Minggu, Februari 22

Islam moden

Salam.


Ini sekadar catatan biasa.



Hari Rabu lepas aku sempat menyertai ceramah oleh Kang Tony yang dianjurkan oleh ahli-ahli ESQ. Tajuk pada hari tersebut ialah Islam Moden.



Jika dikata moden, semua berkata yang cepat, pantas, canggih dan sebagainya. Jadi jika dikata Islam moden ia merujuk kepada masyarakat yang lebih cepat, yang maju dan canggih. Tokoh utama yang melakukan modernisasi ialah junjungan besar, Rasulullah s.a.w iaitu hijrah baginda dari Mekah ke Madinah.



Di sini, diingatkan walaupun proses modernisasi itu penting, namun jangan pernah sesekali melupakan agama dalam kehidupan. Kerana di akhir setiap peradaban manusia itu ialah spiritual.



Bagaimana mahu mencapai Islam moden?

1. Yakinlah pada sesuatu yang pasti.Saat Rasulullah s.a.w dan para sahabat berhijrah ke Madinah, mereka tidak pernah tahu keadaan mereka di sana. Masa depan mereka di sana. Namun, mereka masih tetap berhijrah. Kerana masa depan itu sesuatu yang sangat samar, kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan kecuali kita menghadapinya. Sesuatu yang pasti itu ialah Allah. Janji Allah itu pasti. Akhirat itu pasti. Syurga itu pasti. Neraka itu pasti. Lantas, kejarlah sesuatu yang pasti. Segala macam hal yang kita lakukan, itu hanyalah alat. Matlamat kita ialah mencari redha Ilahi.

2. Tentukan arah pada matlamat. Lakukan perancangan hidup. Kita mampu menjadi profesional dalam pelbagai bidang yang kita ceburi. Kita mampu menjadi pelajar yang cemerlang. Kita mampu bekerja, datang tepat waktu dan sebagainya. Rugi sekali, profesional kita tidak kita aplikasikan dalam diri kita sebagai seorang Muslim. Berapa ramai antara kita yang Muslim profesional? Yang sembahyang tepat pada waktu? Yang menepati janji? Di mana silapnya? Sebagai pelajar, kita akan dievaluasi. Peperiksaan. Tanpa peperiksaan kita takkan ke mana. Masih belajar biasa-biasa. Namun, asal peperiksaan menjelma, yang tak pernah ke perpustakaan akan ke perpustakaan. Lantas, aplikasikan peperiksaan itu dalam diri kita. Evaluasi diri kita. Muhasabah. Sudahkah kita mencapai apa yang menjadi matlamat kita? Adalah perancangan kita itu sudah betul? Dan paling utama, pastikan apa yang kita lakukan itu berkualiti.

3. Ikhtiar dan tawakkal. Selesai peperiksaan, kita bertawakkal. Begitulah juga dengan perancangan hidup kita. Tawakkal. Semoga semuanya baik-baik saja. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Inilah kata-kata hikmat yang jika diganti dengan dunia sekalipun tidak akan mampu membalas ayat Allah ini. Kita boleh hilang segala-galanya dalam mencapai tujuan kita kerana hidup itu tidak selalu indah. Percayalah. Allah akan tetap bersama kita, bersedih bersama kita. Bersyukurlah kerana Allah bersama kita. Jangan sempitkan diri kita hanya kerana sedikit kegagalan yang pernah kita tempuhi. Buat yang berjaya, jangan angkuh. Keangkuhan itu bakal memakan diri sendiri.

4. Kepimpinan diri. Kita adalah pemimpin bagi diri kita. Susah untuk kita tentukan arah, jika kita sendiri tidak siap untuk bertindak. Jangan cepat mengeluh terhadap tugas. Betulkan niat. Ikhlaskan hati. Semoga hidupmu lebih berarti. Hehe.

Akan bersambung di lain waktu.....

Tidak ada komentar: