Selasa, Februari 24

Catatan masa silam 3

Alkisah..
Dia berkira-kira untuk menjadi seorang hakim. Datuk, ayah, abangnya merupakan seorang hakim. Dengan status keluarga hakim ni, dia sepatutnya mampu lulus dengan senangnya. Namun dia bertindak untuk merahsiakan identitinya. Dia ingin lulus atas usaha sendiri, bukan dengan bantuan siapa-siapa. Dia solat, membaca Al-Quran..pokoknya dia seorang yang boleh dikategorikan sebagai orang baik. Takdir Allah mengatasi segalanya. Dia gagal dalam ujian tersebut. Dia frustasi. Selama tiga hari dia bertindak untuk tidak solat. Dia marah. Apa salah saya, kang? Dia hanya ingin menjawat jawatan tersebut dengan usaha sendiri, bukan dengan bantuan dalaman. Jika saya hanya mengabarkan status saya, siapa saya, saya dengan sendirinya lulus. Apa salah saya, kang?

"Kita boleh hilang segala-galanya dalam mencapai tujuan kita kerana hidup itu tidak selalu indah. Percayalah. Allah akan tetap bersama kita"



Airmataku seakan ingin bergenang saat ini. Aku sabarkan hati aku. Situasi dia dan situasi aku hampir sama. Saat kata-kata ini diucapkan, aku baru 2 hari kehilangan laptop.

Dan imbasan kisah hitam itu datang menerpa...

"Aku pernah salahkan Allah. Kalau nak banding aku dan korang sume, aku yakin korang 1000 kali lebih baik dari aku," kataku.

Itulah sedikit daripada kisah hidupku yang pernah aku kongsikan buat sahabat. Untuk dia ambil iktibar. Suatu masa dahulu, aku pernah lalai. Pernah dengan lantangnya menyalahkan Allah atas apa yang pernah berlaku.

Aku tidak ingin ke asrama. Tidak mahu belajar di SMSPP. Telah kukatakan pada ayahku. Namun, ayahku tetap bertegas.

"Cubalah dulu, mana tau sesuai," nasihat ayahku.

Sudah pernah aku katakan, aku manusia degil. Walaupun berada di sana, aku tetap ingat rumah (ye, aku homesick). Aku masih tetap ingin belajar di sekolah harian biasa. Masih ingin bersama sahabat-sahabat lama. Semua kat smspp tu nampak buruklah. Aku dah tak nampak apa bagusnya sbp ni (ye, aku tau, pikiran aku sempit) Macam- macam telah aku buat. Pujuk ayah aku supaya keluarkan aku dari sana. Dan kerana tersangat marah, aku pernah salahkan Allah.

"Buat apa nak solat, Allah letak aku kat sini. Dia tak makbul doa aku pun,"

Sepanjang di smspp, aku ingat 3 kali aku tak solat. Semuanya kerana marah. Lepas keluar dari asrama, Allah bagi hidayah. Baiknya Allah padaku. Saban malam aku menangis. Mengenangkan betapa jahatnya aku. Tapi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, masih tetap bersamaku. Menuntunku ke jalanNya.

So I try to hold
onto a time
when nothing mattered
And I can't explain
what happened
And I can't erase
the things that I've done
No I can't
(
Simple Plan: Untitled)

Situasi di atas pernah aku hadapi. Aku tidak mungkin pernah mampu memadamkannya. Ia pengajaran berharga bagiku. Aku tulis di sini bukan untuk siapa-siapa melainkan untuk aku sendiri. Untuk aku insafi dalam erti mencari redha Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Astaghfirullah.

Boleh pulak aku mengelamun. Kang Tony masih rancak berbicara.
Ani, tumpukan perhatian!
Hege!

8 komentar:

Farhan mengatakan...

salam
ni kiranya mcm putus asa pada Allah la kan??
tp tak sangka smp awak blh smp tak solat 3 kali sbb marah..terkejut ni..ada jgk org yg marah smp camtu sekali..
tp alhamdulillah la kalau awak dah tau betapa buruknya perbuatan tu.
mohonlah ampun byk2 padaNya..
btw, kalo blh banyakkanlah cite2 gembira skit..byk cite sedih je kat sini.

hana mengatakan...

Wslm.
Lebih kurang camtula. putus asa sbb Allah tak makbul doa saya. Zaman kejahilan.umo 13 mase tu. Muslim atas nama je. Sekarang dah insaf dah. Dah tau baik buruk. walaupun masih lagi bertatih.
LOL. Tunggula cik Farhan, saya tulis kisah hepi plak. Bukan tak nak tulis la, cuma tangan ni ligat tulis bende2 camni. siri refleksi diri. hehe.
patutnya saya pun kene wat amaran, jangan dibaca kecuali tuan empunya blog.

nur_aishah mengatakan...

salam Ani
teringat satu rancangan d MQ F.M mengenai hati.hati itu Qaudu(kalau tak silap lah)..hati itu dari segi bahasa Arab maksudnya berubah-ubah.

Memang betul.Kadang2 ada benda buat kita tak semangat nak belajar..beribadat..
kadang2 rasa Bete je...geram dgn org..sume bnda tak kena dimata
kadang2 happy rasa dunia ini ana yang punya(ayat P.Ramlee) syukur sangat...

Maka,tu yg penting kita berhenti sejenak, renungkan diri, muhasabah diri apabila rasa diri berserabut...
caj balik bateri diri dgn al-Quran ke atau apa2 awk suka(minum kopi,menulis)..apa2 yg dpt menyenagkan diri

wslm...skdr pandangan..
diri ini pun perlu improvement juga..hehe

Ps: jom g tengok pertandingan kultum(kuliah 7 minit) sok..

DAMAI mengatakan...

salam hana sayang...

satu pujian dan satu teguran buat kamu...

damai mulakan dengan teguran dulu ya...jangan teruskan tabiat marah kamu ini ya...sehingga tinggal solat jadinya...sememangnya syaitan itu layak direjam dan nerakalah tempat yang paling sesuai baginya...

pujian untuk kamu....kamu sudah berubah..bagus...alhamdulillah...dan paling damai kagum,kamu ingat berapa kali kamu tinggalkan solat...hebat betul ni...perkara yang sudah lama ditinggalkan,tapi masih diingati dengan jitunya..hebat memang hebat ^^

~~sudah dengar hal laptop kamu dari balqis...sabar ya hana sayang~~

K H A Z I N A T U L A S R A R mengatakan...

salam ani,
takpe ani, seme org pernah buat silap. kite pun tak pernah sunyi dengan kesilapan dan dose, tapi bersyukurla Allah masih sayang kite dan hadiahkan hidayah kat kite, sayang ani! :)

ani, pasal hilang laptop tu, ten feels sorry for that, insyaAllah ani, seme tu ade hikmah die, nak suruh jangan sedey, nawok la kan, kalo ten pun, nanges hebat jugak la. tp ingat Allah banyak2 k :)

p/s-shida ade blog tau skang, jangan men men r :p

hana mengatakan...

Salam buat semua, maaf lambat reply. Ade hal tadi.

Aishah:
Rasanya hati= qalbu dalam bhs arab. Terima kasih atas perkongsian. InsyaAllah, saya juga dalam improvement. Mencari jalan pulang di tengah2 kehidupan. Moga kita same2 dalam rahmat Ilahi.

p/s: Jom pi malam ni..hehe

Kak Damai:
Terima kasih atas teguran kamu. Sudah terlalu lame diri ini tidak mendapat teguran. InsyaAllah, saya akan cuba untuk mengawal kemarahan saya. beristighfar byk2 pada Allah. Saya manusia biasa, namun saya juga mahu menjadi lebih baik. Saya punya kelebihan ini, sentiasa mengingati kenangan2 buruk berbanding kenangan2 terindah. Ia ibarat satu peringatan buat saya untuk saya agar tidak mengulangi perkara yang sama. Untuk saya insafi di setiap solat saya. terima kasih ats doa akak. InsyaAllah, saya akan lebih bertabah. Kehilangan itu ujian Allah agar saya lebih dekat denganNya.

Khazinatul Asrar:
Khazanah yang terpelihara aka fathen..hehe..yup, kita manusia biasa yg sentiasa buat silap. Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah oleh Allah untuk sentiasa teguh padaNya. Ani dah ok skang ten. Dah tak rase bende pun. Org len hilang lagi byk dari ani. Sedih tu ade. sbb byk bende ani save kat laptop tu. nk wat gane, dah takdir. InsyaAllah, ten. Allah sentiasa bersama kita.

p/s: Shida ade blog. nnt ani g melawat. keren bangat =)

Nur mengatakan...

Salam Hana,

Akak dulu pun memang pernah marah2, selalu bangat, walaupun kalau now akak fikir2kan, i have everything, tapi masih marah2, ujian dihantar pon kecil2 belaka kalau dibandingkan dengan manusia lain, masyaAllah!

Dan kemudiannya, sahabat baik akak berkata - Takdir itu sangat indah.

Fuh.

:D

hana mengatakan...

wslm kak.
Igt sape. rupenya akak.
yup. Takdir itu indah. Kalaulah hati ni pernah melihat dulu.
Nobody perfect, but someone can be better.

terubat hati bila hidayah itu datang.
=)