang yang tak diingini seperti ular ke (tempat aku memang banyak ular) atau manusia-manusia jahat yang ingin merompak rumah. Alhamdulillah. Yang penting, kita yakin Allah bersama kita. Ini yang aku pegang dari dulu. Ingatlah Allah walau di mana kita berada, saat senang atau susah. Pasti, Allah juga akan mengingati kita. Pasti Allah bersama kita.

p/s: Ni pun aku nak insaf, taknak layan bola sangat.
p/s: Ada kisah tentang keajaiban mengingati Allah setiap saat, kalau punya waktu akan kuceritakan. Kisah benar dari ibuku sendiri.
p/s: 10/4 ni national election buat Indonesia.Opps, silap. 9/4 sebenarnye.

6 komentar:

Farhan mengatakan...

salam,

betul la mende yg awak maksudkan tu.saya pun penah kena masa kecik2 dulu.kene herdik ngan teacher saya masa darjah 6 sebab buat salah grammar.kawan mak saya jgk teacher ni.dia suh saya berdiri n panggil saya 'pok nga' (bahasa ganu ni, paham ke?).saya ingat smp hari ni peristiwa tu.lps peristiwa tu sy mmg pasang niat nak prove something kat cikgu ni.
tp saya bkn la berdendam ngan dia.terima kasih ada la.kalo dia tak herdik saya dulu smp skrg saya tak ambil berat psl BI.
alhamdulillah..skrg dia pun tumpang gembira sy tgh bljr kat as.siap pesan ngan saya lagi suh beli pinggan mangkuk utk dia.

"Tak semestinya hantu je, binatang yang tak diingini seperti ular ke (tempat aku memang banyak ular) atau manusia-manusia jahat yang ingin merompak rumah"

tak sangka awak percaya hantu itu wajud.haha

hana mengatakan...

Wslm.
Yup. Setuju. seme gak ngan saye. Ayah sy sentiasa comparekan saye dengan kwn2 kat sbp. ia buat sy bertekad nak dapat cemerlang walaupun tak blaja kat sbp. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.
pok nga= mat nga ke? orang yang cam loklak( betul ke eja ni?tau sebut je)

haha.
bukanla, cuma kami adik-beradik ade kisah masing2. susah nak cerita, perlu experience sendiri. tapi, ape2 pun, kita kena yakin Allah lah yang Maha atas segalanya. Itu je yg penting.

BalQis mengatakan...

Salam, alahmdulillah saya tak berapa minat bola...

Pastu, saya ni sebenarnya, eheh... penakut kucing!! Huhu, phobia camna ntah... bukan benci ek, phobia jer...

Mungkin adik kamu kecil lagi waktu itu, dan dia keluar sr rumah dgn fikiran yang berbagai2, kamu pula fokus pada suara kucing sahaja, makanya kamu tidak fikirkan apa2 lagi, huhu... kasihan adik kamu!!

Kisah keluarga yang menarik! Kalau ada lagi, bolehlah dikongsi-kongsi~

hana mengatakan...

Wslm.
Minat bola sebab keluarga sebenarnye. Kamu tahu, saye satu famili ni bleh beramai2 tonton perlawanan bolasepak. Salah satu rancangan yang menyatukan kami sekeluarga.
Takpe. Sahabat saya juga phobia kucing. Ade kisah sedih dengan kucing yang menyebabkan dia phobia dgn kucing. Saya pulak, tak phobia, tak benci dan tak suka kucing. Cuma bila dgr bunyi kucing, memang sebak. Ibarat seseorang yg meminta tolong pada kita.

Sebenarnye, adik saya itu memang penakut. Mase kejadian ni, dia berusia 15/16 gitu. Kira dah besar gak sebenarnye. Bukan kejam same dia, cuma nak dia lebih berani dan akhirnye, sekarang dia dah berani skit berbanding dulu.

InsyaAllah, akan saya kongsikan. Terima kasih sudi membacanya.

BalQis mengatakan...

Baguslah kalau begitu. Saya satu famili, tiada siapa yang minat bola pun. Waimma ayah dan adik2 lelaki saya. Pelik sungguh. Adakah mereka kaki bangku? Hahahaha....

Owh, dah besar rupanya adik kamu. saya ingatkan kecil lagi... hehe...

hana mengatakan...

Saya kaki bangku juga. haha.