Minggu, Januari 25

Catatan Masa Silam 2

Salam,
2 minggu lepas rumah sahabatku dirompak.Kerugian dikhabarkan melebihi rp5juta atau lebih kurang rm2k.Innalillah...

Diriku
Aku sebenarnya manusia yang susah untuk menerima kenyataan jika barang aku hilang.Suatu hari,kala itu cuti semester.Aku pulang ke Malaysia.Aku mencari-cari mana novel kesayanganku.Bertanya pada si adik kecil.Rupa-rupanya hilang!Aku sedih bercampur marah.Novel yang aku beli dengan susah payah.Hilang dek tindakan tidak bertanggungjawab manusia.Aku mengamuk satu rumah.Lantas,ayahku datang memberi nasihat.

".bla...bla...bla..Ani kena redha," nasihat ayahku.
Kamu tahu apa aku kata?Dalam hatila..takkan nak cakap kat depan ayah kot.

"TAK NAK REDHA,"monologku.


Tuhan tahu,hanya menunggu-Leo Tolstoy
31 Julai 2007
Hari itu hari Selasa.Tiada sebarang tutorial atau lecture.Aku berada di bilik.Sedang membaca dan menyiapkan kerja rumah.Telefonku berbunyi.Tertera di layar telefon.Nombor yang tidak aku kenali.Dalam perbualan yang singkat aku dikhabarkan memenangi sejumlah wang.Aku jadi teruja!Sekelip mata aku memberikan info yang diminta iaitu nama Ibu dan tarikh lahir Ibu.Bagi aku,maklumat itu tidak ada apa-apa kepentingan,bagi jela.Lantas perbualan terhenti.


Kerana kebodohanku,kerana perasaan tamakku....
Selepas beberapa minit.Telefon berbunyi lagi.Kala itu,aku kira aku sudah sangsi dengan pemanggil tadi.Namun entah kenapa aku masih juga meneruskan perbualan telefon tersebut.Sehingga akhirnya aku memberikan semua info yang mereka mahukan.Dipendekkan cerita aku kehilangan wang simpanan sebanyak rp5.6juta...

Selepas beberapa bulan aku mengeluarkan ayat keramat..tak nak redha..
Allah s.w.t telah menunggu masa yang sesuai untuk membalas ayat keramatku.Tanggal 31-7-2007 adalah tanggal yang akan aku ingat seumur hidup.Pengajaran yang takkan aku lupakan.

Aku kehilangan wang yang banyak.Hilang tak berganti.Namun aku mendapat pengajaran yang sangat berharga dalam hidup ini.Aku belajar untuk redha dengan segala apa yang ditakdirkan buatku.Aku belajar untuk redha atas segala macam kekurangan yang ada.Aku belajar untuk redha dengan apa jua kehilangan yang aku tempuhi.Memahami bahawa semua yang aku miliki bukan milikku tapi milik Allah yang Esa.Malah diriku juga bukan milikku.Suatu masa aku akan kembali mengadap Yang Esa.

Aku kehilangan wang..5.6juta..tapi aku dapati sesuatu yang sangat berharga dari wang yang hilang itu.Jalinan Ukhuwah yang utuh antara budak-budak twinning.Dengan kutipan wang batch aku dan batch 2007,jumlah wang terkumpul hampir rp2 juta.Aku sekarang sedar jika aku bersama mereka yang menyayangiku.Aku sayang budak Twinning!Dengan Faris a.k.a papa yang sememangnya bertindak sebagai papa kami di sini.Sepanjang masa asyik mengSMS aku.

"Mung ok ke dok?Sedih lagi ko?"tanya Faris.

Memang lagak ayah aku.Ayah aku pun sama.Pagi dan petang asyik telefon.Ada duit ke tak.Dah ok ke.Sedih lagi ke.Dan nasihat paling utama.Ani kena redha.Kali ni tiada lagi ayat keramat itu..dek balasan Allah padaku.

Pengajaran:
1.DIA mengetahui lipatan hati yang terdalam.
2.Setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya.Tersembunyi atau terang lagi nyata.Hanya kitalah yang perlu menyikapinya sendiri.
3.Aku sedar diri.Aku ni hamba je...Redhalah dengan apa yang ditakdirkan.

10 komentar:

Nurul Amiza mengatakan...

salam ani,

hmm..tersentuh bace citer ni..
saye pernah jgk bertindak 'tidak redha', wlpun tak mengakuinya dgn lisan..

Mksud sye, kdg2 kalau sye ditimpa ujian, saye terasa sgt berat smpai asyik menangis..seperti tidak redha ujian itu menimpa diri.kdg2 smpai sya tak berbuka puasa.dasyat tak?abg sya prnah nasihat bila sye mengadu dlm telefon:'dah2 jgn nangis2, ni tak berbuke puase ni merajuk kat sape?'merajuk kat Allah ke?'

mse tu, terase jantung saya berhenti berdenyut..sye sendiri tak sedar sebenarnye, hanya diberi sedikit ujian, tanpa sye sedari sye sudah bertindak 'tdk redha'.padahal siapalah sya utk bertindak spt itu?status hamba ini sbnarnye tdk layak utk sye brbuat bgitu.

lgipun, ujian itu tanda Allah sayangkan kita, tika kita leka, diberi sdikit ujian agar kita kembali pdNya.tp kta slalu tak brsyukur dgn ujian yg dtg, malah tidak redha.

juga jka kita pernah mengimbas kembali setiap ujian yg kta hadapi, pasti terselit hikmah dan ibrah yg sgt brharga.

Redha dan bersyukurlah dgn setiap apa yg ditakdirkan.semuanya adalah terbaik buat kita kerana hanya Dia yang mngetahui segalaNya.

maaf pnjang, luahan hati sekali..

Hanisa mengatakan...

Salam ani. Sedih bace cite ani. Semoga ujian yang kite terima dapat mentarbiyah kite. Cerita ni dah pon jadi sejarah dan pengajaran. Sejarah yang akan mengingatkan kite semua supaya redha dengan takdir Allah. Mungkin hari ini Allah menurunkan hujan di tengahari tapi jangan kite lupa yang pelangi indah akan muncul juga. wah maap merepek lak.:)

hana mengatakan...

Wslm nisah...

ape lak yang merepeknye..takde merepek...Betul tu,pelangi akan tetap muncul menghadirkan senyuman di kala hati gundah gulana...

pengajaran yang sangat berharga buat diri ni...

hana mengatakan...

Wslm mieza,

tak pe..awk nk tulis panjang-panjang pun tak pe..saya tak kisah...

cerita ni lebih kepada saya..agar saya lebih beringat len kali..

Kadang2 kite tak sedar bende ni..tula jadi cam saya...tak nak redha..sedangkan bile ditelusuri setiap ujian yang dideri mesti ade sbb musababnye..yang akan menyebabkan kita semakin dekat denganNYA..

jangan sedih ye mieza..awk insan terpilih bila Allah timpakan ujian pada awak =)

arnamee mengatakan...

Salam ziarah...

tabahkan hati,insyaallah;)

hana mengatakan...

Salam buat kamu..
terima kasih atas ziarah kamu.
Terima kasih juga atas kata-kata semangat kamu.

Fakhzan Marwan mengatakan...

Salams

Akak jua manusia yang begitu, baru diuji dengan sedikit, sudah mau merungut merajuk dengan abah mak dan keluarga, ya ALlah, siapalah aku ini yang mau menolak ketentuan mu

tapi, kata2 sabar itu memaang mencabar iman semasa diucapkan oleh sahabat2 , ya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bukan?

sabar lah, moga2 segala2nya akan dibalas dengan berlipat ganda. insyaAllah....:D

hana mengatakan...

Wslam,kak.

Yup..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Namun apakan daya,itulah yang mampu diucapkan.Tanda sokongan buat mereka yang ditimpa musibah.

Terima kasih kak..InsyaAllah pelangi nan indah akn muncul jua selepas hujan.

nur_aishah mengatakan...

SAlam Ani..
Sememangnya ujian yg diberikan oleh ALLah swt membuatkan kita kembali meningati Nya...

Sedangkan Rasulullah yang begitu disayangi Allah pun ditimpa dugaan yg dahsyat..sy rasa awk pun tau kn..

Semoga kita sentiasa tabah menghadapi ujian Nya dan sentiasa redha dgn ketentuannya.

Insyaallh (",)

Nice entry..menignatkan sy utk lebih tabah menghadapi ujian Allh swt & mengambil iktibar di atas segala ketentuan-Nya

wslm

hana mengatakan...

Wslam Aishah.
Terima kasih atas ziarah anda ke blog yang sememangnya biasa ni.

Yup,ujian ini menyebabkan kita mengingat kembali status kita.Siapa kita dan siapa DIA.Setiap ujian yang diberikan memberi makna tersendiri.Jika dilihat dari positif,positifla hasilnya.Jika dilihat scr negatif,negatiflah hasilnya.

Kerana itu kita harus mengintai mutiara di lautan ujian kn.

salam