Minggu, Januari 18

Tag oleh Kak BalQis

Sekali lagi aku ditag oleh kak BalQis.Soalannya alahai..mencabar minda.

1.Sesiapa yang kena tag, tulis 10 perkara berkenaan orang yang men'tag' dia.

a.nama di beri Balqis bt Yahya .Saya ceduk dari blog kamu je =)
b.Pelajar perubatan di Ukraine,saya rasa di Crimea State Medical University (CSMU)
c.Seorang yang optimis dan bersemangat waja serta tidak mudah mengalah(mengenangkan komen pertama kamu di blog ini)
d.Seorang yang sangat puitis.Saya suka semua puisi kamu.Salah satunya we are-the tested one.
e.Ulat buku.Melihatkan buku-buku di rangkaian rak buku kamu.Banyak sekali.
f.Kamu sangat menghormati senior-senior kamu(Kamu punya senior yang sangat baik.Kredit to Kak Damai
g.Kamu sangat suka belajar pelbagai bahasa.Barukisu aka Balqis dalam bahasa jepun kan?
h.Kamu suka minum teh dari kopi.Iya kan?Kamu pernah mengabarkan pada saya.
i.Mesra dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.Saya kira kamu juga murah senyuman.
j.Mudah menerima pandangan,teguran dan nasihat.

Kak BalQis,jika ada yang salah maafkan saya.Saya menilai kamu berdasarkan coretan-coretan kamu di blog dan juga komen-komen kamu di blog saya yang tak seberapa ni.Namun..soalan ini sangat mencabar.



2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.

1.Nama diberi Madziani bt Ab Majid.Panggilan oleh teman-teman,Ani.Namun sangat menyukai nama Hana.Hana bermaksud bahagia,berasal dari perkataan Farah.
2.Mudah tidur walau di mana jua berada hatta ketika berdiri di atas bas yang penuh sesak penumpang.Tabiat tidur ni pernah disinggung oleh ayahku,dikeluarkan hukum tidurnya.Jika kamu diberi masa hidup selama 60tahun,dan mengenangkan waktu tidur yang banyak ni,kamu sebenarnya hanya hidup selama 20-30 tahun je,separuh lagi kamu mati.Produktifkah hidup kamu?Owh abah,tidakku ingin jadi begini..huhu.
3.Aku budak naif.Semua menyatakannya termasuk dia.Aku terima je.
4.Suka baca artikel tentang isu-isu semasa termasuk analisis politik walaupun tidak terfikir untuk menggantikan Dr Lo'Lo'(Walaupun pemerhatian aku tak tepat)
5.Pendengar yang baik.Kamu boleh bercerita apa saja padaku.Aku akan mendengarnya.
6.Budak berhati batu.Jika aku katakan A,A lah jawabnya.Sebarang pujuk rayu tidak akan dilayan.
7.Sangat suka minum teh.I'm tea addict
8.Bukan seorang genius,yang pasti.Camne la bleh sesat masuk sini.Rezeki Allah.
9.Penggemar cerita bersiri NUMB3RS,walaupun sekarang sudah terlalu lama aku tidak menontonnya.Dah insaf sikit.Walaupun ya,banyak benar term-term matematik yang diorang guna.
10.Bukan manusia sempurna,banyak cacat celanya.

Alhamdulillah,dah selesai.
Demi kamu Kak BalQis,saya luangkan masa saya menjawab soalan ni.
Maaf ye jika salah.

Aku nak tag Cik Fathen.Huhu.

8 komentar:

K H A Z I N A T U L A S R A R mengatakan...

hehe,
mekaseh ani, nanti ten buat k :)

hana mengatakan...

Terima kasih gok sbb sudi layan ani ni..huhu

Ibnurashidi mengatakan...

salam ziarah...

Semoga Allah berkati kamu ya..Jangan lupa doakan untuk umat Islam di sana..

hana mengatakan...

Wslam dan salam kembali.
Terima kasih kerana sudi menjenguk teratak saya yang tak seberapa ni.
Amin untuk doa kamu.InsyaAllah,mereka saudara kita.Tidak akan saya lupa itu..kesengsaraan mereka,kepedihan buat saya.

Farhan mengatakan...

"4.Suka baca artikel tentang isu-isu semasa termasuk analisis politik walaupun tidak terfikir untuk menggantikan Dr Lo'Lo'"

lol.lps ni blh ah menulis analisis politik plk

hana mengatakan...

Tak leh kot..saya ada sifat kurang percaya pada diri..nak kuarkan pendapat pun susah..namun..mungkin satu masa yang tak pasti, saya akan tulis sal politik.

BalQis mengatakan...

Saya berpangkat kakak kepada kamukah, Hana? Oh, ingatkan sebaya, hihihi...

takpelah, kakak pun kakaklah, (tak nak mengaku ni)

hana mengatakan...

Saya pu igt sebaya mulanya
:D