Senin, Januari 26

Hartal 1947

Salam.
Aku tahu pasal Hartal ni pun melalui blog ni
Baru tahu.
Hari ni.Tanggal 26 Januari 2009.
Tapi sungguh.
Lebih baik lambat daripada tak tahu langsung.

Apanya Hartal ni?
Aku tak nak cakap panjang-panjang.
Silalah menjenguk entri Apa itu 'Hartal?' di warungkampung ni ye.
Kepada tuan blog,mintak halal ye.

Sebarang pertanyaan,perbahasan tidakla dilayan kerana aku memang tak tahu apa-apa.
Tapi bolehla melawat blog tukang bikin videonye di sini

Minggu, Januari 25

Catatan Masa Silam 2

Salam,
2 minggu lepas rumah sahabatku dirompak.Kerugian dikhabarkan melebihi rp5juta atau lebih kurang rm2k.Innalillah...

Diriku
Aku sebenarnya manusia yang susah untuk menerima kenyataan jika barang aku hilang.Suatu hari,kala itu cuti semester.Aku pulang ke Malaysia.Aku mencari-cari mana novel kesayanganku.Bertanya pada si adik kecil.Rupa-rupanya hilang!Aku sedih bercampur marah.Novel yang aku beli dengan susah payah.Hilang dek tindakan tidak bertanggungjawab manusia.Aku mengamuk satu rumah.Lantas,ayahku datang memberi nasihat.

".bla...bla...bla..Ani kena redha," nasihat ayahku.
Kamu tahu apa aku kata?Dalam hatila..takkan nak cakap kat depan ayah kot.

"TAK NAK REDHA,"monologku.


Tuhan tahu,hanya menunggu-Leo Tolstoy
31 Julai 2007
Hari itu hari Selasa.Tiada sebarang tutorial atau lecture.Aku berada di bilik.Sedang membaca dan menyiapkan kerja rumah.Telefonku berbunyi.Tertera di layar telefon.Nombor yang tidak aku kenali.Dalam perbualan yang singkat aku dikhabarkan memenangi sejumlah wang.Aku jadi teruja!Sekelip mata aku memberikan info yang diminta iaitu nama Ibu dan tarikh lahir Ibu.Bagi aku,maklumat itu tidak ada apa-apa kepentingan,bagi jela.Lantas perbualan terhenti.


Kerana kebodohanku,kerana perasaan tamakku....
Selepas beberapa minit.Telefon berbunyi lagi.Kala itu,aku kira aku sudah sangsi dengan pemanggil tadi.Namun entah kenapa aku masih juga meneruskan perbualan telefon tersebut.Sehingga akhirnya aku memberikan semua info yang mereka mahukan.Dipendekkan cerita aku kehilangan wang simpanan sebanyak rp5.6juta...

Selepas beberapa bulan aku mengeluarkan ayat keramat..tak nak redha..
Allah s.w.t telah menunggu masa yang sesuai untuk membalas ayat keramatku.Tanggal 31-7-2007 adalah tanggal yang akan aku ingat seumur hidup.Pengajaran yang takkan aku lupakan.

Aku kehilangan wang yang banyak.Hilang tak berganti.Namun aku mendapat pengajaran yang sangat berharga dalam hidup ini.Aku belajar untuk redha dengan segala apa yang ditakdirkan buatku.Aku belajar untuk redha atas segala macam kekurangan yang ada.Aku belajar untuk redha dengan apa jua kehilangan yang aku tempuhi.Memahami bahawa semua yang aku miliki bukan milikku tapi milik Allah yang Esa.Malah diriku juga bukan milikku.Suatu masa aku akan kembali mengadap Yang Esa.

Aku kehilangan wang..5.6juta..tapi aku dapati sesuatu yang sangat berharga dari wang yang hilang itu.Jalinan Ukhuwah yang utuh antara budak-budak twinning.Dengan kutipan wang batch aku dan batch 2007,jumlah wang terkumpul hampir rp2 juta.Aku sekarang sedar jika aku bersama mereka yang menyayangiku.Aku sayang budak Twinning!Dengan Faris a.k.a papa yang sememangnya bertindak sebagai papa kami di sini.Sepanjang masa asyik mengSMS aku.

"Mung ok ke dok?Sedih lagi ko?"tanya Faris.

Memang lagak ayah aku.Ayah aku pun sama.Pagi dan petang asyik telefon.Ada duit ke tak.Dah ok ke.Sedih lagi ke.Dan nasihat paling utama.Ani kena redha.Kali ni tiada lagi ayat keramat itu..dek balasan Allah padaku.

Pengajaran:
1.DIA mengetahui lipatan hati yang terdalam.
2.Setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya.Tersembunyi atau terang lagi nyata.Hanya kitalah yang perlu menyikapinya sendiri.
3.Aku sedar diri.Aku ni hamba je...Redhalah dengan apa yang ditakdirkan.

Sabtu, Januari 24

Tanggungjawab itu..

Seputar Mesyuarat Agung PKPMI-CB.
Mesyuarat kali ini agak panas berbanding tahun-tahun lepas.Banyak isu diutarakan terutamanya melibatkan hal kewangan.Sesetengah ahli majlis juga tidak menghormati etika mesyuarat.Semestinya semua sedia maklum jika sebarang bahasa percakapan adalah menggunakan bahasa Melayu.Walaupan setelah ditegur masih lagi menggunakan bahasa asing(nasib baik tak guna bahasa cina,india ke).Susah sangat ke nak bercakap BM ni?Hai..
Pengundian ahli Majlis Tertinggi(MT) telahpun dibuat.Dan tahniah buat mereka yang terpilih.Pemerhatian aku..banyak ahli Islamic Malaysian Association (IMAN) yang membolot jawatan MT.Nampaknya sikap dan pemikiran memainkan peranan juga.Bukan hanya tahu berjanji bukan-bukan.Aku harap lepas ni takdela aktiviti yang tidak-tidak.

Tanggungjawab itu berat.
Cehh..macam akula plak yang jadi MT.Takdenye.Aku senyap je.Aku cuma teringat je.Aku sudah mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan kepadaku.Tanggungjawab sebagai naqibah.Ya Allah!Dah lama rasanya kami tidak melakukan usrah.Jadual waktu yang berbeza dan ditambah pula dengan aku yang tidak cukup bahan tarbiyah.Mahu dibicarakan apa?Maaf ya adik-adikku,bukan sengaja mendiamkan diri..cuma kita berada di dua dunia berbeza.
Seseorang pernah menyinggungku.Kamu fikir tarbiyah hanya untuk orang yang sudah tahu ke?Macam mana dengan orang yang sedang hanyut dengan hedonisme?Yang mungkin seumur hidup tak pernah tahu tentang Islam?

Aku tiada jawapan untuk pertanyaan dia.Aku senyap.Namun berfikir dalam-dalam.Ya..aku tidak boleh berat-sebelah.Islam perlu bersinar kembali.Dan tugas itu tugas Umat Islam keseluruhannya.Berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran.Layakkah aku?Mampukah aku?Mampu atau layak itu bukan pokok persoalan.Jika hanya berkata aku tidak layak..sampai bila-bila kita tidak layak.Manusia itu sememangnya tidak sempurna.Namun sebarang khilaf hendaknya ditegur agar kita saling ingat-mengingati.Kerana sesungguhnya kita perlu kembali membentuk muslim realiti seperti suatu masa dahulu.

Secara jujur,aku juga muslim ilusi itu.Banyak perkara yang aku lakukan tidak bertepatan dengan Islam.Aku malas,belajar pun cincai-cincai je.Namun itu juga bukan alasan.Tiada siapapun yang sempurna namun seseorang mampu menjadi lebih baik.

Saudara kita di sana masih berjihad mengangkat senjata.
Ayuh sahabat-sahabat sekalian!
Jihad kita di sini mengembalikan Islam seperti suatu masa dahulu.
Muslim ilusi patut disedarkan(Buat aku jugak nih)
Kita kembalikan muslim realiti.

Jumat, Januari 23

Kajian tentang tidur

Dah lama aku simpan email ni.
Tetibe rase nak share.

Public release date: 17-Nov-2008


Contact: William Harms
w-harms@uchicago.edu
773-702-8356
University of Chicago
Sleep helps people learn complicated tasks
Sleep also helps people recover forgotten skills

Sleep helps the mind learn complicated tasks and helps people recover learning they otherwise thought they had forgotten over the course of a day, research at the University of Chicago shows.

Using a test that involved learning to play video games, researchers showed for the first time that people who had "forgotten" how to perform a complex task 12 hours after training found that those abilities were restored after a night's sleep.

"Sleep consolidated learning by restoring what was lost over the course of a day following training and by protecting what was learned against subsequent loss," said Howard Nusbaum, Professor of Psychology at the University of Chicago, and a researcher in the study. "These findings suggest that sleep has an important role in learning generalized skills in stabilizing and protecting memory."

The results demonstrate that this consolidation may help in learning language processes such as reading and writing as well as eye-hand skills such as tennis, he said.

For the study, researchers tested about 200 college students, most of whom were women, who had little previous experience playing video games. The team reported the findings in the paper, "Consolidation of Sensorimotor Learning During Sleep," in the current issue of Learning and Memory. Joining Nusbaum in the research were lead author Timothy Brawn, a graduate student in Psychology at the University; Kimberly Fenn, now an Assistant Professor of Psychology at Michigan State University; and Daniel Margoliash, Professor in the Departments of Organismal Biology & Anatomy and Psychology at the University.

The team had students learn video games containing a rich, multisensory virtual environment in which players must use both hands to deal with continually changing visual and auditory signals. The first-person navigation games require learning maps of different environments.

For the study, researchers used first-person shooter games, with the goal of killing enemy bots (software avatars that play against the participant) while avoiding being killed.

The subjects were given a pre-test to determine their initial performance level on the games. Then they were trained to play the games and later tested on their performance. One group was trained in the morning and then tested 12 hours later after being awake for that time. A second group was trained in the morning and then tested the next day, 24 hours after being trained. Another group was trained in the evening, then tested 12 hours after a night's sleep and a fourth group was trained in the evening and then also tested 24 hours after training.

When trained in the morning subjects showed an 8 percentage point improvement in accuracy immediately after training. However after 12 waking hours following training, subjects lost half of that improvement when tested in the evening. When subjects were tested the next morning 24 hours after training, they showed a 10 percentage point improvement over their pre-test performance.

"The students probably tested more poorly in the afternoon because following training, some of their waking experiences interfered with training. Those distractions went away when they slept and the brain was able to do its work," Nusbaum said.

Among the students who received evening training, scores improved by about 7 percentage points, and went to 10 percentage points the next morning and remained at that level throughout the day.

The study follows Fenn, Nusbaum and Margoliash's earlier work, published in Nature, which showed for the first time that sleep consolidates perceptual learning of synthetic speech.

"In that study we showed that if after learning, by the end of the day, people 'forgot' some of what was learned, a night's sleep restored this memory loss," Nusbaum said. "Furthermore a night's sleep protected memory against loss over the course of the next day."

The latest study expanded that work to show that sleep benefits people learning complicated tasks as well, Nusbaum said.

more info:please visit this site.
Aku pun dah lupa mana artikelnye.

Minggu, Januari 18

Tag oleh Kak BalQis

Sekali lagi aku ditag oleh kak BalQis.Soalannya alahai..mencabar minda.

1.Sesiapa yang kena tag, tulis 10 perkara berkenaan orang yang men'tag' dia.

a.nama di beri Balqis bt Yahya .Saya ceduk dari blog kamu je =)
b.Pelajar perubatan di Ukraine,saya rasa di Crimea State Medical University (CSMU)
c.Seorang yang optimis dan bersemangat waja serta tidak mudah mengalah(mengenangkan komen pertama kamu di blog ini)
d.Seorang yang sangat puitis.Saya suka semua puisi kamu.Salah satunya we are-the tested one.
e.Ulat buku.Melihatkan buku-buku di rangkaian rak buku kamu.Banyak sekali.
f.Kamu sangat menghormati senior-senior kamu(Kamu punya senior yang sangat baik.Kredit to Kak Damai
g.Kamu sangat suka belajar pelbagai bahasa.Barukisu aka Balqis dalam bahasa jepun kan?
h.Kamu suka minum teh dari kopi.Iya kan?Kamu pernah mengabarkan pada saya.
i.Mesra dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.Saya kira kamu juga murah senyuman.
j.Mudah menerima pandangan,teguran dan nasihat.

Kak BalQis,jika ada yang salah maafkan saya.Saya menilai kamu berdasarkan coretan-coretan kamu di blog dan juga komen-komen kamu di blog saya yang tak seberapa ni.Namun..soalan ini sangat mencabar.



2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.

1.Nama diberi Madziani bt Ab Majid.Panggilan oleh teman-teman,Ani.Namun sangat menyukai nama Hana.Hana bermaksud bahagia,berasal dari perkataan Farah.
2.Mudah tidur walau di mana jua berada hatta ketika berdiri di atas bas yang penuh sesak penumpang.Tabiat tidur ni pernah disinggung oleh ayahku,dikeluarkan hukum tidurnya.Jika kamu diberi masa hidup selama 60tahun,dan mengenangkan waktu tidur yang banyak ni,kamu sebenarnya hanya hidup selama 20-30 tahun je,separuh lagi kamu mati.Produktifkah hidup kamu?Owh abah,tidakku ingin jadi begini..huhu.
3.Aku budak naif.Semua menyatakannya termasuk dia.Aku terima je.
4.Suka baca artikel tentang isu-isu semasa termasuk analisis politik walaupun tidak terfikir untuk menggantikan Dr Lo'Lo'(Walaupun pemerhatian aku tak tepat)
5.Pendengar yang baik.Kamu boleh bercerita apa saja padaku.Aku akan mendengarnya.
6.Budak berhati batu.Jika aku katakan A,A lah jawabnya.Sebarang pujuk rayu tidak akan dilayan.
7.Sangat suka minum teh.I'm tea addict
8.Bukan seorang genius,yang pasti.Camne la bleh sesat masuk sini.Rezeki Allah.
9.Penggemar cerita bersiri NUMB3RS,walaupun sekarang sudah terlalu lama aku tidak menontonnya.Dah insaf sikit.Walaupun ya,banyak benar term-term matematik yang diorang guna.
10.Bukan manusia sempurna,banyak cacat celanya.

Alhamdulillah,dah selesai.
Demi kamu Kak BalQis,saya luangkan masa saya menjawab soalan ni.
Maaf ye jika salah.

Aku nak tag Cik Fathen.Huhu.

Tajuk ape yang sesuai?

Tidak relevan pada siapa-siapa melainkan diri sendiri


Situasi 1:
Satu hari aku terpanggil untuk menjawab soalan dari laman IQ test yang dilinkkan oleh NurHasanah.Kebetulan saat itu aku sedang tiada kerjaan.Sedang asyik menjawab soalan,teman aku mengetuk pintu bilik.

"Ani wat gapo?"

"Ni ha..saje isi mase..jawab soklan IQ ni.Ani sesaje je.Ani tengok ramai orang jawab.Ade tu sampai dapat 146.146 ni dalam kategori genius"

"Eleh..entah-entah dia jawab berulang kali"

Owh..masa tuh..aku terfikir.Ada plak fikir macam tu.Adakah aku yang terlalu naif sampai tak terfikir macam teman aku ni?Atau sememangnya manusia ni seringkali bersangka buruk?

p/s:maaf ye As,terpaksa guna situasi yang bersangkut paut dengan sahabat kamu.


Situasi dua:
Aku terbaca di laman web Ustaz Zaharuddin tentang menteri kata mahasiswa boleh berdemo bantah serangan Yahudi.Belum sempat aku mengeluarkan pendapat aku,beliau dah keluarkan kenyataan soal sangka buruk.Aku salah seorang yang menafsirkan tindakan menteri pengajian tinggi dari sudut negatif.Aisehh..bersangka buruk lagi.

Aku jarang menilai kata-kata sahabat aku kalau dia bercerita panjang lebar kat aku.Namun perbualan dengan teman semalam menyebabkan aku terfikir, owh mereka rupanya mendigest apa yang aku cakap.Namun dalam banyak-banyak pemerhatian aku,orang melayu memang tidak terlepas dari bersangka buruk.Orang melayu atau sememangnya manusia itu sentiasa punya sifat prasangka?

"Ani,ko naif sangat"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada sebahagian di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain.Adakah di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?Tentu kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kepada Allah,sungguh Allah Maha Penerima Taubat,Maha Penyayang" (Al-Hujarat 49:12)









Jumat, Januari 16

Ingat Mati,ANTIBIOTIC 4

Salam.

Pernah terfikir pasal mati?
Apa yang kamu buat bila kamu ingat mati?
Apa perasaan kamu bila ingat mati?
Aku pernah bertanya pada sahabat-sahabat aku semasa kumpulan belajar suatu ketika dahulu.
Ada yang menjawab

Pertingkat amal ibadah.
Takut.

Alhamdulillah.
Aku berkesempatan menulis tentang ANTIBIOTIC 4 yang aku hadiri hampir sebulan lepas.
Apa kaitan mati dengan entri kali ini?

Salah satu slot kami semasa di Semarang adalah bersama Encik Solikhin Abu 'Izzudin,penulis buku bestseller 'From Zero to Hero'.Satu buku yang sangat bagus bagi mereka yang ingin melakukan perubahan dalam hidup.

Motivation Training:Deadline your Life!Ingat Mati agar Hidupmu Lebih Berarti.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia adalah kesenangan yang memperdaya" (Al-Imran 3:185)

Bila ditanya perasaan kita tentang mati,semestinya ada menyatakan takut.Dan ada menyatakan pertingkat amal ibadah.Itulah peri pentingnya mengingati mati.Supaya kita akan lebih menghargai waktu di dunia ini.Agar kita menjalani hidup ini dengan lebih produktif.

Adakah kita yakin kita mampu hidup pada hari esok?
Semestinya tidak.Sekelip mata sahaja nyawa ini boleh pergi begitu sahaja.Lihat sajalah pada pemain bola sepak yang mati secara mengejut di atas padang atau mereka yang meninggal dunia akibat serangan jantung.Tidak ada amaran awal,sepantas kilat nyawa sudah melayang.Bilakah datangnya kiamat?Apa persiapan yang telah kita buat?Ingatlah kematian begitu dekat menghampiri kita.Oleh itu:

1.Bermulalah dengan cita-cita yang besar,dan jadikan ia suatu kenyataan.Demi mencapai target kita harus berlari lebih cepat.Jangan mudah putus asa.Think big,act small.
2.Tutup masa lalu,tatap masa depan dan jalanilah hari ini.Hal-hal remeh selalu menjadi tumpuan sehingga kita melupakan hal-hal besar,yang menjadikan kita manusia biasa yang sememangnya biasa.
3.Jangan pernah menunda.Bertangguh itu pencuri masa.Boleh jadi kita sudah tidak ada lagi di dunia untuk melakukan segala benda yang pernah kita kata "ala,nantila aku buat"-Teguran untuk aku jugak
4.Lakukan yang terbaik.Lakukan segala kebaikan.Harakah to barakah.Bergerak untuk mendapat berkat.
5.Mulailah dengan tujuan akhir.Bak kata Stephen Covey dalam buku 7 habits:Begin with the end in mind.Bilakah datangnya kiamat.Apa persiapan kita?


Inilah summary sepanjang seminar tersebut yang aku kopi pasta dari blog Aishah.Tuan blog dah bagi greenlight

In sumarry..:
1. Combine the Islamic and scientific knowledge together in treating Muslim patients..We learnd about how zikr and tahajud can heal some chronic illness like cancer.
2. One importent component of good health are spiritual health…I totally agree with that. Related to wat I’ve learned during neurobehavior system, the power of mind to ur body is extraordinary .For example: the placebo effect; the doct kind of trict u by giving u a fake medicine and u totally believe dat u’ll be better if u took it…and its true, the patient does get better.its all because of the power of Spiritual health.
3. Prayer is important!!it can contribute to spiritual health.We can also propose the non muslim patients to pray according to their own religion
4. Health is Physical,emotional,social and economy(holistic outlook)
5. Continue to do ur ibadah to allah even though u r sick…when there’s a will theres a way..there are ways in doing prayers during sick..Islam is simple, not a burden!
6. Always improve ur habblunminallah (relationship with Allah),relationship with the environment& surroundings and hablunminannas( relationship among humans)
7. Deadline ur life..always remember dat there’s always an end in a life..remember u’ll die someday.Thus, try to achieved anything u desire with passion and hard work…something like begin with the end in mind-Steven Covey,the 2nd habit
8. Be sincere
9. Control ur food quantity and quality.Eat when u are hungry and stop before too satisfied.On quality,choose balanced diet and halal of course
10. Health as Amanat Allah to us. Thus we need to good care of it.

Suara hati:
1.Selama 21 hari zinonis menyerang Gaza,hampir 1133 gugur syahid,separuhnya wanita dan kanak-kanak.Lebih 5000 cedera.Pemimpin senior Hamas Syaikh Shiam gugur syahid bersama 6 saudaranya serta 3 anaknya.Moga Allah memperteguhkan hati pejuang-pejuang Islam.
2.Esok 2 peristiwa penting bakal berlaku.Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dan Mesyuarat Agung PKPMI cabang Bandung.Apa lagi?Jalankan tanggungjawab kita sebagai ahli PKPMI.
3.Aku tak suka entri kali ni.Huhu.
4.Penulis tidak mempunyai semangat menulis sekarang.Sedang mencari hala tuju yang dirasakan jauh tersasar.



wassalam.

Minggu, Januari 11

Song for Gaza

We will not go down by Michael Heart



Great song

Minggu, Januari 4

i've been tagged.

i've been tagged oleh cik Fathen.
Thank you for tagging me.


a) 5 Fakta tentang aku
-Pendiam,biasanya kawan-kawan aku yang banyak bercakap,aku lebih suka
berdiam diri,namun aku bercakap bila aku rasa perlu.
-Sangat suka membaca,tak kisah pun pe bahannya termasuk sastera (tapi tak layan
buku A.Samad Said)
-Buta fesyen,bukan kaki shopping-Aku tak sanngup nak jalan lame2 kat mall,tapi
aku sanggup duk berjam-jam di kedai buku.Ye,aku tau aku budak membosankan.
-Aku tak pandai masak,walaupun sering memasak..haha..aku layan je pe yang aku
masak ..tak sedap pun aku makan..huhu..perut aku,bukan perut kamu.
-Punctual..ayah aku ajar kami tuk tepati masa.Dan aku paling tak suka janji
Melayu,sekiranya kamu tahu menunggu itu satu penyiksaan.


b) 5 Perkara menakutkan aku di dunia
-Aku takut Allah
-Aku takut Allah tarik balik nikmat iman yang aku ada ni
-Aku takut leka pada dunia dan punya sifat wahn
-Aku takut mati dalam keadaan kafir
-Aku takut aku lari dari medan perang (walaupun skang ni tak berperang)


c) 5 lagu buat masa sekarang
-Aku jarang dengar lagu,laptop aku pun tak banyak lagu
-2,3 minggu lepas Cik Fathen kirim lagu this I promise u lewat email.Aku layan
seminggu,sekarang dah tak dengar.Nak buang sayang,hadiah orang.
-Sahabat aku perkenalkan kump D-clique,aku layan lagu better days dan please.
-Sahabat aku As linkkan lagu baitulmaqdis,aku layan lagu tu sekarang
-Aku suka lagu kisah cintaku oleh chrisye yang dinyanyikan kembali oleh
Peterpan.lantas aku layan lagu ni mugkin sebulan lepas kot.


d) 5 perkara yang selalu disebut
-Aku jarang bercakap,jadi aku tak selalu sebut sesuatu
-Sekarang tengah sibuk pasal isu palestin,aku tak tau banyak tapi bolehla
nak berkongsi ngan sahabat2
-Aku suka bola,banyak gak masa aku cakap bende ni ngan sesape suka bola
(namun sudah lame aku tak berbual,lagipun sahabat2 aku tak layan bola)
-Aku sentiasa bercerita pasal hal ehwal negara dan dunia dengan sahabat aku
ni sebab dia tak amek internet.kiranye aku ni tukang pemberitahu maklumat
-Aku selalu pk aku ni layak ke jadi doktor?Ni bende yang selalu aku sebut
sejak tahun pertama lagi


e) 5 perkara yang amat bernilai
-Nikmat iman yang senipis bawang ni,
-keluargaku…sahabat2 ku
-keamanan sejagat..aku pedih tengok manusia sesuka hati bunuh orang
-Umat Islam seluruh dunia..impian aku tak banyak Cuma klu boleh biarlah umat
Islam bersatu seperti dahulu.
-Pinjaman MARA,bidang perubatan yang aku ambil ni



f) 5 Pertama kali dalam hidupku
-Pertama kali tahu pasal hari kiamat masa umur 6 tahun,malam tu nangis teresak2
sampai pk aku nak mati same ma dan abah (huhu…mase kecik)
-Pertama kali naik kapal terbang,mase nak datang Indonesia,klu aku tak fly
alamatnya tak naikla kapal terbang ni
-pertama kali jadi pendebat mase tingkatan 4,jadi secara paksa,kawan aku tak dtg
masa hari pertama pertandingan,aku plak kne paksa oleh teacher aku,nak tak nak
terpaksa aku terima.Akulah pendebat paling tak layak..huhu
-pertama kali jauh dari ma dan abah masa umur 10tahun,masa tuh kami tiga
beradik menghabiskan cuti akhir tahun di rumah arwah nenek aku di Pahang.Aku
homesick,nak balik je keje aku.Bila ingat balik..memang anak manja..malu..sebab
kadang2 adik-beradik aku selalu ungkit kisah lame..
-Pertama kali makan pizza hut pada 01-08-07 di jalan Ir Juanda,Bandung.Aku ingat
betul tarikh ni,salmi belanja.


g) 5 orang yg aku nak tag!
Aku tak nak tag sape2..
Alasan je ni,sebenarnya aku tak ramai sahabat bloggers..huhu

Kamis, Januari 1

Doa buat mereka

Selesa aku di sini
Lena di alam mimpi
yang menjadikan aku
pencundang utama

Salah mereka?
Penyataan apakah ini?
Penyataan bodoh!
Dari manusia buta
Simpan pangkatmu,
simpan kepewiraanmu
jika hanya tahu
erti menurut

Ah,
Aku benci pada perang,
Aku benci manusia hipokrit,
Aku benci manusia perakus darah,
Aku benci!

Pembunuhan,
Pembantaian umat Islam,
Ibu-ibu,
Kanak-kanak,
Pemuda,
Pemudi,
Tega kamu memperlakukan begitu?
Tega kamu berdiam diri?

jika dan hanya jika,
kamu tahu susahnya proses penciptaanmu,
jika dan hanya jika,
kamu tahu beribu-ribu mati
dan kamu juara,
Jika dan hanya jika,
kamu tahu susahnya melahirkan kamu,
takkan kamu sanggup membiarkan,
nyawa itu sangat berharga

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

Hanya ini yang mampu kulakukan,
buat saudaraku di sana.
Aku mengumpul kekuatan ini,
atas nasihat sahabatku,
Aku tidak mampu,
malah tidak layak mungkin,
namun berdiam diri bukan pilihanku,
lantas aku coretkan juga,
agar kita bersama-sama berdoa,
demi kesejahteraan mereka di sana.