Rabu, Maret 25

Anak-anak yang mengukir sejarah

Salam.
Sahabatku dapat menjawab soalan aku.
Demi mengotakan janjiku, aku berikan dia satu dvd.
Bukan hadiah pun sebenarnya. Sesaje nak berkongsi.

Ia satu kisah yang sangat menarik.
Aku tahu pasal kisah ni pun dalam buku Palestin: emang gue pikirin?!
Alhamdulillah. Aku jumpa dvd-nya di Pasar Baru.

Anak-anak yang mengukir sejarah dengan darah.
Itulah tajuknya. Kisah nyata kanak-kanak di Palestin yang menentang Yahudi laknatullah.
Aku kagum pada mereka. Mereka bangsa itu. Bangsa yang menderita berkali-kali, namun bangkit dengan kekuatan luar biasa.

Dengan hanya bersenjatakan batu-batuan, mereka melawan tentera yahudi yang bersenjatakan senapang canggih dan tank-tank merkava. Perlawanan yang tidak seimbang. Namun, mereka mempunyai strategi. Ada pos pertama, iaitu mereka yang menjadi pejuang baris hadapan. Tugas mereka melempar batu-batuan ke tentera yahudi. Pos kedua, adalah pos dimana anak-anak Palestin akan menjadi penghantar bekalan batu-batuan ke pos pertama. Dan pos terakhir, adalah pos logistik dan juga pos untuk menyelamatkan teman-teman mereka yang cedera ditembak tentera yahudi. Menarik bukan?

Mahu tonton dvd-nya? Jangan segan, bagitau je. InsyaAllah, after nisah selesai, turn kamu pula :D

Aku paling terharu saat ni. Mereka memang mempunyai semangat jihad yang tinggi.

"Cubalah...Kami akan membalasnya...Berikan kami senjata."
"Berikan kami senjata!"

Itulah yang mereka lontarkan saat ditanya.
Wah!
Darahku tersirap.

Kulluna Ayyash!
Kulluna Aqil!
Free Palestin!

p/s: Aku nak insaf. Dah tak mo layan simple plan lagi.

5 komentar:

Farhan mengatakan...

anak Palestin kecik2 dah pi berjuang lwn Israel..

anak buah saya kat kg hari2 duk layan cartoon network kat astro..suh mengaji malas..geram sungguh..

kalo blh nak sgt sy cite kisah anak2 palestin ni kat diroang.tp diorang bkn paham pun.

Nurul Amiza mengatakan...

cop dulu!
nak pnjam ani..nak pnjam..^^,

harap takde orang cop lagi lpas nisah..
eheh..

hana mengatakan...

Farhan:
Emo nampak. Kanak-kanak ni sebenarnya kalau diajar, InsyaAllah mereka bleh terima. Kalau cerita, diorang taknak dengar, awak boleh buat cara lain. Contoh awak leh ajak diorang tgk dvd. byk dvd yang sampaikan cerita2 pasal palestin dalam versi kartun.la menarik. kanak2 pun ske kartun.just my 2 cents.

Mieza:
ok. turn awak lepas nisah.nisah tak abes tgk lg.bile dia dah abes, saya bg kat awak.
=)

Farhan mengatakan...

sori la cik hana..teremo plk kat blog awak.

btw, saya ada satu special request(kalau tak busy la).blh tak cite skit psl musim election kat indonesia skrg ni? tak yah bg analisis pun takpe..cite skit mcm mana suasana grassroot di sana..teringin nak tau.

hana mengatakan...

Takpe. Tak kisah pun sebenarnye.

Memang tak busy pun. Tak janji, tapi akan cube usaha. Analisis cam susah, tapi nak cerita ok je kot.