Minggu, Februari 22

Diskusi ESQ

Salam buat semua.

Aku sangat tertarik dengan soalan yang dikemukan oleh seorang mahasiswa Indonesia semasa sesi diskusi bersama ahli-ahli ESQ. Tentang isu golput. Isu fatwa Majlis Ulama Indonesia tentang haram menjadi golput. Kecoh. Akhbar-akhbar yang bersifat sekular dan liberal menghentam habis-habisan fatwa yang dikeluarkan oleh MUI. Sesetengah akhbar menyifatkan tindakan menfatwakan haram menjadi golput adalah untuk kepentingan sesetengah pihak.

Golput atau nama panjangnya golongan putih adalah mereka yang bertindak untuk tidak turun mengundi calon parti dalam pilihanraya akan datang ( definisi sebenar tidak diketahui, ini sekadar pemahaman sendiri)

Dan nasihat Kang Tony untuk semua yang hadir : Jangan jadi golput.

Golput terjadi kerana dua hal. Satu, kerana rasa tidak percaya pada pemimpin dan satu lagi kerana mereka melihat tidak ada perubahan yang terjadi walaupun pemimpin sudah bertukar ganti. Kestabilan negara masih ditahap yang sama. Masih tidak stabil. Dan jika dari segi ekonomi, semakin banyak permintaan semakin tinggi pengeluaran, inilah juga yang terjadi untuk isu golput. Semakin tidak stabil negara, semakin tinggi golput. (Ini sekadar teori aku, jika salah maaf ye!)

Pada hemat aku, adalah sangat rugi untuk tidak turun mengundi. Lagi rugi jika yang menjadi golput adalah mahasiswa. Aku sangat kagum dengan kebebasan suara di bumi Indonesia (walaupun ada sesetengah yang buat aku panas telinga ). Aku tidak tahu persis situasi universiti di Malaysia. Namun di sini, isu-isu seperti korupsi, pemerintah tirani dan sebagainya menjadi isu biasa yang dibincangkan di kalangan mahasiswa kampus. Satu tajuk diskusi yang aku kira sangat best. Sayang. Saat itu aku lagi ada kuliah. Jika tidak, akanku ke Bandung menyertai diskusi Hala tuju Indonesia pasca pemilu 2009 yang dianjurkan oleh FISIP. Keterbukaan masyarakat di sini mampu membuka minda semua terutama mahasiswa. Kerana suatu masa, mahasiswa (golongan muda ) inilah yang bakal memimpin negara. Rugi, jika kita didedahkan dengan 1001 macam baik buruk ahli politik namun masih juga brtindak untuk menjadi golput. Undi kali ini bukan hanya untuk diri sendiri, malah undi ini adalah untuk agama, bangsa dan negara.

Aku sangat tertarik dengan ayat yang ditulis oleh penulis blog ni

"Sesiapa yang tak rasa politik itu mustahak, anda juga dialu-alukan untuk datang anggaplah ini perjuangan anda untuk Islam dan kemanusiaan seperti yang sentiasa anda war-warkan."- Adibah Abdullah:Protes Senyap dan Emergency General Meeting



Mungkin agak kurang kena isu yang dibawa oleh dia dan isu yang dibawa oleh diriku. Namun, pada aku ia masih satu pesanan tersirat yang ingin dibawa penulis. Kita tak merantau beribu-batu (hehe, tau Indonesia Malaysia dekat je) hanya untuk menjadi pelajar, yang hanya belajar tentang ilmu perubatan. Belajar sungguh-sungguh, balik Malaysia kerja dengan kerajaan. Ada lebih dari itu. Di sini, kita belajar budaya mereka. Sikap mereka. Pemikiran masyarakat mereka.

Kerana itu, aku sangat ...hah?.. bila...



"Tak boleh macam ni. Tak boleh join benda ni. Nanti biasiswa kita kena gantung."



Bukan buat apa pun. Lagi baik berbincang daripada bercakap membabi buta sok tahu tapi sebenarnya tak tahu. Kita mula belajar untuk peduli, peduli tentang isu-isu semasa. Apa salahnya peduli isu politik plak?



Nota 1:Apa motif sebenar entri ni? Aku menulis ikut suka hati, apa yang nak ditulis aku tulis. Maaf jika entri ini membazir masa kamu.
Nota 2: Aku tak delete blog ni. Ok?

5 komentar:

DAMAI mengatakan...

salam buat kamu yang mula berjinak2 dengan politik ^^

sememangnya proses memilih pemimpin dalam bentuk pilihanraya yang diterapkan dalam sistem pemerintahan kebanyakkan negara sekarang ada baik dan buruknya...walaupun ianya tidak menepati etika pemilihan pemimpin seperti yang dianjurkan oleh Rasulllah saw,namun,andai niat kita adalah untuk memilih seorang pemimpin yang mampu membawa kebaikan pada Agama,insyaAllah ada keberkatan terletak di situ ^^

berusahalah memilih yang terbaik...bukan sahaja terbaik untuk dunia,malah untuk di akhirat juga....^^

hana mengatakan...

Salam buat kamu, Kak Damai.

Saya tidakla peminat politik, namun saya lebih suka ambil tahu daripada tidak tahu langsung.

yup. saya setuju. pilihanraya bukan satu etika pemilihan pemimpin yang mengikut anjuran Rasullah s.a.w. Pada pendapat saya, Syura itu adalah sebaik-baik cara. Kerana ahli majlis syura, bukan calang-calang orang.

terima kasih atas peringatan =)

nur_aishah mengatakan...

Salam ANi,
Alhamdllh Ani setuju untuk teruskan blog ani...

PAsal kesedaran politik ni rasanya di Malaysia ada tapi para mahasiswa di kawal oleh satu akta ni(dh lupe exact nama dia) yang menghalang mahasiswa menjalankan mana2 bentuk aktiviti politik....
sebabtu kita tak nampak mahasiswa malaysia tidak se agresif di Indonesia dari segi menyuarakan pendapat mereka.

tapi..kalu tengok pemilihan wakil pelajar yg ada pilihanraya tu sume ala-ala pilihanrya betul.
Penuh dengan warna-warni polik : kempen manifesto,surat layang,poster2
semuanye utk meraih undi

rasenya kalu nak tau perkembgan kesedaran politik dikalangan mahasiswa di Malaysia kita kena tnya pendapat kwn2 yg blaja di sana.

kalau x silap tahun lepas ada permintaan akta itu dimansuhkan..tak sure dapat ke tak.

P/s: mungkin saya tersalah..
saya budak baru blaja,kalau salah tolong tunjukkan (",)

khairaummah mengatakan...

salam...
pd saat ini sy x nk jd golput dan brharap supaya ms akn datang jg sy xkn jd golput.
pd saya golput ni org yg xde pndirian.
nak x nak kite kna pilih juga pemimpin yg kita fikir layak.

hana mengatakan...

Salam semua

Aishah:
Yup.Ade akta yang menghalang pelajar dari berpolitik di uni. Rasenye akta universiti dan kolej universiti (rasenye, saye pun dah lupe).
Kempen pilihanraya di uni malaysia memang ala-ala kempen politik. Namun saya kurang senang dengan tindakan sesetengah akhbar yang masuk campur dlm pilihanraya mahasiswa. Bagi saya, bile media massa msk cmpur, semua bende jadi lain (faham ke?)
saya juga budak baru belajar. meh sme2 belajar
=)

Khairaummah:
Yup.tak yah jadi golput. itu tanggungjawab kita. Walaupun ini bukan system yang dianjurkan Rasulullah. Yang pasti pilihla pemimpin yang layak.