Senin, Februari 16

Tuhan menentukan segalanya

Salam,

Saat aku memasang niat untuk berblogging, aku tidak pernah tahu sebegini best dunia blog. Pada aku, blog adalah untuk aku menulis segala macam hal yang berlaku dalam hidup aku, untuk aku jadikan renungan di masa akan datang. Blog ni adalah secebis kehidupan aku, untuk aku bukak dan ceritakan kembali pada anak cucu aku (ayat ni memang tak leh blah, macam orang yang nak kahwin esok je)

Namun, kita merancang, Allah yang menentukan. Niat di hati ingin beristiqamah dalam berblogging. Apakan daya, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Aku terpaksa menguburkan niatku ni...atas sebab biasa-biasa...

Pintu bilikku dibuka. Aku melangkah masuk. Seperti biasa, menghempaskan beg ke tilam. Ingin sekali aku berehat melepaskan lelah. Namun, ada yang pelik. Kenapa ia tiada di situ? Di manakah ia?

Ya Allah! Jantungku terasa ingin berhenti berdegup. Ia tiada di situ. Sabar ani, sabar ani. Aku terduduk. Tiada kata yang mampu aku ucapkan. Cuma lafaz..sabar,Ya Allah tabahkan hati hambaMu ini.

Tidak tahu mahu dibilang apa. Aku mencapai telefon. Ingin mengabarkan pada ahli keluargaku tentang apa yang barusan terjadi. Aku berfikir dalam-dalam. Mahu dikhabarkan ke? Sekali lagi aku akan membuat mereka gelisah, malah mungkin risau dengan keadaanku di sini. Namun, kugagahkan juga. Mendail nombor abah. Ibuku yang menjawab. Berbual lama-lama. Mengabarkan apa yang terjadi.

Ingin bersedih, tapi aku tidak tahu mahu bersedih kerana apa.
Ingin menangis, tapi aku tidak tahu mahu menangis kerana apa.

Aku tidak ingin menangisi sesuatu yang sia-sia. Sudah! Biarkan! Aku sudah pernah bersedih dahulu. Pernah menangis dahulu. Sudah, jangan bazirkan airmata ini. Ada yang lebih teruk dari keadaan aku. Ada yang kehilangan segala-galanya. Baru dijentik sedikit sudah bermuram sebegini. owh..tidak. Aku sedang belajar untuk bertabah hati.

Itulah kisah hari ini. Tanggal 16 Februari 2009. Satu peristiwa hitam berlaku. Aku kehilangan laptop kesayanganku. Hilang tanpa jejak. Di bumi Indonesia. Kehilangan kedua.

"Sabar ye, Ani " pesan sahabat-sahabatku.

Terima kasih ye, sahabat semua.

Lantas, kerana tidak ingin membazir masa kalian semua menjenguk blog ini, aku mengambil keputusan untuk berhenti menulis. Menghapus blog ni. Blog ni akan dihapus pada hujung bulan.
Agak susah untuk aku terus berblogging. Ditambah aku ni jenis yang sangat malas lepak-lepak di cyber cafe. Dan aku jenis yang segan meminjam-minjam barang sahabat. Ni pun sedang meminjam ni.

Terima kasih atas kunjungan semua. Perkenalan dengan kalian sangat-sangatla aku hargai. Komen-komen kalian sangat dihargai. Terima kasih daun keladi.

Buat semua, saya akan tetap menjadi pembaca blog kamu. Akan saya luangkan masa saya untuk kamu. Walau tiada bicara dari saya, ketahuilah saya adalah pembaca senyap blog kamu :D

Silence,
isn't nothing,
Silence,
means a lot,
Silence,
is the voice of my heart,
whispering a thousand thanks.


Akhir kalam,
wassalam

11 komentar:

Lailyvia Mohd Ishak mengatakan...

ani biarkan je blog ni.. jangan di delete.. sometimes aku nak dapatkan semangat aku jengah blog ko. even kalau ko taknak berblogging pun takpe. Biarkan saje. special request dari ake, tapi kalau ko nak delete, wallahu'alam.. ani takziah.. Allah hanya menguji kesabaran dan ketabahan ko. ko orang yang sabar dan ko orang yang tabah dan Allah menguji sejauh mane. Kuatkan hati. Kalau ada pape yang boleh dibantu, InsyaAllah kawan2 ko termasuk aku sentiasa ingin membantu. Itu yang aku pelajari selama aku berkawan di sini. semua tulus dalam membantu kawan dalam kesusahan. Nikmat yang tak terhingga yang tuhan dah berikan.. sbar yang banyak ye ani..

Fakhzan Marwan mengatakan...

Dik!

Ya Allah, padan lah hati akak 3-4 hari ini asyik teringat adik, mengapa adik membisu sahaja, sangka ku, kamu ini busy bangat sedang menghadiri kuliah..owh..rupa2nya ada musibah besar melanda!

Jahat sungguh pencuri laknat itu...tapi takper, sabar ya, pasti ada hikmahnya, dan pasti Allah ganti dengan yang lebih baik, kamu tahu bukan, ujian untuk orang2 yang beriman ini, lain taraf nya....sabar lah, kerana sabar itu kekuatan kita...

Honestly, akak suka melepak kat sini, berbicara dengan kamu secara maya, terasa tenang....antara banyak2 blogger, akak terasa sangat dekat sekali dengan kamu, tidak tahu mengapa? :D

melimpah-limpah rasa kasih sayang, menguncup hingga ke langit syurga....insyaAllah...jalinan persahabatan takkan terputus...keep in touch,,,akak doakan Allah swt beri laptop pada ani...

jaga diri...pagarlah diri ...insyaALlah, semua nya akan bisa baik2 belaka...indah2 belaka...

salam

hana mengatakan...

Nak biar ke?
nanti aku pk.
sbb ko, aku akan pk dalam2 sblm wat keputusan terbaru..ngeh3

sabar.Dah ramai sahabat kita yang cakap..SABAR..aku dah tak rase pe2 dah..ntahla...mungkin sbb Allah nk suh aku lebih dekat ngan DIA..kenapa perlu aku bersedih?

ko pun..SABAR k..camne la kite ni..ade chemistry la plak..hari yg same lak tu..haha

hana mengatakan...

Kak Fakhzan:
Amin untuk doa akak. Moga2 dapat laptop yang lagi mantap ..hehe..

Menyepi diri 3-4 hari..ye,kerana banyak tugasan..terutama tugasan tak rasmi kami pelajar2 di sini iaitu membuat persembahan untuk doktor2 dari ukm yang berkunjung ke unpad,indonesia. Namun, sepanjang sebulan saya tidak punya selera makan. Seperti sudah memberi signal..sesuatu bakal terjadi...kun fayakun..rupa2nya ...

Terima kasih akak cz sudi lepak2 di sini. Blog yang tak seberapa ni.Dekat dengan saya? Indahnya ukhuwah ni..harap suatu masa kita bisa ketemu bertentang mata plak.

terima kasih jugak atas kata2 semangat akak...

sangat menghargai kunjungan akak
:)

hana mengatakan...

owh ye..akak..kakak saya kim salam kembali

nur_aishah mengatakan...

SAlam teman..

Jangan tinggalkan dunia blog ni...
ramai yg sudi meminjamkan laptop mereka...

Semoga Ani sentiasa tabah menghadapi ujian-Nya.
Spt kata nisa, life goes on..
so, keep on fighting k
life is wonderful
it is meaningful
(",)

hana mengatakan...

wslm,aishah.
terima kasih aishah atas kate2 semangat...
InsyaAllah cadangan akan dipertimbangkan =)

BalQis mengatakan...

Salam Hana,

Aduhai, terkadang ujian yang mendesah, sebegini berat, ya! Tabahkan hati! Blog ini jangan dipadam, biarkan! Siapa tahu nanti kamu akan menyambung tulis di sini...
Kalau tidak akan langsung pun, biarkan ia menjadi bekas kenangan paling indah, sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang pernah kamu tinggalkan di dunia maya ini. =)

Be strong, aite!

Gonna miss u and ur stories...
take care and good luck, all the best!

Moga-moga nanti kamu mendapat yang lebih baik, InsyaAllah~

Wassalam...

hana mengatakan...

Terima kasih atas nasihat kamu.InsyaAllah, saya akan membiarkan saje blog ni

amin buat doa kamu.
gud luck buat kamu juga

Ibnurashidi mengatakan...

Salam...

Teruskan semangat juang kerana dunia tiada yang tak pernah mencabar dan tercabar..

hana mengatakan...

wslm.
terima kasih.
akan tetap bersemangat lagi =)