Sabtu, Januari 24

Tanggungjawab itu..

Seputar Mesyuarat Agung PKPMI-CB.
Mesyuarat kali ini agak panas berbanding tahun-tahun lepas.Banyak isu diutarakan terutamanya melibatkan hal kewangan.Sesetengah ahli majlis juga tidak menghormati etika mesyuarat.Semestinya semua sedia maklum jika sebarang bahasa percakapan adalah menggunakan bahasa Melayu.Walaupan setelah ditegur masih lagi menggunakan bahasa asing(nasib baik tak guna bahasa cina,india ke).Susah sangat ke nak bercakap BM ni?Hai..
Pengundian ahli Majlis Tertinggi(MT) telahpun dibuat.Dan tahniah buat mereka yang terpilih.Pemerhatian aku..banyak ahli Islamic Malaysian Association (IMAN) yang membolot jawatan MT.Nampaknya sikap dan pemikiran memainkan peranan juga.Bukan hanya tahu berjanji bukan-bukan.Aku harap lepas ni takdela aktiviti yang tidak-tidak.

Tanggungjawab itu berat.
Cehh..macam akula plak yang jadi MT.Takdenye.Aku senyap je.Aku cuma teringat je.Aku sudah mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan kepadaku.Tanggungjawab sebagai naqibah.Ya Allah!Dah lama rasanya kami tidak melakukan usrah.Jadual waktu yang berbeza dan ditambah pula dengan aku yang tidak cukup bahan tarbiyah.Mahu dibicarakan apa?Maaf ya adik-adikku,bukan sengaja mendiamkan diri..cuma kita berada di dua dunia berbeza.
Seseorang pernah menyinggungku.Kamu fikir tarbiyah hanya untuk orang yang sudah tahu ke?Macam mana dengan orang yang sedang hanyut dengan hedonisme?Yang mungkin seumur hidup tak pernah tahu tentang Islam?

Aku tiada jawapan untuk pertanyaan dia.Aku senyap.Namun berfikir dalam-dalam.Ya..aku tidak boleh berat-sebelah.Islam perlu bersinar kembali.Dan tugas itu tugas Umat Islam keseluruhannya.Berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran.Layakkah aku?Mampukah aku?Mampu atau layak itu bukan pokok persoalan.Jika hanya berkata aku tidak layak..sampai bila-bila kita tidak layak.Manusia itu sememangnya tidak sempurna.Namun sebarang khilaf hendaknya ditegur agar kita saling ingat-mengingati.Kerana sesungguhnya kita perlu kembali membentuk muslim realiti seperti suatu masa dahulu.

Secara jujur,aku juga muslim ilusi itu.Banyak perkara yang aku lakukan tidak bertepatan dengan Islam.Aku malas,belajar pun cincai-cincai je.Namun itu juga bukan alasan.Tiada siapapun yang sempurna namun seseorang mampu menjadi lebih baik.

Saudara kita di sana masih berjihad mengangkat senjata.
Ayuh sahabat-sahabat sekalian!
Jihad kita di sini mengembalikan Islam seperti suatu masa dahulu.
Muslim ilusi patut disedarkan(Buat aku jugak nih)
Kita kembalikan muslim realiti.

4 komentar:

Farhan mengatakan...

naqibah lagi berat amanah nya dari MT.susah nak jadi naqibah.bimbing orang bkn semua orang blh buat.

hana mengatakan...

Betul2..jadi naqibah ni berat tanggungjawabnya.terima kasih mengingatkan.

nur_aishah mengatakan...

Alhmdllh selesai sudah tugas sy selama setahun sbg ahli komiti PKPMI..
Mcm-mcm dpt: gembira,penat,suka,duka,bimbang...
Tp sy dpt pengalamn & kenalan yg sememangnya berharga yg tidak boleh dipelajari di dlm kelas atau buku.

Sy bersetuju tentang menjadi Naqibah rasanya lg berat. sebab anda perlu menjadikan diri anda contoh untuk mengajak org lain kearah kebaikan..Siapa nak ikot apa awk kata kalu diri sendiri x boleh dijadikan pengajaran kpd org lain

Tp,nk seribu daya,xnak seribu dalih...sekiranya anda mampu lakukannya, sy memberikan sokongan 100%..hehe

wslm

hana mengatakan...

Aishah,
bagi ani tugas ni bukan tugas saya dan kamu,tapi tugas ni tugas kita semua,umat Islam khususnya.
Yup,saya setuju tugas naqibah susah.Nak bimbing org bukan semua boleh buat.Saya tak mengatakan saya mampu menjalankan tugas ni,tapi jika kita tidak melakukan perubahan hari ni,Islam itu tidak akan tertegak sampai bila2.
Sahabat Rasulullah s.a.w sangat memahami tanggungjawab mereka.Selepas Rasulullah wafat,sahabat berkira-kira macam mana nak sebarkan Islam ni.Kerana mereka tahu tanggungjawab tu.Tanggungjawab menegakkan syariat Allah di muka bumi.Mereka tidak berlengah,malah melakukan sehabis daya.Sehingga perjuangan ini bersambung sampai umat Islam sudah memenuhi seluruh pelusuk dunia kala ini.

Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama.Inilah yang kita kena mula,mula dari langkah pertama.

Dan terima kasih atas sokongan.
hehe