Kamis, Januari 1

Doa buat mereka

Selesa aku di sini
Lena di alam mimpi
yang menjadikan aku
pencundang utama

Salah mereka?
Penyataan apakah ini?
Penyataan bodoh!
Dari manusia buta
Simpan pangkatmu,
simpan kepewiraanmu
jika hanya tahu
erti menurut

Ah,
Aku benci pada perang,
Aku benci manusia hipokrit,
Aku benci manusia perakus darah,
Aku benci!

Pembunuhan,
Pembantaian umat Islam,
Ibu-ibu,
Kanak-kanak,
Pemuda,
Pemudi,
Tega kamu memperlakukan begitu?
Tega kamu berdiam diri?

jika dan hanya jika,
kamu tahu susahnya proses penciptaanmu,
jika dan hanya jika,
kamu tahu beribu-ribu mati
dan kamu juara,
Jika dan hanya jika,
kamu tahu susahnya melahirkan kamu,
takkan kamu sanggup membiarkan,
nyawa itu sangat berharga

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

Hanya ini yang mampu kulakukan,
buat saudaraku di sana.
Aku mengumpul kekuatan ini,
atas nasihat sahabatku,
Aku tidak mampu,
malah tidak layak mungkin,
namun berdiam diri bukan pilihanku,
lantas aku coretkan juga,
agar kita bersama-sama berdoa,
demi kesejahteraan mereka di sana.

10 komentar:

BalQis mengatakan...

Amin untuk doa kamu!
Mohon dengan bersangatan!

hana mengatakan...

Ya,
kita perlu memohon
doa merupakan senjata mukmin
Mungkin tak banyak yang mampu kita lakukan,

but

silence is not an option

Fakhzan Marwan mengatakan...

Semalam, akak mendapat satu e-mail yang mendedahkan pakatan sulit negara2 arab dengan israel, dan persetujuan mereka atas pembantaian Gaza, masyaAllah, moga2 raja2 arab yang bersengkokol dengan syaitan manusia itu jua diberi balasan yang setimpal nya.

Mana iran yang selama ini memperjuangkan Islam?

Sangat sedih semalam hingga teresak2sampai tertidur!

hana mengatakan...

Akak,pakatan2 ini sudah lama.Ya,merekalah yang menjatuhkan palestin,yang menjadi talibarut israel.
berita tentang pakatan ini telah diterbitkan di palestinkini.
Saya sangat sedih.sanggup mereka menggadaikan nyawa yang tak berdosa demi kepentingan peribadi.
Rakyat palestin sendiri yang memilih hamas,jika dunia lupa hamas dipilih berdasarkan system demokrasi,dan dunia tidak patut menghukum palestin.Dunia juga tidak patut menghukum hamas sbg pengganas.

lupe,jika ingin menyalurkan bantuan,jangan hulurkan pada fatah,tapi kepada hamas.

2,3 hari ini saya stress.Sakit hati.saya menangis,sangat sedih.Apa saya buat di sini?
namun saya kena kuat.Rakyat palestin perlukan doa kita,perlukan sumbangan kita.Jadi,kita jangan berdiam diri.

sedarkan mereka yang masih lena

Fakhzan Marwan mengatakan...

Dahulu akak sangat jahil dengan issue palestine, iyalah, mereka sangat jauh dimata dan dihati, alhamdulillah, setelah berkenalan dengan dunia blog ini, sangat banyak faedah yang didapati, antaranya dengan kesedaran mengenai pelbagai issue tentang islam.

mahu menulis tentang pembantaian gaza, tapi masih tiada kata maupun bicara paling tepat untuk menceritakan luka di hati akak. sungguh! Allahukabar! Dimanakah janji2 pertolongan dari Allah swt itu? bersabar lah, kerana janji Allah itu benar, dan pertolongan Allah itu sangat dekat, Ia takkan membiarkan hambanya menangis, itu akak percaya.itu kata2 yang sentiasa akak bisikkan dihati

kalau Hana ada masa, baca lah http://nikabduh.wordpress.com/2008/12/31/kita-dan-palestin/

terus berkobar2 semangat akak mahu melawan bangsa kafir itu! dan Hana mau tau? mereka tidak suka dipanggil kafir, mau dipanggil non-muslim!

K H A Z I N A T U L A S R A R mengatakan...

ameen yarabbalamaeen,
bagus ani. kite doakan Allah hancurkan mereke yang menumpah darah umat islam yg tak berdose di muke bumi ni, sesungguhnye Allah dah bagitau sesungguhnya bumi ni untuk hambe yg bersujud pade agameNya dan mereke yang menafikan Allah hanye menumpang. insyaAllah segale segale ujian dan pejuang yang mati syahid mendapat tempat di sisi Allah, ooh, adekah ten mampu jadik calon syurga. ani mungkin insyaAllah :)

p/s- ani, akhir kate, ani kene tag. eh cam tak kene plak ngan komen ni, tp betol tau ni .. :)

hana mengatakan...

Salam buat kak fakhzan,

Yup,dunia blog jika dilihat dr sudut positif,hasilnya akn baik.Jika dilihat dari sudut negatif,hasilnya akn buruk.Saya juga mula belajar untuk mengambil tahu dari dunia blog.Dulu bile tgk berita,ade sedikit rase marah,namun bile pk balik soalan utama,kenapa benci israel?takkan nk jwb sbb mereka yahudi.Org israel pm gelak gini.Lalu saya amek inisiatif,belajar sikit2 ttg konflik palestin-israel.dunia blog membw saya pada pemikiran luar dari kotak,kdg2 benda2 camni kita patut lihat dalaman dan bukan luaran je.

takpe kak,kumpullah kekuatan tu.saya yakin akak mampu.kita umat Islam yang tabah..yg berjuang demi Allah dan Rasul tercinta.Ambillah seberapa masa,akak dah peduli.Sya tau akak dah peduli.Akak tau,saya juga tdk mmpu,menangis beberapa kali,namun nasihat sahabat sylah yang membuatkan saya punya kekuatan.so,saya tulis.tulisan yang tak seberapa mungkin,namun kutiplah sedikit nasihat,sedikit kata2 di atas untuk dijadikan doa buat mereka di sana.

terima kasih atas perkongsian akak.InsyaAllah akan saya baca.

oh,tentang kafir...ade jwp bernas tentang org kafir ni.Nanti saya bgtau akak.Non-muslim agak lembut sebenarnye,tapi jika dilihat dari sudut pandang yang ingin menegakkan hujah penggunaan kafir dalam Al-Quran ni,InsyaAllah mereka leh terima.Nanti ye akak,saya bgtau.perlu bukak buku dulu.huhu.

hana mengatakan...

Salam buat fathen =)

owh,ten..ani pun tidak layak.Syurga itu rahmat Allah bg sesiapa yg Dia kehendaki.Mungkin ten lebih layak =)

ye,berdoa dan terus berdoa.
Sebarkan pd teman2 juga.
Blog ten ramai peminat.sikit2 lame2 jadi bukit,kn?

owh.org kne tag?
InsyaAllah akn ani jwb

dan ten,entah camner ani terdelete komen se lagi tuh,dakpe r...yang sal lagu tuh..ani jwb pe yang ani nk jwb k

Fakhzan Marwan mengatakan...

Hana, akak ada satu e-mail yang menyatakan pendapat pemuda2 israel itu, mereka berkata, sekiranya mereka ini dilahirkan di tanah palestine, mereka akan menjadi terorrists dan menentang jews!itu kata2 dari seorang warganegara israel!

kenapa, owh kenapa tiada yang mahu bangkit membantu palestine yang sudah teruk dibantai israel? mana tentera2 palestine?

hana mengatakan...

akak,saya tiada jawapan untuk soalan akak.Akak,saya juga tiada jawapan untuk segala kenapa yang pernah dilemparkan oleh warga palestin untuk dunia.

namun akak,saya tahu tak sume orang israel jahat,ade yang berarak menentang zionis.ade yang same2 simpati pada palestin.

kita nilah masalahnya.Umat Islam sendirilah puncanya.Yang menjatuhkan Islam bukan mereka,tapi kita.Mereka cuma mengambil kesempatan atas kelalaian kita.

Percayalah akak,percayalah pada janji Allah.InsyaAllah kita akan menang.

penduduk palestin tabah.Ade satu hadis yang sangat ingin saya kongsikan.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)’.

percayalah.mereka akan tetap bertahan...kerana mereka percaya pada janji Allah.