Selasa, Februari 10

Bacheha-Ye aseman



Dalam entri aku yang lepas,aku ada menulis sedikit tentang Children Of Heaven.Jika ditanya,adakah aku pernah menonton filemnya,jawabnya aku tak pernah.Namun aku pernah membaca ulasan tentang filem ni di salah sebuah majalah suatu ketika dulu,mungkin sekitar tahun 1998.
Filem ini diterbitkan pada 1997.Ini filem Iran.Aku suka cerita dia.Kisah kesusahan adik beradik.Ali,si abang yang secara tidak sengaja telah menghilangkan kasut adiknya.Takut dimarahi ayah mereka,Ali dan adiknya berkongsi-kongsi kasut untuk ke sekolah.Pelbagai cabaran yang dihadapi.Dan kemuncak filem ini bila si abang menyertai suatu pertandingan lumba lari.Hadiah ketiga ialah sepasang kasut.Namun,tahukah sebaliknya berlaku.Si abang memenangi tempat pertama.




Salah satu part yang aku suka.Terharu pun ada.Bila si ayah memarahi si abang.Memarahi dia tentang tanggungjawab si abang di rumah.Umur sembilan tahun.Perlu melakukan segala macam hal.Kamu bukan budak kecil lagi!Ah,umur sembilan tahun, aku masih lagi main-main.Yang paling mengharukan pabila si abang menghadiahkan pensil buat si adik.Hadiah terbaik dari si abang.

Kanak-kanak sememangnya punya banyak hal untuk kita yang dewasa tafakuri.

p/s:Tersilap tulis tajuk dalam entri lepas.Maaf.

5 komentar:

BalQis mengatakan...

Salam,

Kamu tahu, saya masih lagi tercari-cari filem ini. Tapi belum berjumpa. Baru sahaja mahu bertanya kamu, tapi rupanya kamu juga belum lagi menontonnya. Tapi apa pun, terima kasih untuk sedikit sinopsis yang disertakan di sini. Ia benar-benar menambah rasa ingin tahu saya.

Cerita Iran memang bagus-bagus juga untuk ditonton. Ada banyak pengajaran. Kamu pernah menonton The Kite Runner? Ini kisah dari Iran juga. Oh, tersangatlah sedih. Lagi kisah pengorbanan seorang abang kepada adik tirinya. Kisah adik-beradik seperti ini banyak mengajar kita erti pengorbanan dan kasih sayangkan?

hana mengatakan...

Wslm.
Download je filem ni di youtube.Ade 9 part semuanya.Part ke2 dah saya letak di blog ni.Saya pun sudah mendownload 7 part.Ade 2 part lagi yg belum didownload.

Kite Runner?Pernah ternampak bukunye di kedai buku.Namun belum pernah membaca atau menonton filemnya.Terima kasih.saya juga penasaran pada filem ni.Akan saya cari di youtube.

yup.kisah adik beradik ni byk memberi pengajaran pada kita.mengajar erti pengorbanan dan kasih sayang.saya jadi sangat rindu pada ahli keluarga saya sekarang.

Farhan mengatakan...

saya tgk filem ni lps Tok Guru Nik Aziz 'rekemen' sewaktu pengarahnya datang ke kelantan menghadiri festival filem islam kat lundang..awal 2007 kalo tak silap..Tok Guru kata dia menangis tgk filem ni

Hanisa mengatakan...

Salam ani. Wah org dah tengok cite nih mase form bape ntah. Terharu tengok kesungguhan abang tuh demi adik nan sorang. huhu.

hana mengatakan...

Farhan:
Tok Guru nangis.Awak nangis gak ke?Hehe..gurau je.jujur..saya juga menangis.

Hanisa:
Wslm.Lama dah la filem ni.Watak si abang dalam filem tu,agak lebih kepada perangai abang ngah saya.tu yang tetibe rase nak tonton filem dia.Best tonton filem camni,banyak pengajaran.Jadi teringat kejadian tadi,tentang kucing.Kesian...huhu