Selasa, Desember 29

Semalam

 

Aku pernah hadir di situ
Hari yang telah ku tinggalkan
Penuh dengan gelap
Tidak kenal apa itu cahaya

Dulunya aku yang gah
Aku yakin aku yang benar
Lorong itu saja lurus
Membawa aku ke destinasi

Tiap kata ku tepis
Mereka salah bentak ku
Mata pejam telinga pekak
Ku pasti hukama' dibelakangku

Jauh disudut jurang itu
Berontak dadaku keraguan
Tidak tahu apa tak kena
Jiwaku resah tanpa tenteram

Aku mula kembara
Yang tiada tahu ke mana
Berambalan citra terawang
Edari aku kesepian

Memalis aku ke paksina
Berharap afwah dariNya
Terus mencari
Lamun aku tiba pada ia

Kini aku temui karar
Bila akal dan fikir kuutama
Tidak perlu ragu akan percaya
kerna mereka bukan lagi hakimnya
 
note : aslinya bukan milikku

Kamis, Desember 24

buku













Melihat cerminan diri dari setiap bait-bait kata.
Ringkas dan bersahaja.
Untuk mereka yang merasa tidak layak.
Seperti diriku.
Ibarat diari kecil nukilan insan biasa.
Namun, signifikan.
Menggugat jiwa.
Menyelami isi hati.
Melahirkan keinsafan.

Travelog haji : mengubah sempadan iman

bila dah umur 21

Salah satu benda yang boleh dilakukan pada usia 21. Mendaftar sebagai pemilih.

Aku telah mendaftar pada bulan Julai 2009. Katanya selepas 3 bulan, boleh semak senarai pemilih.

tetiba je hari ni gatal tangan nak semak senarai pemilih. Itupun setelah kakakku menyatakan namanya tiada dalam rekod.

Pi melawat laman web nih.

Dah lebih 3 bulan ni. Dah nak masuk 5 bulan aku isi borang hari tuh.

Suprisingly,

" Rekod tidak ditemui "

what da....

takpe. aku isi lagi sekali. tak susah. senang je. korang, ada masa lebih, pi la isi ye.

nota : wah! messi terbaik dunia.

Selasa, Desember 22

mula belajar

berhenti dulu.

Diam.

Sabar.

Diam lagi.

Sabar.

Kesabaran itu tiada hadnya.

Percayalah.

Cuma perlu berhenti dulu.

Sabtu, Desember 5

Cik fathen yang suka tag orang

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Iman yang secebis ini. Keluarga. Pelajaran. Duit MARA. huhu


2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
Chocolate. i'm choc lover.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Kat rumahku di kampung la. Klasik maaa..


4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Sampai akhir hayat. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat.

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
Tak.


6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
Restoran kat bandar seri permaisuri. makan dengan family.


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Ten teachers. Tu pun tak habis-habis lagi. Kapan nak habis pun aku tak tau.

8. Nama penuh anda?
Haiyo. hana yori dango. ngeh3


9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
My father. Entah. Maybe sebab ayah memang banyak cakap dan mak banyak diam.

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
Sekarangkah? Nurul Islah bt Muzakir. My best friend yang dah lama sangat tak
jumpa.


11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
Nik. Mc Za. Islah.Fatimah. Na. Armi. Iqa. Aj


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
Of Course.


13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
Ingin pergi Mekah.


14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.

1- Periang
2- Bakal guru bahasa inggeris
3- Dia bijak
4- Pandai ambil hati orang
5- dia punya gaya tersendiri


15. 8 perkara yang saya gilai?

1- Makan
2- Membaca
3- Jalan-jalan
4- Menulis
5- main volley!
6- sembang santai
7- blogging
8- errrr...

16. Pelukan atau ciuman?
Ini soalan apakah? konpius gue..


17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
8? satu buah buku pun tak habis lagi. Travelog Haji.


18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
lagi...8? satu pun jarang nak ulang banyak-banyak. paling banyak takdir by
opick.


19. mari main TAG orang lain.
taknak tag. kalau tag pun. dia tak berminat nak jawab.

Senin, November 23

Sukanya saya

Beberapa perkara berlaku, perkara yang menceriakan hati saya. Walaupun sekarang saya masih gusar dengan keadaan diri yang masih tidak mengetahui apa-apa.

Perkara pertama:

Menerima khabar berita dari adik perempuanku. Kekuatan sebuah pengorbanan. Terima kasih Allah atas hidayahMu. Dia sudah tidak punya pacar lagi!!

Perkara kedua:

Oncall pada malam hari Sabtu. Menunggu sepanjang malam. Pukul 0530 dapat pesakit primigravida (mengandung anak pertama). Secara natural, agak lambat untuk seorang primigravid ni nak bersalin. Namun, saya panjatkan kesyukuran pada Allah. Dengan bukaan os sebanyak 5cm pada jam 0530, dan dengan cepatnya mencapai bukaan os 10 cm pada jam 0600, saya mampu menyambut kelahiran bayi perempuan tersebut. Sesungguhnya Allah itu mendengar setiap bisikan hati.

Perkara ketiga:

Saya bergegas pulang ke rumah jam 0710. Saya mahu menyertai rehlah bersama ahli usrah. Ye, saya mahu pergi juga walaupun letih dan mengantuk. Peluang hanya datang sekali. Pengisian rehlah sangat membuka minda. Tak rugi pergi. Saya merasakan hari ini adalah indah. Terasa jalinan ukhuwah sesama kami. Mahu pergi lagi sekali!!

Perkara keempat:

Semangat! Walaupun dimarahi ketika ward round. huhu. Bila kena marah, saya mula belajar. Walaupun banyak lagi saya tidak tahu.

Perkara kelima:

Sedang mencari perihal Dr Ang Swee Chai, penulis buku From Beirut to Jerusalem. Ada sesiapa tahu kat mana dia sekarang? Sedang belajar untuk berorganisasi. Perkara baru bagi saya. Sibuk. Tapi terasa waktu itu digunakan sebaik-baiknya. Kata orang, hanya orang sibuk ada masa.

Senin, November 16

Untitled

Last Friday we had our common lecture for Medicine & Society. Sadly enough, a few students came. This was the 3rd time she gave her lecture, and the attendance were still the same. Maybe because there was rumor "there is no common lecture today"

But then, the lecture still go on. I still think medicine & society is a posting that I enjoyed the most (hanya sesetengah orang je enjoy posting nih). Probably one day, I will choose this field as my profession. 

The lecturer ended up her lecture by quoting this interesting line;

" Health programme is what you achieved overall, not just treating patient in the hospital "

I just finished watching " Thambi". A very interesting movie. About a man who fights for the sake of people in India. Corruption, political and money are the main theme. Minority of people choose to deviate from the path that most of people follow.

I went home with a new spirit. Smiling and motivated. I choose this path and I am not giving it up.

Note: another 3 weeks before i finish my o&g posting...and yet I still know nothing. sigh .

Rabu, November 4

Diplomasi

Seorang sahabat berharap saya menggantikan on callnya malam esok. Pada awalnya, saya keberatan. Namun memikirkan kerja sahabat yang perlu juga disiapkan dan dihantar pada hari Jumaat, saya dengan rela hati menerimanya. Ini on call saya yang ketiga dalam minggu yang sama. Malam pulak tuh. Harapnya saya tidaklah terlalu letih menghadiri kelas keesokan harinya. Jumaat, hari yang mendebarkan bagi kami kumpulan wad Kuning. Sesiapa yang pernah berada di jabatan ni tau kenapa. Harapnya mood beliau baik-baik aje. Dan saya tidaklah terawang-awangan berharap saya berada di bilik sedang enak melayani mimpi.

"Apa saja untukmu, akanku usahakan selagi aku punya daya. Bukan daya juga yang kucari kerna aku tahu aku mampu. Hanya yang aku cari dari balik usaha dan setiap pertolongan hanyalah redha dari Yang Maha Esa."

Ketenangan itu hadir saat kau ikhlas menolong. Teruskan perjuangan wahai saudara-saudaraku.

Selasa, November 3

Gelombang kedua

Pernah dengar nama Ignaz Semmelweis?

Ignaz Semmelweis (1818-1865) menyuruh rakan-rakan sekerjanya mencuci tangan sebelum melakukan prosedur. Namun, saranan ini diperlekehkan oleh rakan-rakanya. Ramai yang tidak mempercayai saranannya. Beliau akhirnya tinggal di hospital sakit jiwa dan meninggal dunia di sana.

Namun, kerana saranan beliau, hari ini semua prosedur pembedahan mementingkan kebersihan. Semua benda kena sterile.

Rasulullah saw sangat menekankan perihal cuci tangan.

" Dan apabila kamu jaga dari tidur, hendaklah kamu mencuci kedua tangan kamu"

Betapa pentingnya amalan basuh tangan ni, even selepas tidur pun digalakkan basuh tangan. 

Dikatakan H1N1 bakal menjelma kembali. Gelombang kedua.Kita di Malaysia mungkin tidak merasainya lagi. Tapi, mencegah lebih baik dari merawat. Jaga kebersihan diri. Bagi yang sakit, pakailah mask. Setiap penyakit hanya Allah yang mampu menyembuhnya. Banyakkan berdoa padaNya.

Senin, November 2

Betul kata dia

hidup ini indah dan sungguh bermakna.

Semalam hari kedua saya on call. Bersengkang mata sepanjang malam untuk melihat (baca: perhati dan belajar) bagaimana proses kelahiran normal. Kali pertama melihatnya, airmata saya gugur. Betullah kata orang, mendengar dan melihatnya sendiri adalah sesuatu yang berbeza. Dulu, mak cakap beranak ini perkara yang paling menyakitkan. Sekarang lihat sendiri, baru tahu dan baru faham (walaupun tak mengalaminya lagi)

Teringat pulak kata-kata bidan terlatih semalam
" Awak takleh putus asa, baby awak dah tak sabar nak keluar. Kesian dia "

Masa tu, kata-kata bidan terlatih begitu menusuk hati. Apa-apa pun, di minda wanita, anak adalah keutamaan. Penat tapi tak pernah merungut. Sakit amat tapi amat berbaloi tatkala melihat bayi yang dilahirkan. Lagi berbaloi pabila wanita mengandung dan beranak berkali-kali.

Entah mengapa saya menulis entri ini. harap ada manfaat. Kalau tiada, ampun maaf dipinta.

Buat teman,
ia dugaan buatmu. lantas enjoy it!! (aku memang gile bagi nasihat cam gini buat dirimu :P )

Kamis, Oktober 29

Saat kau

Tahukah kamu berapa panjang rahim wanita?

Ianya sebesar 6 kali saiz kolam renang sukan olimpik pergi dan balik!

Subhanallah, panjangnya.

satu perjalanan yang panjang dan penuh berliku.

hidup ini best bila ada cabaran.

barulah ada 'umph'


" senyumlah saat engkau ditimpa kesusahan,bersabarlah saat engkau diberi kebahagiaan "

Minggu, Oktober 4

15 Malaysia-Healthy Paranoia

I found this interesting video today. I think I should share this with you.
Happy watching!!




I think the rakyat needs to know. haha.

Sabtu, Oktober 3

Hapus blog yang

tak terhapus-hapus.

*wink*

Saya sayang nak buang blog ni. Seharian macam orang tak betul, macam kucing hilang anak . Baru saya tahu, saya sayang apa yang saya ada selama ini.

" Ramai orang mengejar sesuatu yang mustahil, tanpa menghargai apa yang sudah kita miliki "

Minggu, September 27

exam mode

Tuhan aku ingin hidup yang sederhana
Melepas segala hiasan dunia , meredupkan kilauan raga
hanya untuk berjalan dijalan Mu

Tuhan, aku ingin ujian Mu
Sebagai teguran kalaku ragu, meragu akan nikmat Mu
sesederhana itu Tuhan,



Aku dan juangku,
terikat dalam ridha Mu,
melaksanakan kata dan pikirku,
saat bosan dan lelah menyapa,
kuatkan dan ikhlaskan aku.



Jatinangor, 24 Juni 2009
ditulis saat merasa tidak layak dididik sebagai dokter.
sumber: ghea


Esok peperiksaan akhir bagi pelajar tahun 3.
Kayu ukur selama 4 bulan aku belajar di UKM.
Mohon doanya.

Hari-hari adalah ujian, tarbiah dari Allah untuk kita kuat.
Teman,
together we prevail.

Sanah helwah

Pernah aku bertanya,
kenapa kau begini?
Kau laburkan segala hartamu untuk kami,
kenapa tidak kau simpan sedikit?

Kau susah-susah mudik ke hilir,
hanya untuk membawa kami pulang,
kenapa korbankan masa rehatmu?

Kau hubungi kami saat kami lupa,
hanya untuk mengingatkan kami kembali
tentang rumah yang ditinggalkan,
kenapa perlu kau layan karenah kami?

Selamat hari lahir buat abang ngahku
5 Syawal 1430H.
Sanah helwah, ya akhi
Semoga kau memperoleh segala yang terbaik buat dirimu.

Sabtu, September 26

Mercun dan mereka

Hari-hari terakhir ramadan, sana-sini bunyi mercun. Hari-hari. Malam-malam lepas solat tarawikh akan kedengaran bunyi mercun ni. Aku pun dah naik lali mendengarnya. Dah larang jangan main mercun, main jugak. Hish!

Bila hari-hari dengar bunyi letupan, aku tak rasa apa-apa pun. Sebab aku tahu bunyi letupan mercun tu bukanlah satu ancaman pada aku. Kadang-kadang bunyinya kedengaran ketika sedang solat, tengah malam yang sunyi. Tapi sedikitpun tak aku endahkan sebab ia bukanlah satu ancaman.

Bagaimana kalau ia satu ancaman?

Teringat aku pada saudara-saudara aku kat tempat lain. Hari-hari terpaksa menadah telinga. Hari-hari mendengar bunyi letupan bom, jet-jet pemusnah berlegar di udara, nak ke sekolah terpaksa melalui pemeriksaan tentera-tentara, bunyi tembakan tu dah macam satu hiburan plak kat sana, kereta kebal di sana-sini tapi masih meneruskan kehidupan mereka. Kamu sungguh kuat!

Kita kat Malaysia ni takde langsung ancaman macam saudara kita. Sedih aku mengenangkan hari-hari terakhir ramadan. Rindu pada bulan yang dah pergi meninggalkan aku. Kita bahagia sambut hari raya, jangan pula kita lupa pada saudara kita yang tak bernasib baik. Mungkin kita yang senang-lenang ni disebabkan doa saudara-saudara kita, siapa tahu?

Kita takkan pernah merasainya sehingga kita mengalaminya sendiri.


" my wish, my only wish the truth has a tongue "
Terkesan sungguh dengan ayat ni.

Jumat, September 18

Tentang nyamuk

Salam.

Pernah tahu apa je rawatan untuk pesakit yang terkena demam denggi?

Masa kat wad dulu, ketika jalan-jalan cari pesakit untuk ditanya soalan dan dibuat sedikit pemeriksaan badan aku akan melihat dulu keadaan sekeliling pesakit. Kalau yang muda, nampak macam sihat, ada plak botol 100Plus kat tepi katil dan pesakit tersebut sedang menerima IV fluid, aku akan meneka ini mesti pesakit denggi ni. Tapi tak semua sesuai. Ada juga penyakit lain yang ada kriteria di atas. Tapi itu yang pentingnya pemerhatian. Melalui pemerhatian, kita akan menghasilkan first impression.

Fakta tentang nyamuk aedes:

Tahukah kamu nyamuk aedes merupakan nyamuk yang sangat pembersih? Nyamuk aedes hanya membiak di kawasan takungan air yang jernih. Jangan dicari nyamuk aedes di kawasan longkang kotor. Takkan ketemunya. Jadi, bersihkan kawasan persekitaran rumah anda. Pastikan tiada air jernih yang bertakung. Anda mungkin telah menyediakan tempat pembiakan yang sesuai untuk nyamuk ini. (Kompaun sebanyak rm500 jika didapati adanya tempat pembiakan aedes)

Tahukah anda nyamuk aedes hanya terbang di kawasan yang rendah? Pernah lihat orang fogging? Pernah tengok tinggi mana semburan racun yang digunakan? Rendah je. Jadi, baguslah buat mereka yang tinggal di tingkat belas-belas macam aku ni. Sure takde aedes. Opps. Jangan mudah lega. Lif kan ada. Nyamuk ini boleh masuk ke dalam lif dan berada di tempat tinggi. hehe. Kesimpulannya, kawasan tempat tinggi juga perlu dijaga. Sebarang takungan air perlu ditutup.

Tahukah kamu waktu aktif aedes bekerja hanya 6 jam? Jadual waktu yang sangat sistematik. Dari jam 6-9 pagi dan dari jam 6-9 malam. Sebab tu orang buat fogging waktu-waktu gini. Jangan marah ye kalau waktu-waktu maghrib orang baru nak buat kerja. Fahamilah tugas mereka, berilah kerjasama. ( Jangan terkejut jika anda boleh meringkuk dalam penjara selama sehari dua hanya kerana anda tidak ingin memberi kerjasama)

Info:
Tiada rawatan spesifik untuk demam denggi. Hanya perlu memaintainkan kandungan air dalam badan. Banyakkan minum air. Air 100Plus pun bagus untuk maintainkan kandungan electrolytes.

Fogging dilakukan untuk membunuh nyamuk dewasa sahaja dan bukannya anak nyamuk.

Jika tempat pembiakan, gunakan racun Abate.

thestoryteller,
ani.

Salam aidilfirti.
Maaf atas segala tulisan yang tak terjaga.
exam exam jugak, raya tetap jalan heh
Oh ya,
jangan lupa berdoa buat saudara kita di serata dunia ye.

Kamis, September 17

Kisahku di JKM

Salam.

Tanjong Karang telah kutinggalkan semalam. Betullah..bila dah tiada depan mata, baru nak sibuk menghargai. Terasa sebak di dada saat bas mula beredar pergi meninggalkan kompleks JKM yang aku diami selama hampir 2 bulan. Aku mula rindu pada suasana kampung. Mula mengingati kembali saat-saat bahagiaku di Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Kumpulanku dikhususkan untuk melakukan aktiviti di Sabak Bernam. Jauhnya hanya selama 1 jam perjalanan dari Tanjong Karang. Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah ketika kami melakukan fogging di SBPi Sabak Bernam.

Terimbas kembali saat melakukan tugasan di lapangan. Keluar seawal jam 7 pagi. Bangun tak usah dibilang. Seawal jam 5 mata ni sudah terbuka. Berharap ianya pejam kembali namun tidak mampu. Hari ini perlu awal. Tanggungjawabku perlu dipikul. Kugagahkan jua hati yang tak rela ini menyimbah air sejuk bumi Tanjong Karang.

Seharian kami keluar mengikut unit kawalan vektor. Di siang hari kami ke tapak pembinaan di kawasan Sungai Besar dan juga tapak pembinaan asrama. Mencari jentik-jentik. Sungguh cekap sekali pegawai-pegawai tersebut mencari jentik-jentik sehinggakan aku bertanyakan sesuatu yang tak patut.

" Camner nampak tu?"

"Camner nampak? haa..itulah yang memerlukan pengalaman."

Petangnya pula, sekitar jam 5.30 petang kami bersiap-siap untuk melakukan fogging di SBPi Sabak Bernam. Kali pertama memegang alat fogging. Boleh tahanla beratnya. Sekolah tersebut ditutup seminggu. Tiada sesiapa di sana kecuali guru-guru penghuni rumah warden. Aku berpeluang melakukan fogging barang 5 minit. Tapi itu sudah cukup untuk aku mengetahui betapa murninya kerja ini.

Racun yang digunakan untuk membunuh jejentik itu sangat tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang bertahun-tahun bekerja di unit ini sudah ada yang meninggal dunia akibat kesan exposure pada racun tersebut. Namun mereka masih juga melakukan tugas mereka. Di akhir pertemuan kami, seorang fogger mengeluarkan satu kenyataan.

" Tengok. Ni la keje kami. Tapi yang dapat nama orang kat atas je. Mana nak cakap foggers-foggers yang buat keje ni. "

"Ala..nama tak penting, yang penting niat," terangku.

" oooo..innamal a'malu binniat la ni "...

hehe.

Rindu pada mereka yang mengikhlaskan hati melakukan sesuatu.

Kalau boleh, aku ingin menulis sepotong ayat walaupun tak sedap :D
Sebab aku seorang tukang cerita.
Layan jela erk klu aku cerita je.

Rabu, September 9

sesuatu tentang rindu

Salam,

Amaran: ini entri sedih entah keberapa kali aku tidak pasti.

Aku kini di Tanjong Karang, Selangor dalam posting Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM). Sudah hampir 2 bulan aku di sini. Minggu depan, berakhir sudah pengajianku dalam posting JKM ni. Apanya yang best pasal JKM? Kerjanya masuk kampung, buat bancian, tanya soalan, buat promosi kesihatan ke penduduk kampung, melawat Hospital daerah, pergi klinik desa dan klinik kesihatan, bla bla bla dan bla. Best ke? Aku pun tak pasti, cuma pada perkiraan aku..aku kagum pada mereka yang bekerja di sini, dalam bidang mereka. Tugas pegawai kesihatan lebih pada usaha mencegah daripada merawat. Inilah yang membuat aku kagum. Bukan senang nak ubah manusia. Nak ubah sikap penduduk supaya menjaga kebersihan persekitaran. Macam mana nak jadi negara maju jika mentaliti rakyat kita masih di kelas ketiga?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa posting ni, kami ditugaskan untuk mengambil satu kes di hospital. Apa-apa kes yang penting, kita bukan sahaja belajar bagaimana cara penyakit didiagnosa, tapi pada masa yang sama kami akan ke rumah pesakit untuk melihat sendiri keadaan rumah pesakit dan persekitarannya. Tugasan ini dinamakan "Family Case Study".

Kumpulan aku sangat bertuah kerana mendapat pesakit yang sangat baik. Sangat memberi kerjasama kepada kami dan membenarkan kami ke rumah beliau untuk melakukan sedikit tinjauan. Semalam selesai sudah pembentangan kes kumpulan kami, dan semalam jugalah kami mendapat khabar dari isterinya..

Beliau yang baik itu telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, tanggal 4 September 2009 bersamaan 14 Ramadan 1430H. Meninggal dunia kerana serangan jantung kali kedua pada usia 40 tahun. Al-Fatihah buat arwah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernah satu hari, sedang aku berbicara sama teman-teman keluar satu pernyataan ini dari mulut temanku..

" Rasulullah dulu pernah hidup kat dunia ni?"

" A'ah, yelah.." jawabku, tapi pelik dengan pertanyaannya.

" Kiranya kita ni tinggal pada dunia yang sama dengan Rasulullah tapi pada waktu berbeza?"

" Apa punya soalan.." semakin pelik.

" Takde r..cuma aku bangga r tinggal kat dunia yang Rasulullah tinggal ni..."

* Aku terkedu, pada masa yang sama bangga *

Tak perlu bertentang mata, berbual lama-lama untuk saling kenal-mengenali, untuk saling kasih mengasihi. Baginda Rasulullah telah lama pergi, tapi di hati jutaan umat Islam baginda dikasihi dan dicintai.

end of story

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu, September 6

Sesuatu tentang diri

Berbekallah dengan takwa,

kerana kamu tidak mengetahui,

Bila malam telah gelap gulita,

apakah akan hidup sampai waktu fajar,

Banyak orang sihat meninggal dunia bukan kerana sakit,

Banyak orang sakit yang tetap hidup beberapa waktu,

Banyak pemuda yang hidup sepanjang hari,

dalam keadaan aman tanpa mengetahui

bahawa kain kapannya sedang ditenun...


Pening dengan laporan yang tak habis, tapi masih lagi berlengah-lengah sepertinya esok masih ada buat aku.

Bulan ramadan semakin lama, semakin tiba ke penghujungnya..

sedih-sedih.

aku sepertinya tidak berada di bulan mulia ini..

semoga kalian semua mendapat keberkatan di bulan mulia ni.

Selasa, Agustus 25

entahla..

Perangai manusia yang menyebalkan

1. Perokok yang masih tak insaf-insaf

" Saya mau berhenti maaaaa..tapi tak bleh..manyak susah wooo..."

Asyik turutkan nafsu jerk..tak pernah nak fikir orang sekeliling yang tak tahan ngan bau rokok ni.

2. Bekas perokok

"Dulu pernah hisap rokok, tapi sekarang dah berhenti. Sejak dapat penyakit ni, terus berhenti. Sekarang dah tak hisap rokok lagi.."

Boleh plak berhenti tetibe je. Dulu, bukan main cakap macam-macam..itula inila..bila dapat penyakit, baru nak ingat pasal kesihatan badan nih.

Takkan nak tunggu musibah baru nak insaf?
Hidayah tak datang bergolek.

Cuba fikir,

kapankah mati itu?

tak tau?

kalau tahu, esoknya nak mati baru nak insaf kot...hurm..

budak ini sedang nasihat diri sendiri

menyusahkan apenye...

"Dalam gundah, akan ada sinar cahaya yang menemani."

Aku sematkan kata ini dalam menginsafi diri, menghadapi dugaan yang diberikan tuhan padaku. Aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan olehNya, menghadapi liku-liku hidup. Liku hidup yang padaku hanya ibarat gigitan semut kecil. (inipun sudah moody memanjang, heh) Tidak seperti saudaraku yang lain di serata dunia.

Aku sering merasakan diri ini terlalu menyusahkan sahabat-sahabatku. Teringat aku pada satu perbualan dengan sahabatku

" Maafla ani takleh nak bantu ani. Laptop ni laptop lame...bla..bla..."

" eh, takpela. Sepatutnya ani yang kena mintak maaf. Asyik menyusahkan semua orang je..."

" mane ade ni...haish ani ni cakap bukan-bukan lak..hidup ni memang kene saling bantu-membantu, takde istilah susahkan sesape pun," terang sahabatku.

Alangkah bertuahnya aku mendapat teman-teman yang sangat memahami. Sangat ingin membantu dikala bantuan diperlukan. Buat teman-teman yang sentiasa meminjamkan laptop padaku...

Sahabat,
terima kasih ya
atas pengorbananmu
tulus ikhlas dariku
moga tercatat di kitab amalmu

Hidup memang akan selalu menyusahkan orang.
:D

Kamis, Agustus 20

ulangtahunku

Sudah berlalu satu tahun. Alhmdulillah, diri ini masih diberi nyawa olehNya untuk meneruskan hidup. Semakin bertambah usia, semakin dekat jualah aku kepada kematian. Aku teringat pada satu nukilan seorang insan

Jika sisa 4 hari lagi, aku akan nyari kamu buat bilang aku sayang kamu
Jika sisa 3 hari lagi, aku akan nyari kamu tuk ngucapin selamat tinggal
Jika sisa 2 hari lagi, aku akan menyanyi sehingga suaraku hilang agar kau gak bisa merindukan suaraku lagi
Jika sisa 1 hari lagi, aku ingin mengelilingi dunia ini bersama kamu
Namun, aku masih punya banyak waktu...
Lantas aku gak bisa menyatakan apa-apa padamu

Nukilan: allahyarham nadya (diedit oleh aku..)

Aku juga berharap aku menghabiskan sisa-siasa hidupku di dunia dengan sedikit pencapaian yang boleh aku bawa di akhirat kelak.

Selamat hari lahir, ani...

Terima kasih, wahai ibuku yang tercinta.





Kamis, Juli 16

Tentang whitecoat

Asal nak keluar je rumah pergi wad, mesti kawan-kawan tanya

" Eh, ani tak pakai whitecoat?"

" Malas r pakai sekarang. Panas dowh."

Sebenarnya tu jawapan biasa yang sering aku berikan pada sahabat-sahabat aku kalau ditanya perihal whitecoat ni. Aku pun kadang-kadang buat jugak keje ni, pakai whitecoat kat mana-mana je. Banyak je alasan kenapa aku tak pakai whitecoat ni.

Panas.
Asal sampai wad, dah berpeluh sakan. Macam orang baru balik jogging.

Menyalahi etika.
Satu masa dulu, saat di Unpad, Dr sana adala bagitau kami adalah tidak beretika memakai whitecoat di luar dari kawasan hospital. Kenapa? Dia bagi contoh masa tu. Jika kamu memakai whitecoat, dan tiba-tiba berlaku kemalangan di hadapan kamu...kamu bersalah jika kamu tidak melakukan apa-apa untuk membantu mangsa kemalangan tersebut. Kalau kemalangan tu jadi depan mata aku, sah aku panik tahap tinggi.

Nosocomial infection.
Betulkan? Logik tak kalau pakai whitecoat merata-rata ni kita pun tend bawak kuman dan sebarkan ke pesakit? Aku bukan nak kutuk sesiapa kat sini, jadi harap terimalah dengan hati terbuka. Kadang-kadang aku pun pakai whitecoat ni kat merata-rata tempat. Aku sebenarnya sedang nasihat diri-sendiri.

Perihal whitecoat


Ayat tuan empunya blog ni bagi aku takdela kasar. Cuma aku harap, bacalah dengan minda yang terbuka. Ada benarnya jugak setiap apa yang ditulis beliau.

Selasa, Juli 14

Keseimbangan

Salam.

Teman,

pernahkah kamu/ kenalan kamu/ ibu/ bapa/ saudara-mara dan seangkatan dengannya mengalami tanda-tanda seperti di bawah?

1. Penglihatan mata yang semakin kabur
2. Tetibe rasa nak termuntah (rase je)
3. Kulit kamu kering
4. Kamu merasa sangat dahaga dan sentiasa minum air
5. Kamu juga kerap ke bilik air
6. Kamu rasa pening-pening lalat
7. Kamu sentiasa berasa lapar
8. Asal luka je, susah nak sembuh

atau, pernahkah kamu/ kenalan kamu/ ibu/ bapa/ saudara-mara dan seangkatan dengannya mengalami tanda-tanda seperti di bawah?

1. Rasa letih dan lenguh-lenguh badan
2. Tangan kamu menggeletar
3. Sentiasa rasa berdebar-debar dan berpeluh
4. Penglihatan mata juga semakin berkurang
5. Sentiasa rasa gelisah
6. Ada gak pening-pening
7. Kadang-kadang sakit kepala
8. Dan rasa lapar

Adakah kamu dan yang seangkatan dengannya pernah mengalami tanda-tanda seperti tertera? Bahagian pertama itu ialah tanda-tanda kandungan gula dalam darah kamu yang tinggi (hyperglycemia) .Bahagian kedua pula ialah tanda-tanda kandungan gula dalam darah kamu yang rendah (hypoglycemia).

Badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang. Segala-galanya tidak boleh terlalu tinggi dan tidak juga boleh terlalu rendah. Begitulah juga hidup ini. Kerana itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam satu hadis " jangan cinta terlalu banyak, dan jangan benci terlalu banyak"

Relevannya pernyataan ini ialah apabila sudah sayang sangat sanggup berkorban apa saja buat yang tersayang hingga tergadai maruah diri. Mintak dijauhkan dari hal sebegini. Apabila sudah benci, nak melihat muka pun taknak. Apa je yang si A buat semuanya buruk. Takde yang bagus. Aduhai, dek kerana benci semua dilihat tidak kena. Lantas, jika mahu jadi jahat jangan jadi jahat giler dan jika mahu jadi baik jangan jadi baik giler. Takut, bila jahat giler, tuhan menjauh dari kita. Bila baik giler, takut nanti kena buli plak. Contoh utama, umat Islam itu sendiri. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Betapa 'baiknya' kita. Musuh kita saban hari meratah darah saudara kita.

" Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka..." (Al-Fath 48:29)

Eh,

Aku melalut jauh ni. Bab hyper/ hypoglycemia ni tak habis lagi. Jadi, jika kamu mengalami tanda-tanda seperti di atas, adalah digalakkan kamu memeriksa kandungan gula dalam darah kamu. Mungkin darah kamu itu sangat manis atau mungkin darah kamu tu kurang manisnya (bende ni tak wujud, aku sesaje letak). Jika tinggi, kamu mungkin berisiko untuk menghidap penyakit kencing manis. Salah satu penyakit yang popular di Malaysia. Sayangilah badan anda kerana badan anda sangat menyayangi anda. Dia dah bagi dah tanda-tanda tu kat anda. Cuma, andalah yang kena tafsir sendiri.

Asal aku tanya makcik/ pakcik kat wad, mesti diorang cakap dah lama dah kencing manis ni. Kesian aku tengok. Ada yang dah kena amputate dah kaki tu. Dah tua-tua, banyak pulak penyakit. Pesanan penaja, jagalah kesihatan anda. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit.

p/s: kampung aku agak popular sejak 2,3 menjak ni. Lepas hari ni, belum tentu popular cam sekarang.

Senin, Juli 13

Tentang diri, dia dan mereka

Aku bukan tak nak update blog, tapi aku ada masalah.

Aku rasa nak buat draft je untuk semua entri-entri aku.

Aku segan nak tulis sesuatu kat blog.

Aku rasa semua entri aku mengarut je lebih.

Aku tak buat apa-apa melainkan mengarut di sini



Sekarang,

Aku harap takde sesape ikut perangai budak nih

Budak ini seorang yang sangat pemalas

Hei, budak!

Rajin, rajin, rajin!

Hehe,

Tapi masih lagi sedang melingkar di atas katil

Jam 10 baru tunjuk muka di ward

Buat teman,

Jangan diikut perangai budak ini

Jam 7 sudah tunjuk muka

Penuh semangat masuk tahun klinikal

Inilah pelajar contoh

Harap kamu mengerti siapa dia

Dia ada di mana-mana

:D



Aku tak pasti

Tapi aku sedar sesuatu

barcode itu bernombor 955 di depannya

apa maknanya?

Aku tertanya

ia produk israelkah?

jadi apa khabar pada boikot kamu?

sudah sampai mana?

aku suka satu artikel

aku linkkan buat kamu

untuk kita sama-sama insafi

Dunia Islam Terbakar

jika kamu punya waktu


p/s: Aku tengah 'jauh'.........

p/s: Aku mahu punya laptop baru, ngeh3

Minggu, Juli 12

Kisah kehidupan- tentang jodoh

Aku mengetahui satu kisah. Kisah biasa mungkin. Bagiku, ia sesuatu. Dan ia kisah benar dari seseorang.
------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun pertama di universiti.

Masa memula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, hati masih bersih. Pakaian masih biasa. Takde stylo-stylo ni. Percakapan pun lemah-lembut. Almaklumlah, oghe kelate. Bila cuti, ingin pulang ke kampung. Terjadi perbualan antara si pemandu teksi dengan si gadis.

" Pakcik ade sorang anak lelaki. Dia skang belajar di Al-Azhar. Boleh tak kalau pakcik mahu nombor telefon? Pakcik berkenan nak buat anak jadi menantu pakcik. Nanti, hariraya pakcik telefon"

Dipendekkan cerita, tiada panggilan telefon yang diterima. Si gadis juga tidak berharap terlalu tinggi. Dan harapan itu dirasakan terkubur begitu sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Tahun kedua di Universiti

Si gadis sudah berubah sedikit. Sudah tahu apa itu fesyen. Sudah mula pakai jeans.
Kebetulan, si gadis menaiki teksi yang sama. Pakcik yang sama juga.

" Pakcik rase macam kenal je kamu"

Aisehh. Pakcik ni. Kerana segan kerana memakai jeans, si gadis berkata..

" Takde pakcik. Ni kali pertama saye naik teksi pakcik ni" terang si gadis.

Dipendekkan cerita, pakcik tersebut sepertinya yakin si gadis tersebut adalah orang yang sama. Dia menceritakan tentang kisah telefonnya yang hilang dan menyebabkan dia tidak dapat menghubungi si gadis. Akhir pertemuan, dia berkata.. InsyaAllah, dia akan jadi menantu pakcik.

Si gadis terkedu.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa tahun berlalu, si gadis sudah bekerjaya...

" Rasenye pakcik kenal kamu.." kata pakcik pemandu teksi tersebut.

Si gadis pun menceritakan hal yang sebenar..

" Sebenarnye pakcik, dulu tu sayelah. Saye segan nak mengaku. Dulu mase mule2 pakcik kenal saye, saye pakai baju kurung. Lepas jumpe balik, saye pakai jeans. Saye ingat tak jumpe pakcik dah. Alih-alih, sekarang jumpe lagi. Dah lame jugak kite ni kenal ye pakcik."

Akhir pertemuan mereka, pakcik tersebut masih menyatakan hal yang sama.

" InsyaAllah anak akan jadi menantu pakcik"

" InsyaAllah, pakcik,"

------------------------------------------------------------------------------------------

Agak-agak apa kesudahan cerita ni?
Tunggu dan lihat.

Kalau aku punya kenderaan sendiri

Semalam, hampir satu jam aku dan teman-teman menunggu. Menunggu teksi yang tak kunjung tiba. Deretan kereta telah beransur-ansur keluar dari pusat membeli-belah. Kami malah di situ. Jika ada sekalipun teksi yang berhenti, namun kebanyakannya akan menolak untuk menghantar kami ke destinasi yang dituju. Kalau mahu diikutkan hati, ingin sahaja aku dan teman berjalan kaki pulang, tapi barang-barang rumah yang setimbun itu membantutkan hasrat kami ( Kalaulah trolley itu boleh dibawa pulang dan dihantar kembali, pasti aku sudah melakukan hal tersebut, heh.)

Masa-masa ginilah keluarlah idea.

"takde ke sesape yang nak tumpangkan kita?"

Heh!

"Ini KL la, sape nak wat camtu"

Tak dinafikan, kalau dahulu berada di kawasan kampung di Indonesia, buat aku lebih merasa dekat dengan orang-orangnya. Aku merasa lebih dekat pada nilai-nilai Islam. Serius tau. Aku pernah diajak oleh seorang muslimah untuk pulang bersamanya. Dia tak kenal aku langsung. Tetiba je dia memberhentikan motornya dan mengajakku pulang bersamanya. Aku agak segan sebenarnya, tambah pula aku masih baru di sana jadi agak takut untuk setuju. Lantas, aku cuma katakan

"gak apa-apalah. nuhun ya" (takpelah, terima kasih)

Si muslimah tersebut berlalu dariku. Di kejauhan sana, dapat aku lihat senario yang sama. Si muslimah memberhentikan motornya dan mengajak seorang muslimah lain. Alhamdulillah, rezeki dia gamaknya. Mereka berlalu dariku. Itulah salah satu pengajaran tentang ukhuwah yang aku dapat semasa belajar di sana.

Bukan sekali aku mendapat pelawaan dari masyarakat tempatan, banyak juga. Dan aku kagum, mereka tidaklah prejudis dalam menilai orang. (Tak macam aku ni, agak prejudis sikit. Salah satu sebab kenapa aku menolak pelawaan si muslimah tersebut) Malahan, pensyarah-pensyarahku juga tidak lokek mempelawa kami menaiki kereta mereka. Antara yang pernah aku tumpangi kereta mereka ialah Dr Samsudin( baik sangat, lebih menggunakan kata ganti bapak berbanding dokter) Dr Pakar ENT (aku lupa namanya, haish tapi orangnya sangat manis) Dr Yoga ( Dulu pernah menjadi aktivis mahasiswa, namun dijatuhkan oleh mereka yang menolak keadilan)

Orang kata apa guna belajar jauh-jauh tapi tak mengambil pengajaran dari sana. Aku nak kata baik, takdela. Kalau aku punya kenderaan, aku ingin sekali melakukan hal yang sama. Menumpangi sesiapa saje, tapi takdela sampai nak bagi tumpang manusia yang aku temui pepagi buta kat tepi highway berpakaian serba putih plak. Kang jadi kes lain plak. Ini salah satu harapan aku. Aku berharap aku sebolehnya melaksanakannya walau sekali.

Tak gila kan wat keje ni?

Rabu, Mei 27

Malas

Hurm, dah lama sangat aku tak menaip ni. Cerita terbaru yang sebenarnya dah lama, aku dan kawan-kawan berjaya melangkah ke tahun klinikal di UKM. Alhamdulillah, setakat ni semua ok. Kawan-kawan pun ok. Tapi masih lagi cuba untuk beradaptasi.

Okla.
Aku malas nak taip panjang-panjang.


Salam.

Rabu, April 29

Di pengakhiran kuliah

Kisah dari doktor saya.


Suatu masa dahulu, ada seorang anak kecil, laki-laki yang didiagnose dengan cryptorchidism atau dengan bahasa mudahnya undescended testis. Pembedahan hendaklah dijalankan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi si anak kecil.


Pada hari pembedahan dijalankan, si doktor sangat runsing kerana dia tidak menemukan di mana testis terletak. Selongkar punya selongkar bahagian isi badan, masih juga tidak ketemu. Takut dikatakan gagal oleh ibu bapa pesakit, si doktor dengan selambanya meletakkan testis buatan. Satu dari besi dan satu lagi dari batang kayu.


Pembedahan tersebut akhirnya berjaya. Doktor itu keluar tersenyum tanpa pernah bercerita apa sebenarnya berlaku.




" Ada jugak doktor camni, takde etika betul," gumamku.



Suasana di dewan kuliah menjadi senyap. Khusyuk mendengar kisah si doktor.


Selepas 15 tahun, si doktor secara kebetulan terserempak dengan pesakit yang suatu masa dahulu pernah dibedahnya. Doktor tersebut secara berjenaka bertanya, macam mana keadaan kamu sekarang?

Si pesakit yang sekarang ni dah besar menjawab:
" Saya sihat. Saya sudah berkahwin dan punya anak."


Si doktor itu kelihatan agak terkejut.


Sah, isteri dia main kayu tiga.
Sah, isteri dia curang.
Mana boleh dapat anak kalau camtu.
Inilah antara hipotesis yang kami buat saat mendengar cerita doktor kami.


" Saya ada dua anak"
" Satu bernama Pinocchio, satu lagi bernama Ironman,"

Dan dewan kuliah yang sunyi sepi, hingar dengan suara tawa kami.


Laa...tipu rupanya.
wakenabeb!


" Saya bercerita sebegini agar kamu tidak melupakan saya suatu masa nanti," terang doktorku.


gonna miss you doc!

Rupa-rupanya

saya dan sahabat-sahabat semua bakal pulang minggu hadapan. Pejam celik pejam celik, dah hampir 2 bulan kami menghabiskan masa kami di bilik sewaan kami tanpa perlu menghadiri kuliah, tanpa perlu membuat learning issues dan tanpa perlu semakkan otak memikirkan macam mana mahu selesaikan kes-kes rumit. Saya sungguh tak sabar mahu pulang. Sudah hampir setahun saya tidak pulang. Walaupun keputusan peperiksaan tidak lagi saya ketahui, tapi apa-apa keputusannya saya tetap akan pulang pada 6 Mei 2009. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua.

Banyakla plak aktiviti yang saya sertai sebelum pulang ni.

29/4 : Bersama alumni ESQ.

30/4 : Pergi tempat A'agym. Seharian saya di sana. InsyaAllah jika tiada aral melintang.

1/5 : Comparative religion oleh Bro Shahkirit di Fakultas Kedokteran. Sesiapa yang berminat sila hubungi Suhaijah.

2/5 : Sambungan comparative religion oleh Bro Shahkirit. Dinner kat Jatos.

3/5 : Makan-makan sama ahli lantai bawah.

4/5 : Pergi Pasar Baru. Farewell party oleh Padma

5/5 : Kedai CD, koleksi siri Naruto yang terbaru perlu saya dapatkan buat si abang yang
kaki naruto.

6/5 : Judicium 2 dan pulang ke Malaysia.

Ada satu tempat yang saya menyimpan angan-angan mahu ke sana, namun tiada rezeki. Mahu melihat sendiri keadaan Banda Aceh yang juga terkenal sebagai Serambi Mekah. Mahu melihat Lok Nga yang teruk dikerjakan ombak Tsunami suatu ketika dahulu. Mahu melihat sendiri tempat yang menjadi latar bagi kisah Hafalan Shalat Delisa oleh penulis Tere Liye.

Kamis, April 16

Yatta, yatta!

Saya memang tengah gian. Gian menulis. Sedangkan sekejap lagi saya bakal menduduki ujian. Haha.

Saya teruskan ulasan saya sahaja. Kenapa saya menyokong idea jangan tidur larut malam.
Sebelum kita melangkah jauh, eloklah kiranya kita mengambil 2 hadis Rasulullah s.a.w.

Dikatakan Rasulullah s.a.w tidak suka tidur sebelum waktu Isya' supaya tidak ketinggalan solat Isya' dan tidak suka berborak-borak setelahnya ( HR Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar r.a diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Jangan kamu tinggalkan api di rumahmu ketika kamu tidur" (HR Bukhari dan Muslim)

Apa kaitannya hadis di atas dengan tidur larut malam?
Begini, jika dilihat pada hadis yang pertama, dapatlah disimpulkan Rasulullah s.a.w akan menghindar dari berbual bersama sahabat selepas solat Isya' untuk pulang awal ke rumah dan menghindar tidur larut malam. Hadis kedua pula, adalah saranan Rasulullah s.a.w untuk menutup lampu (jika zaman dahulu api) ketika sedang tidur. Walaupun boleh dikatakan, api itu digalakkan untuk dipadam sebelum tidur bagi mengelakkan kebakaran, namun dari segi sainsnya api/ lampu sebenarnya punya pengaruh pada satu hormone.

Hormone yang dikatakan ialah hormone melatonin.

Efek hormon melatonin ini pelbagai. Ia merangkumi sebagai antioksidan, sistem immune kita, hingga bertindak sebagai biological clock kita. Namun, di sini ingin saya tekankan fungsinya yang utama, sebagai antioksidan, malah antioksidan terkuat. Apa peripentingnya antioksidan ini? Ia mampu menghalang kerosakan DNA pada tubuh manusia lantas meminimumkan serangan kanser.

Melatonin hanya terhasil pada waktu gelap, dimulai pada saat matahari terbenam. Namun, jika terdapat cahaya di persekitaran kita, hormon ini tidak dapat dihasilkan pada kadar yang secukupnya. Haa, itulah kena tidur tutup lampu tu. Lagi satu, jika sekalipun kamu tidak tidur, namun kamu menutup lampu bilik kamu sambil menonton tv, ia juga tidak akan dihasilkan dengan kadar semaksima mungkin. TV, dan segala bahan elektronik akan menimbulkan gelombang elektromagnetik yang seterusnya akan mengganggu penghasilan melatonin. Faham ke?

Bilakah waktu puncak hormon ini? Ia antara pukul 2-3 pagi. Subhanallah. Inilah waktu yang disarankan Rasulullah untuk bangun bertahajud padaNya. Setelah mencapai waktu puncak, hormon ini akan turun mendadak. Namun jangan risau, saat tahajud hormon lain pula yang akan mengambil alih tugas melatonin, iaitu hormon kortisol( Ini bakal saya kupas dalam terapi solat tahajud ye)

Kerana itu teman-teman, janganlah tidur lewat-lewat sangat. Ia sangat tidak baik untuk kesihatan.

Nota : Sudah dua minggu saya tidur tanpa menutup lampu. Salah satu sebab saya tercari-cari apa efeknya pada kesihatan.
Nota: Peranan tahajud dalam meningkatkan sistem imun kita. Bakal saya kupas dilain waktu. Saya sekarang sedang membaca buku Terapi Shalat Tahajud.
Nota : Saya berharap penjelasan saya boleh difahami. Maaf, saya agak sulit menerangkan sesuatu.

Yatta!

Suatu masa dahulu saya pernah terbaca artikel ni. Jika belum pernah baca, silakan baca artikelnya di sini, JANGAN TIDUR LARUT MALAM di laman ST-Gallery ni. Pernah baca? Apa komen kamu?

Sila baca salah satu komen di ruangan artikel tersebut. Ada tertulis begini:

"sy rase bende ni ade kaitan ngan sistem hormon,enzim n pelbagai lg bhn pemangkin dlm bdn kite.hormon dan jugak enzim akan bertindak untuk mendetoksifikasikan kite nye toksin dlm bdn.sememangnya toksin selalu beredar dlm drh,even sume bende dlm bdn kite beredar 24 j tanpa henti.sbg cth,setiap hormon ade peak time tersendiri, yg mne hormon ni akan bertindak pd waktu2 t'tentu,bkn b'maksud hormon ni x bertindak pd waktu len,tp waktu yg bleh kite lihat aktivitinya yg maksimum ad pd waktu sumthing2.sy pk artikel di atas ad logiknye.tp kne tau lbh lg psl hormon,enzim etc. wallahu'alam" Hana.

Yup. Sayalah yang tulis tu. Ini logika saya kala itu. Setelah sekian lama, akhirnya saya mendapat jawaban atas pernyataan JANGAN TIDUR LARUT MALAM. Dan saya setuju dengan pernyataan tersebut. Saranan saya janganlah tidur terlalu lewat. Kenapa?

Penasaran ye?
Kamu ada ulasan? Atau info untuk dikongsi?
Jawapan saya bukan lagi logika semata-mata. Nanti saya sambung di lain waktu.

Hint : Ia sememangnya punya kaitan dengan sistem hormone dalam badan, waktu puncaknya dan juga semestinya fungsi hormone tersebut.

Nota : Saya ada exam, jadi takleh tulis panjang-panjang. Cuma saya tidak mahu idea saya ini hilang. Tulis jangan tak tulis.

Yatta!
Saya sudah tahu jawabannya.

Rabu, April 15

Doakan kami.

Sudah sering amat saya mendengarkan kata ini.
Bosan!
Tak tahu nak buat apa.

Hampir sebulan sudah peperiksaan akhir tahun kami. Sudah banyak aktiviti yang kami semua sertai. Sudah banyak kejutan-kejutan yang berlaku selama hampir sebulan sudah. Tapi saya di mana? Saya masih kelu. Tidak tahu apa yang berlaku. Sedih sekali pada diri saya. Saya ketinggalan jauh ke belakang. Sudah terlalu lama saya tidak berlama-lama berinternet. Banyak artikel-artikel berat yang tidak sempat saya baca. Saya jadi rindu pada diri saya. Rindu membaca artikel banyak-banyak. Rindu lepak lama-lama di website-website perubatan. Saya hanya membaca sekadar melepaskan batuk di tangga. Saya jadi tidak tahu apa-apa. Sedih sekali.

Saya sedang bertaruh pada masa depan saya. Saya sedang melakukan perkara sinting. Masakan tidak. Saya bakal pulang pada tanggal 6 Mei 2009. Tarikh ini jugalah saya mengetahui keputusan samada saya layak menyambung pengajian saya di Ukm atau tidak. Ini memang tidak masuk akal. Saya sudah hampir mengemas semua barang-barang saya. Beberapa kotak telah tersedia hanya menunggu untuk diambil dan belayar di Selat Melaka. Barang-barang bakal tiba di Malaysia dan saya masih di bumi Jatinangor, merenung diri tanpa hala tujuan. Akaun bank bakal saya tutup. Kartu Izin Tinggal Terbatas (KITAS) bakal saya tamatkan juga. Dan segala-galanya tampak nihil. Saya seperti sudah tidak ada kaitan dengan Indonesia, sehingga keputusan akhir peperiksaan saya diumumkan. Sungguh, saya dan beberapa sahabat sedang bertaruh. Pertaruhan yang cukup besar.

"Sepertinya, tak adil untuk meminta pada Tuhan untuk menolongmu mengalahkan orang lain. Aku hanya bermohon pada Tuhan, supaya aku tak menangis, jika aku kalah." - sumber blog motivasi sukses

Saya sangat terkesan dengan ayat dan kisah yang dituturkan. Lantas, saya cuma berharap apa-apa yang ditakdirkan Allah buat saya, saya dapat menerimanya dengan redha. Tak salah menangis mengenang nasib, cuma biarlah ia hanya barang sekejap sahaja. Itu saja harapan saya. Saya berharap selepas segala-galanya yang ditakdirkan Allah, saya masih tetap mampu tersenyum dan meneruskan hidup. Kegagalan bukanlah akhir kehidupan. Walaupun saya tahu, mana boleh gagal!

Kisah ini menjadi pengajaran tak terkira buat saya. Nasihat buat adik-adik junior saya, jangan pernah memandang sebelah mata subjek-subjek berjam kredit 1 seperti saya. Akibatnya, rasakanlah di tahun akhir pengajian praklinikal. You are non eligible for the fourth year promotion. Huh! Lantas saya secara wajibnya perlu menduduki ujian sekali lagi. Remedial exam yang mana nak tak nak saya perlu lulus untuk saya layak ke tahun 4. Buat teman-teman lain, InsyaAllah kita juga bakal pulang bersama-sama. Apa yang penting? Kejesame! (Ini hanya saya, dia dan dia aje yang tahu)

Doakan kami. Doa kalian amat-amat kami harapkan.

Minggu, April 5

Syukran Jazilan



Aku bersyukur dapat mengenali kalian.
Terima kasih kerana menerimaku seadanya.
Terima kasih atas tunjuk ajar kalian.
Terima kasih kerana bersabar denganku.
Terima kasih atas hadiah nan istimewa di hari lahirku.
Terima kasih atas segala gelak ketawa kalian.
Halalkan makan minum dan ilmu kalian, ya teman.
Akan sangat merindui saat kita bersama.
Syukran jazilan, ya sahabah.
Nota: Kredit buat Mera yang menghasilkan gambar yang indah ini

Jumat, April 3

Indonesia menangis lagi

Salam.
Saat aku ingin ke kampus semalam, aku terserempak dengan sekumpulan mahasiswa/i yang sedang memungut derma untuk satu tragedi yang baru melanda Bumi Indonesia. Tragedi Situ Gintung. Hujan tanpa henti selama tiga hari telah menyebabkan air di empangan melimpah dan empangan tersebut pecah. Air empangan tersebut telah menenggelami kawasan seluas 1000km persegi. Itu kata kawanku. Aku pun belum sempat melihat pokok cerita sebenar.

Namun, sebagai mahasiswa/i yang peduli, hulurkan bantuan anda. Membantu saudara kita di sini. Ringankan beban mereka. Aku sertakan video untuk tatapan semua. Yang menarik, banyak rumah-rumah yang ditenggelami air dan hancur, tapi perhatikanlah masjid, rumah Allah malah kukuh di situ. Sama seperti kejadian tsunami 26 disember 2004. Indonesia punya 1001 sebab untuk kita yang selesa ni insafi dan syukuri.






Ini nasihat untuk aku. Aku tengah nak sedapkan hati dan agar lebih bersemangat.

"It's not what's happening to you now or what has happened in your past that determines who you become. Rather, it's your decisions about what to focus on, what things mean to you, and what you're going to do about them that will determine your ultimate destiny. "
Anthony Robins

Senin, Maret 30

Kata- kata maaf

Salam.
Aku telah meminta kebenaran darinya untuk mencopy paste entrinya. Tapi, aku rasa dia sedang sibuk. Aku letak jugak, kerana ia amat sesuai dengan situasiku suatu masa dahulu. Dan sekarang, biarlah ia menjadi pengajaran berharga bagiku.


SILVER LINE


Dalam hidup ini, beberapa kali saya merasa terhianati. Oleh teman sendiri yang menurut kata hati saya sudah menyakiti akibat menanggalkan rasa percaya yang sudah lama saya tanam. Marah, kesal, kecewa dan sakit hati. Kumpulan sifat negatif itu akhirnya menjadi bumerang untuk diri sendiri.

Rasanya berat untuk bersikap positif. Saat kita merasa terluka oleh orang yang selama ini dekat. Antipati segera datang padahal tak pernah kita inginkan.

Salah satu cerita klasik mengisahkan, bila kita sudah cinta pada seseorang, maka meludahnya sajapun terlihat indah dan mempesona. Tapi bila rasa benci padanya sudah menyelimuti hati, senyum dan tawanya pun terasa bagai siksaan tak terperi.

Emosi memang selalu mampu menggoroti otak kiri kita, hingga rasio sering hilang begitu saja. Tak mampu menimbang dengan jernih duduk masalah.

Seorang teman pernah bertanya, “bagaimana caranya untuk memaafkan?”. Sebuah pertanyaan sederhana, namun saya tak sanggup mengurai jawabannya. Apa susahnya memberi maaf, ya tinggal maafkan saja. Hal-hal ‘bagaimana caranya’ berkaitan dengan prosedur. Prosedur memaafkan saya fikir sederhana saja. Tinggal ucapkan maaf atau terima maaf orang yang meminta maaf.

Setelah berselang waktu, saya menyadari bahwa pertanyaan sebenarnya bukanlah bagaimana cara memaafkan, melainkan bagaimana mengikhlaskan maaf. Bibir kita bisa saja mengucap maaf, tapi hati belum tentu ikhlas memaafkan. Itulah inti masalahnya. Apalagi pada tingkat sakit hati yang begitu hebat, melepas maaf dari lubuk hati bukanlah perkara mudah. Bahkan kadang butuh waktu yang amat panjang.

Saya pernah kenal dengan seseorang yang sudah 15 tahun tak saling bicara dengan ibu kandungnya sendiri. Persoalannya, ya itu…, sulit melepas maaf dalam hati. Setiap lebaran tiba, ucapan maaf memang saling terlontar. Tapi itu hanya sekedar maaf di bibir saja. Selepas itu?, sakit hati masih melekat kuat. Egoiskah mereka? Sulit saya jawab, sebab menurut saya keduanya adalah orang yang begitu baik dan penuh kasih sayang. Kebekuan Ibu dan anaknya itu baru mencair saat sang ibu menjelang sakratul maut. Ajal yang sudah mendekat membuka hati mereka untuk saling mengikhlaskan.

Dalam film Stuart Little II, dikisahkan, seekor anak tikus yang diadopsi keluarga Little merasa hidupnya hancur lebur. Berbagai cobaan dan penolakan ia terima. Setiap melakukan sesuatu yang baik, ia selalu dianggap salah. Stuart frustrasi. Dalam kegalauan itu, sang Ayah mendekatinya. “Dalam hidup ini kita memang sering melihat awan hitam. Tapi yakinlah selalu ada silver line (sisi baiknya)”, katanya membujuk Stuart yang sedang kelabu.

Ya… silver line (sisi baik) dari segala peristiwa memang ada. Meski kadang tersembunyi jauh dari pandangan kita. Orang-orang biasa menyebutnya dengan “hikmah”. Bila ada yang mengalami musibah, kita selalu diminta untuk mengambil hikmahnya. Memetik pelajaran berharga dari peristiwa buruk yang menghadang.

Saya baru saja mendapat sebuah jawaban atas pertanyaan seorang kawan bertahun-tahun lalu tentang bagaimana memaafkan itu. Kita bisa melihat silver line-nya. Itulah yang membuat maaf bisa membasuh sakit hati.

Silver line juga yang membuat kita tak terjebak pada situasi tak menyenangkan sehingga meluapkan emosi. Hari ini, saya juga dapat merasakan silver line itu. Ia memang bermanfaat. Tak perlu menunggu permintaan maaf dari orang lain. Menelisik silver line membuat hati ini sudah terbilas dari sakit hati.

Sumber: blog Selisik Dunia.

Ditag lagi oleh cik Fathen.

ceritekan pasal maksud name anda dan asal usulnye.

Nama sebenar Madziani bt Ab Majid.
Madziani.
Tak pernah tahu pun makna nama ni. Malah tak wujud pun dalam kamus.
Kat buku nama-nama pilihan pun takde. Sedih-sedih.
Asal- usul. Ni pun tak pernah tanya mak dan ayah. Entah bagaimana mereka dapat pun aku tak pasti.
Mungkin cuba mencari nama yang mirip-mirip kakakku kot. Nama kakakku, Madziah. Tukar sikit jadi Madziani.
Tapi nak sedap hati, sebab nama ni takde maksud, aku cari maksud nama Ani.
Ada!
Ani bermaksud masak ranum. Macam tak sesuai je.
Ani juga bermaksud sopan santun. (seperti kata cik fathen, perasan tak keno bayor) jadi bolehlah disimpulkan aku ni budak sopan santun anak kepada hamba Allah yang mulia.

ok cik Fathen.
I'm done.

Jumat, Maret 27

Kado buat TWP students

Salam,
Aku terjumpa blog ni beberapa bulan yang lalu.
Ingin kukongsikan bersama sahabat-sahabat TWP sekalian.

Ini linknya

Medical PBL UKM


Aku rasa blog ni bagus untuk mereka yang bakal meneruskan pengajian klinikal di UKM.
Aku paling suka bila ada satu ruangan untuk mendownload past year questions, posting-posting di setiap department masa tahun ketiga. Jadi, pada sesiapa yang ingin melakukan persiapan awal (memang patut buat persiapan awal) aku rasa ini salah satu blog yang boleh dijadikan rujukan.

Jika ada blog/ laman web lain, silalah berkongsi sama.

Kamis, Maret 26

Catatan Masa Silam

Salam semua,
Semoga kamu dirahmati Allah selalu.

Kisahku sebagai 'penyelamat kucing'
Saat aku di rumah, aku jarang tidur awal. Biasanya aku hanya akan tidur selepas jam 1 pagi. Ini kebiasaan aku. Selepas 1 jam melakukan latih tubi matematik tambahan. Kadang-kadang, aku akan tidur awal, dan akan bangun pada tengah malam (ini sebab nak tonton perlawanan bola sepak punya pasal, hish!)

Bila tidur lewat-lewat begini, segala macam bunyi boleh kita dengar. Suasana sunyi waktu malam. Dan kebiasaan aku yang satu ni, yang kini masih lagi diamalkan, aku sangat suka menghirup udara segar waktu pagi-pagi buta. Akanku buka pintu rumah atau pintu bilikku (di sini, bumi Indonesia) hanya untuk menghirup udara segar itu. Hanya beberapa minit, namun sangat menyegarkan.

Kembali pada perihal bunyi. Kadang-kadang, aku akan mendengar bunyi kucing mengiaw (harap tak salah eja) Kucing, kalau mengiaw berkali-kali tanpa henti tu, tandanya ia sedang meminta tolong. Biasanya kalau dalam kes aku, anak-anak kucing yang jatuh dalam longkang dan tak tahu macam mana nak naik. Akanku bukakan pintu rumah, tak kiralah pintu depan ke, pintu dapur ke dan akanku cuba cari..kat mana kamu ya? Kala itu, pepagi buta, sunyi sepi, aku keluar dengan tekad mahu menyelamatkan si anak kucing. Aku sebak kalau dengar kucing-kucing ni mengiaw.

Satu malam, aku terdengar suara kucing. Aku bukakan pintu dan keluar. Kali ni, adik lelakiku turut ikut sama. Konon, nak temankan akula. Sampai satu masa,

" Kak Ni, jomla masuk," kedengaran suara cuak.
" Tunggula dulu. Tak ambik kucing lagi. Ni nampak bende-bende ke?" tanyaku.

Dia tuding jari.
Aku kerut muka.

" Arnab je pun," aku mengomel.
" Tapi warna hitam," adik lelakiku menjawab.
" Kak Ni, jomla masuk," rayu adikku.

Ni sape lelaki, sape perempuan ni?
Aku wat dunno. Aku angkat anak kucing dari longkang, bersih kucing tu sikit-sikit dan aku tengok muka adik aku sambil kata..

" Penakut!"

Esoknya, aku tanya mak dan ayah kamu. Jiran kita ada pelihara kucing ke?
Mak dan ayah aku bagi jawapan positif.
Aku ceritakan kisah semalam pada adik-beradik aku.
Apalagi bantai kena gelak.
Namun, sebab ejekan yang diterima, adik aku membesar sebagai seorang yang dah tak takut pada 'bende alah' itu. Kadang-kadang, hinaan dan ejekan itu pemangkin semangat untuk kita lebih berusaha.

Aku sangat bersyukur, setiap kali aku melakukan misi menyelamat kucing, tidak ada apa-apa yang berlaku. Tak semestinya hantu je, binatang yang tak diingini seperti ular ke (tempat aku memang banyak ular) atau manusia-manusia jahat yang ingin merompak rumah. Alhamdulillah. Yang penting, kita yakin Allah bersama kita. Ini yang aku pegang dari dulu. Ingatlah Allah walau di mana kita berada, saat senang atau susah. Pasti, Allah juga akan mengingati kita. Pasti Allah bersama kita.

p/s: Ni pun aku nak insaf, taknak layan bola sangat.
p/s: Ada kisah tentang keajaiban mengingati Allah setiap saat, kalau punya waktu akan kuceritakan. Kisah benar dari ibuku sendiri.
p/s: 10/4 ni national election buat Indonesia.Opps, silap. 9/4 sebenarnye.

Rabu, Maret 25

Anak-anak yang mengukir sejarah

Salam.
Sahabatku dapat menjawab soalan aku.
Demi mengotakan janjiku, aku berikan dia satu dvd.
Bukan hadiah pun sebenarnya. Sesaje nak berkongsi.

Ia satu kisah yang sangat menarik.
Aku tahu pasal kisah ni pun dalam buku Palestin: emang gue pikirin?!
Alhamdulillah. Aku jumpa dvd-nya di Pasar Baru.

Anak-anak yang mengukir sejarah dengan darah.
Itulah tajuknya. Kisah nyata kanak-kanak di Palestin yang menentang Yahudi laknatullah.
Aku kagum pada mereka. Mereka bangsa itu. Bangsa yang menderita berkali-kali, namun bangkit dengan kekuatan luar biasa.

Dengan hanya bersenjatakan batu-batuan, mereka melawan tentera yahudi yang bersenjatakan senapang canggih dan tank-tank merkava. Perlawanan yang tidak seimbang. Namun, mereka mempunyai strategi. Ada pos pertama, iaitu mereka yang menjadi pejuang baris hadapan. Tugas mereka melempar batu-batuan ke tentera yahudi. Pos kedua, adalah pos dimana anak-anak Palestin akan menjadi penghantar bekalan batu-batuan ke pos pertama. Dan pos terakhir, adalah pos logistik dan juga pos untuk menyelamatkan teman-teman mereka yang cedera ditembak tentera yahudi. Menarik bukan?

Mahu tonton dvd-nya? Jangan segan, bagitau je. InsyaAllah, after nisah selesai, turn kamu pula :D

Aku paling terharu saat ni. Mereka memang mempunyai semangat jihad yang tinggi.

"Cubalah...Kami akan membalasnya...Berikan kami senjata."
"Berikan kami senjata!"

Itulah yang mereka lontarkan saat ditanya.
Wah!
Darahku tersirap.

Kulluna Ayyash!
Kulluna Aqil!
Free Palestin!

p/s: Aku nak insaf. Dah tak mo layan simple plan lagi.

Selasa, Maret 24

Impian biasa-biasa

Ini cuma catatan seorang anak kecil yang sangat ingin pulang ke rumah. Kamu boleh mengabaikan entri kali ini. Ia entri yang akan membuang masa kamu.

Aku punya impian. Impian aku biasa sahaja. Aku ingin...

1. Punya Tafsir Ibnu Katsir. Alhamdulillah. Aku beli dengan harga yang sangat murah. Tetiba je satu hari aku tergerak hati nak meninjau buku-buku di kedai buku terpakai. Hehe. Tak kisah sebenarnya kalau tengok fizikal tafsir tu, asal boleh dibaca.
2. Hikayat 1001 malam. Setelah ditanya buat kali ke2, harganya dah berkurang, dari rp400k jadi rp 329k. Aku tengah kumpul duit. Bulan April, InsyaAllah akan aku dapatkan.
3. Novel Maryamah Karpov. Dah beli. Original lagi. Aku jumpa yang cetak rompak. Harga lebih murah dari original. Tapi demi novel terakhir tetralogi Laskar Pelangi karya Andrea Hirata, aku beli ori punya. Ini buku yang wajib dibeli sebelum pulang.
4. Stetoschope. Nasib baik ada kedai jual alat-alat kesihatan yang baru bukak tuh. Aku beli yang Spirit je, Litman tak main r (mahal sih). Harga boleh tahan. Murah. Fungsi bagus.
5. Beli kain batek. Aku tak pandai shopping kain-kain ni. Tapi mak aku beria-ia minta aku belikan. Aku kena cari seseorang yang pandai pasal kain-kain ni. Sesiapa nak ke Pasar Baru, sila bagitau.
6. Punya External Hard Disc. Yang ni, Faris cakap kat Malaysia lagi murah. Anak kena ikut cakap 'papa'. Aku pilih tunggu dulu. Balik Malaysia baru beli.
7. Punya Laptop baru. Yang ni, kena usaha lebih kuat. Paling kurang, awal bulan 8 dah ada laptop. Aku dah survey. Aku cam berminat dengan laptop jenama ASUS. Fungsi ok. So far, ASUS je yang mampu tarik perhatian aku. Detailnya di sini



Eh,
macam ada tertinggal sesuatu. Apa erk?
Oh ya,
belanja seseorang. Ni tak masuk dalam list, tapi nak jaga hati dia =)

Dah bagitau kat atas, ini cuma entri buang masa. hehe.
Aku belajar sesuatu hari ni.

Lakban/ Nakban coklat. Kamu tau?
Sesiapa dapat teka, sila datang bilik. Ada gift buat kamu. Serius ni. Tak tipu.

p/s: Bisa khabarkan padaku, apa aktiviti terbaik kala ini?
p/s: Aku merindui seorang sahabat lama. Aku kira dia sibuk. Jadi, aku senyapkan diri. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kamu, Islah.
p/s: Aku tidak tahu, apa yang dimindaku kala ini. Halusinasi itu dia nampak bende tu ade, tapi sebenarnya takde kan? Delusi itu false belief ke? atau ilusi false belief? Yang mane yang sebenarnya kita nampak itu kepala orang, tapi dia nampak itu kepala kambing? Buku Kaplan dah masuk kotak, susah nak ambil. Aku kira, aku mengalami salah satu. hehe. Hypochondriasis betul!

Hypochondriasis: Orang yang rase dia ade penyakit, tapi sebenarnya tak. Dan biasenya, sakit dia tu, satu je. Tak banyak.

Senin, Maret 23

Poem to ponder

It was a gift from my matriculation teacher, Teacher Jamilah Bee.

BUSY

Everyday as I wake up at dawn,
My mind starts the moment I yawn,
There were many things to do, o dear!
That's why I hastily did my Subuh prayer,
I didn't have time to sit longer to praise the Lord,
To me rushing out after prayer is nothing odd?

Since school, I had been busy every minute,
Completing my tutorials and handing it in,
My quizzes took up most of my time always,
No time did I have to Allah to pray,
Too many things to do and zikir is rare,
For Allah, I really had no time to spare?

When I grew up and started my career,
Working all day to secure my future,
When I reached home, I preferred to have fun,
I chatted on the phone but I didn't read the Quran,
I spend too much time surfing the internet,
Sad to say, my faith was falling flat?

The only time I have left is weekends,
During which I prefer window shopping with my friends,
I couldn't spare time to go to the mosque,
I'm too busy, that's the BIG EXCUSE?

I did my prayer but did it so quickly,
After prayer, I didn't sit longer to reflect quietly,
I didn't have time to help the needy one,
I was loaded with work as my precious time runs

No time at all to visit a sick Muslim,
To orphans and elderly, I hardly lent a hand,
I'm too busy to do community service,
When there were gatherings, I helped the least.

My life is full of stress,
So I didn't counsel a Muslim in distress,
I didn't spend much time with my family,
Because I thought, doing so is a waste of time?

No time to share with a non-Muslim about Islam,
Even though I know, inviting causes no harm,
No time to do sunnah prayers at all,
All these contribute to my iman's fall.

I'm busy here and busy there,
I've no time at all, that's all I care,
I went to religious lessons, just once in a while,
'Coz I'm too busy making a pile.

I worked all day and slept all night,
Too tired for tahajjud and it seemed not right,
To me, earning a living was already tough,
So I only did basic deeds and that's not enough.

No time at all to admire God's creation,
No time to praise Allah and seek His compassion,
Although I know how short is my life,
For Islam I really didn't strive.

Finally the day comes, when the Lord calls for me,
And I stood before Him with my life's History,
I feel so guilty because I could have prayed more,
Isn't that what a Muslim lives for?
To thank Allah and to do more deeds,
And the Quran is for all of us to read.

Now at Judgement Day, I'm starting to fret,
I've wasted my life but it's too late to regret,
My entry to paradise depends on my good behaviour,
But I've not done enough nor did proper prayers.

My 'good deed book' is given from my right,
An angel opened my 'book' and read out my plight.

Then the angel chided me

' O you Muslim servant, you are the one,
who is given enough time, yet not much is done,
do you know that you faith is loose,
Saying 'no time' is only an excuse,
Your 'good deed book' should be filled up more,
With all the good work you stood up for '

Hence, I only recorded those little good deeds,
As I say this, I know your eyes will mist,
I was about to write some more, you see
But i did not have THE TIME to list.

Sabtu, Maret 14

Sambungan ESQ

Dah nak habis dah. Sikit je kali ni.

4 hal yang akan dipertanyakan Allah di akhirat kelak.

1. Ilmu
2. Fizikal
3. Harta
4. Waktu

Di akhir ceramahnya, Kang Tony berkata

" Semakin banyak kamu tahu, Allah menuntut semakin banyak dari kamu"

Gulp!

Aku telan liur.
Aku sedang menzalimi diriku sendiri.

Minggu, Maret 8

Hanya suatu pilihan..

Ini adalah cadangan yang sangat bernas. Aku teruja saat kakakku melontarkan pandangannya.

"Belilah emas kat sana," cadang kakakku.

Damn!

Apsal dulu aku tak pernah terfikir benda ni.
Nilai rupiah sangat rendah. Sangat rugi jika aku tukarkan ke ringgit malaysia.
Emas pula nilainya hampir sama. Tak pernah berubah. Jika aku beli di sini dan tukarkan di Malaysia aku masih juga untung.

Namun ini hanyalah cadangan. Melihatkan mukaku yang sememangnya naif ni, ditambah aku jenis yang tak tahu apa-apa pasal emas, nak berlagak tahu pun tak boleh dan sikap orang Indonesia yang memang bermulut manis, aku kira akulah manusia yang paling senang kena tipu. Cadangan ini bukan cadangan biasa sebenarnya. Adalah lebih baik menyimpan wang kita dalam bentuk emas. Sangat selamat untuk masa depan.

Sabtu, Maret 7

save you

Amaran: Jangan ditonton! Ini hanya untuk simpanan diri sendiri.





In loving memories of my cousin, Nur Hidayah that fight the disease until her last breath. She is one out of many reason why I choose this profession.

Jumat, Maret 6

Selamat Berimtihan, Ya Sahabat

Akhirnya.
Tanggal ini.
6-3-2009.
Berakhir sudah pengajian pra-klinikal di Unpad.
Masih bersisa 3 tahun lagi, dengan izin Allah.
Doakan ya, teman-teman.
Dua minggu kedepan, aku bakal berjuang.
Berjuang dengan pena.
Bersama teman-teman.
Sekali lagi.
Doakan kami, pelajar twinning program ukm-unpad.
Semoga kami berjaya.
Layak ke tahun 4 di ukm.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan bilikku yang kecil itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan keramahan orang sini.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan pecel lele ibu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti.,
merindukan ke'sporting'an doktor2 sini.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan kedai buku mentari itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan bas damri yang buruk itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan ke'comel'an kanak2 twinning.

Korang,
Sila jangan jadi skema kat ukm, boleh?

Aku tersenyum bila kita berjenaka bodoh-bodohan itu.
Orang kata itu lawak bodoh.
Aku kata itulah yang menyatukan kami.


Selamat berimtihan, Ya sahabat.
Moga dengan izinNya kita sama-sama berjaya.
InsyaAllah

Kamis, Februari 26

Sesuatu

yang sering aku fikirkan.

Sebab ramai sesangat yang asyik bercakap-cakap.

Biasala

Umur dah masuk angka 2

mula fikir pasal masa depan

"Eh, bilenye ko nak kawen ?"

Aku sengih.

Sambil jawab.

"Entah, tak kawen kot,"

Persoalannya.

Boleh ke kalau tak kahwin?
Hehe.
Aku tau mesti ada yang cakap tak boleh.

p/s: Aku bukan menolak perkahwinan k.

Selasa, Februari 24

Catatan masa silam 3

Alkisah..
Dia berkira-kira untuk menjadi seorang hakim. Datuk, ayah, abangnya merupakan seorang hakim. Dengan status keluarga hakim ni, dia sepatutnya mampu lulus dengan senangnya. Namun dia bertindak untuk merahsiakan identitinya. Dia ingin lulus atas usaha sendiri, bukan dengan bantuan siapa-siapa. Dia solat, membaca Al-Quran..pokoknya dia seorang yang boleh dikategorikan sebagai orang baik. Takdir Allah mengatasi segalanya. Dia gagal dalam ujian tersebut. Dia frustasi. Selama tiga hari dia bertindak untuk tidak solat. Dia marah. Apa salah saya, kang? Dia hanya ingin menjawat jawatan tersebut dengan usaha sendiri, bukan dengan bantuan dalaman. Jika saya hanya mengabarkan status saya, siapa saya, saya dengan sendirinya lulus. Apa salah saya, kang?

"Kita boleh hilang segala-galanya dalam mencapai tujuan kita kerana hidup itu tidak selalu indah. Percayalah. Allah akan tetap bersama kita"



Airmataku seakan ingin bergenang saat ini. Aku sabarkan hati aku. Situasi dia dan situasi aku hampir sama. Saat kata-kata ini diucapkan, aku baru 2 hari kehilangan laptop.

Dan imbasan kisah hitam itu datang menerpa...

"Aku pernah salahkan Allah. Kalau nak banding aku dan korang sume, aku yakin korang 1000 kali lebih baik dari aku," kataku.

Itulah sedikit daripada kisah hidupku yang pernah aku kongsikan buat sahabat. Untuk dia ambil iktibar. Suatu masa dahulu, aku pernah lalai. Pernah dengan lantangnya menyalahkan Allah atas apa yang pernah berlaku.

Aku tidak ingin ke asrama. Tidak mahu belajar di SMSPP. Telah kukatakan pada ayahku. Namun, ayahku tetap bertegas.

"Cubalah dulu, mana tau sesuai," nasihat ayahku.

Sudah pernah aku katakan, aku manusia degil. Walaupun berada di sana, aku tetap ingat rumah (ye, aku homesick). Aku masih tetap ingin belajar di sekolah harian biasa. Masih ingin bersama sahabat-sahabat lama. Semua kat smspp tu nampak buruklah. Aku dah tak nampak apa bagusnya sbp ni (ye, aku tau, pikiran aku sempit) Macam- macam telah aku buat. Pujuk ayah aku supaya keluarkan aku dari sana. Dan kerana tersangat marah, aku pernah salahkan Allah.

"Buat apa nak solat, Allah letak aku kat sini. Dia tak makbul doa aku pun,"

Sepanjang di smspp, aku ingat 3 kali aku tak solat. Semuanya kerana marah. Lepas keluar dari asrama, Allah bagi hidayah. Baiknya Allah padaku. Saban malam aku menangis. Mengenangkan betapa jahatnya aku. Tapi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, masih tetap bersamaku. Menuntunku ke jalanNya.

So I try to hold
onto a time
when nothing mattered
And I can't explain
what happened
And I can't erase
the things that I've done
No I can't
(
Simple Plan: Untitled)

Situasi di atas pernah aku hadapi. Aku tidak mungkin pernah mampu memadamkannya. Ia pengajaran berharga bagiku. Aku tulis di sini bukan untuk siapa-siapa melainkan untuk aku sendiri. Untuk aku insafi dalam erti mencari redha Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Astaghfirullah.

Boleh pulak aku mengelamun. Kang Tony masih rancak berbicara.
Ani, tumpukan perhatian!
Hege!

Minggu, Februari 22

Islam moden

Salam.


Ini sekadar catatan biasa.



Hari Rabu lepas aku sempat menyertai ceramah oleh Kang Tony yang dianjurkan oleh ahli-ahli ESQ. Tajuk pada hari tersebut ialah Islam Moden.



Jika dikata moden, semua berkata yang cepat, pantas, canggih dan sebagainya. Jadi jika dikata Islam moden ia merujuk kepada masyarakat yang lebih cepat, yang maju dan canggih. Tokoh utama yang melakukan modernisasi ialah junjungan besar, Rasulullah s.a.w iaitu hijrah baginda dari Mekah ke Madinah.



Di sini, diingatkan walaupun proses modernisasi itu penting, namun jangan pernah sesekali melupakan agama dalam kehidupan. Kerana di akhir setiap peradaban manusia itu ialah spiritual.



Bagaimana mahu mencapai Islam moden?

1. Yakinlah pada sesuatu yang pasti.Saat Rasulullah s.a.w dan para sahabat berhijrah ke Madinah, mereka tidak pernah tahu keadaan mereka di sana. Masa depan mereka di sana. Namun, mereka masih tetap berhijrah. Kerana masa depan itu sesuatu yang sangat samar, kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan kecuali kita menghadapinya. Sesuatu yang pasti itu ialah Allah. Janji Allah itu pasti. Akhirat itu pasti. Syurga itu pasti. Neraka itu pasti. Lantas, kejarlah sesuatu yang pasti. Segala macam hal yang kita lakukan, itu hanyalah alat. Matlamat kita ialah mencari redha Ilahi.

2. Tentukan arah pada matlamat. Lakukan perancangan hidup. Kita mampu menjadi profesional dalam pelbagai bidang yang kita ceburi. Kita mampu menjadi pelajar yang cemerlang. Kita mampu bekerja, datang tepat waktu dan sebagainya. Rugi sekali, profesional kita tidak kita aplikasikan dalam diri kita sebagai seorang Muslim. Berapa ramai antara kita yang Muslim profesional? Yang sembahyang tepat pada waktu? Yang menepati janji? Di mana silapnya? Sebagai pelajar, kita akan dievaluasi. Peperiksaan. Tanpa peperiksaan kita takkan ke mana. Masih belajar biasa-biasa. Namun, asal peperiksaan menjelma, yang tak pernah ke perpustakaan akan ke perpustakaan. Lantas, aplikasikan peperiksaan itu dalam diri kita. Evaluasi diri kita. Muhasabah. Sudahkah kita mencapai apa yang menjadi matlamat kita? Adalah perancangan kita itu sudah betul? Dan paling utama, pastikan apa yang kita lakukan itu berkualiti.

3. Ikhtiar dan tawakkal. Selesai peperiksaan, kita bertawakkal. Begitulah juga dengan perancangan hidup kita. Tawakkal. Semoga semuanya baik-baik saja. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Inilah kata-kata hikmat yang jika diganti dengan dunia sekalipun tidak akan mampu membalas ayat Allah ini. Kita boleh hilang segala-galanya dalam mencapai tujuan kita kerana hidup itu tidak selalu indah. Percayalah. Allah akan tetap bersama kita, bersedih bersama kita. Bersyukurlah kerana Allah bersama kita. Jangan sempitkan diri kita hanya kerana sedikit kegagalan yang pernah kita tempuhi. Buat yang berjaya, jangan angkuh. Keangkuhan itu bakal memakan diri sendiri.

4. Kepimpinan diri. Kita adalah pemimpin bagi diri kita. Susah untuk kita tentukan arah, jika kita sendiri tidak siap untuk bertindak. Jangan cepat mengeluh terhadap tugas. Betulkan niat. Ikhlaskan hati. Semoga hidupmu lebih berarti. Hehe.

Akan bersambung di lain waktu.....

Diskusi ESQ

Salam buat semua.

Aku sangat tertarik dengan soalan yang dikemukan oleh seorang mahasiswa Indonesia semasa sesi diskusi bersama ahli-ahli ESQ. Tentang isu golput. Isu fatwa Majlis Ulama Indonesia tentang haram menjadi golput. Kecoh. Akhbar-akhbar yang bersifat sekular dan liberal menghentam habis-habisan fatwa yang dikeluarkan oleh MUI. Sesetengah akhbar menyifatkan tindakan menfatwakan haram menjadi golput adalah untuk kepentingan sesetengah pihak.

Golput atau nama panjangnya golongan putih adalah mereka yang bertindak untuk tidak turun mengundi calon parti dalam pilihanraya akan datang ( definisi sebenar tidak diketahui, ini sekadar pemahaman sendiri)

Dan nasihat Kang Tony untuk semua yang hadir : Jangan jadi golput.

Golput terjadi kerana dua hal. Satu, kerana rasa tidak percaya pada pemimpin dan satu lagi kerana mereka melihat tidak ada perubahan yang terjadi walaupun pemimpin sudah bertukar ganti. Kestabilan negara masih ditahap yang sama. Masih tidak stabil. Dan jika dari segi ekonomi, semakin banyak permintaan semakin tinggi pengeluaran, inilah juga yang terjadi untuk isu golput. Semakin tidak stabil negara, semakin tinggi golput. (Ini sekadar teori aku, jika salah maaf ye!)

Pada hemat aku, adalah sangat rugi untuk tidak turun mengundi. Lagi rugi jika yang menjadi golput adalah mahasiswa. Aku sangat kagum dengan kebebasan suara di bumi Indonesia (walaupun ada sesetengah yang buat aku panas telinga ). Aku tidak tahu persis situasi universiti di Malaysia. Namun di sini, isu-isu seperti korupsi, pemerintah tirani dan sebagainya menjadi isu biasa yang dibincangkan di kalangan mahasiswa kampus. Satu tajuk diskusi yang aku kira sangat best. Sayang. Saat itu aku lagi ada kuliah. Jika tidak, akanku ke Bandung menyertai diskusi Hala tuju Indonesia pasca pemilu 2009 yang dianjurkan oleh FISIP. Keterbukaan masyarakat di sini mampu membuka minda semua terutama mahasiswa. Kerana suatu masa, mahasiswa (golongan muda ) inilah yang bakal memimpin negara. Rugi, jika kita didedahkan dengan 1001 macam baik buruk ahli politik namun masih juga brtindak untuk menjadi golput. Undi kali ini bukan hanya untuk diri sendiri, malah undi ini adalah untuk agama, bangsa dan negara.

Aku sangat tertarik dengan ayat yang ditulis oleh penulis blog ni

"Sesiapa yang tak rasa politik itu mustahak, anda juga dialu-alukan untuk datang anggaplah ini perjuangan anda untuk Islam dan kemanusiaan seperti yang sentiasa anda war-warkan."- Adibah Abdullah:Protes Senyap dan Emergency General Meeting



Mungkin agak kurang kena isu yang dibawa oleh dia dan isu yang dibawa oleh diriku. Namun, pada aku ia masih satu pesanan tersirat yang ingin dibawa penulis. Kita tak merantau beribu-batu (hehe, tau Indonesia Malaysia dekat je) hanya untuk menjadi pelajar, yang hanya belajar tentang ilmu perubatan. Belajar sungguh-sungguh, balik Malaysia kerja dengan kerajaan. Ada lebih dari itu. Di sini, kita belajar budaya mereka. Sikap mereka. Pemikiran masyarakat mereka.

Kerana itu, aku sangat ...hah?.. bila...



"Tak boleh macam ni. Tak boleh join benda ni. Nanti biasiswa kita kena gantung."



Bukan buat apa pun. Lagi baik berbincang daripada bercakap membabi buta sok tahu tapi sebenarnya tak tahu. Kita mula belajar untuk peduli, peduli tentang isu-isu semasa. Apa salahnya peduli isu politik plak?



Nota 1:Apa motif sebenar entri ni? Aku menulis ikut suka hati, apa yang nak ditulis aku tulis. Maaf jika entri ini membazir masa kamu.
Nota 2: Aku tak delete blog ni. Ok?

Senin, Februari 16

Tuhan menentukan segalanya

Salam,

Saat aku memasang niat untuk berblogging, aku tidak pernah tahu sebegini best dunia blog. Pada aku, blog adalah untuk aku menulis segala macam hal yang berlaku dalam hidup aku, untuk aku jadikan renungan di masa akan datang. Blog ni adalah secebis kehidupan aku, untuk aku bukak dan ceritakan kembali pada anak cucu aku (ayat ni memang tak leh blah, macam orang yang nak kahwin esok je)

Namun, kita merancang, Allah yang menentukan. Niat di hati ingin beristiqamah dalam berblogging. Apakan daya, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Aku terpaksa menguburkan niatku ni...atas sebab biasa-biasa...

Pintu bilikku dibuka. Aku melangkah masuk. Seperti biasa, menghempaskan beg ke tilam. Ingin sekali aku berehat melepaskan lelah. Namun, ada yang pelik. Kenapa ia tiada di situ? Di manakah ia?

Ya Allah! Jantungku terasa ingin berhenti berdegup. Ia tiada di situ. Sabar ani, sabar ani. Aku terduduk. Tiada kata yang mampu aku ucapkan. Cuma lafaz..sabar,Ya Allah tabahkan hati hambaMu ini.

Tidak tahu mahu dibilang apa. Aku mencapai telefon. Ingin mengabarkan pada ahli keluargaku tentang apa yang barusan terjadi. Aku berfikir dalam-dalam. Mahu dikhabarkan ke? Sekali lagi aku akan membuat mereka gelisah, malah mungkin risau dengan keadaanku di sini. Namun, kugagahkan juga. Mendail nombor abah. Ibuku yang menjawab. Berbual lama-lama. Mengabarkan apa yang terjadi.

Ingin bersedih, tapi aku tidak tahu mahu bersedih kerana apa.
Ingin menangis, tapi aku tidak tahu mahu menangis kerana apa.

Aku tidak ingin menangisi sesuatu yang sia-sia. Sudah! Biarkan! Aku sudah pernah bersedih dahulu. Pernah menangis dahulu. Sudah, jangan bazirkan airmata ini. Ada yang lebih teruk dari keadaan aku. Ada yang kehilangan segala-galanya. Baru dijentik sedikit sudah bermuram sebegini. owh..tidak. Aku sedang belajar untuk bertabah hati.

Itulah kisah hari ini. Tanggal 16 Februari 2009. Satu peristiwa hitam berlaku. Aku kehilangan laptop kesayanganku. Hilang tanpa jejak. Di bumi Indonesia. Kehilangan kedua.

"Sabar ye, Ani " pesan sahabat-sahabatku.

Terima kasih ye, sahabat semua.

Lantas, kerana tidak ingin membazir masa kalian semua menjenguk blog ini, aku mengambil keputusan untuk berhenti menulis. Menghapus blog ni. Blog ni akan dihapus pada hujung bulan.
Agak susah untuk aku terus berblogging. Ditambah aku ni jenis yang sangat malas lepak-lepak di cyber cafe. Dan aku jenis yang segan meminjam-minjam barang sahabat. Ni pun sedang meminjam ni.

Terima kasih atas kunjungan semua. Perkenalan dengan kalian sangat-sangatla aku hargai. Komen-komen kalian sangat dihargai. Terima kasih daun keladi.

Buat semua, saya akan tetap menjadi pembaca blog kamu. Akan saya luangkan masa saya untuk kamu. Walau tiada bicara dari saya, ketahuilah saya adalah pembaca senyap blog kamu :D

Silence,
isn't nothing,
Silence,
means a lot,
Silence,
is the voice of my heart,
whispering a thousand thanks.


Akhir kalam,
wassalam

Selasa, Februari 10

Bacheha-Ye aseman



Dalam entri aku yang lepas,aku ada menulis sedikit tentang Children Of Heaven.Jika ditanya,adakah aku pernah menonton filemnya,jawabnya aku tak pernah.Namun aku pernah membaca ulasan tentang filem ni di salah sebuah majalah suatu ketika dulu,mungkin sekitar tahun 1998.
Filem ini diterbitkan pada 1997.Ini filem Iran.Aku suka cerita dia.Kisah kesusahan adik beradik.Ali,si abang yang secara tidak sengaja telah menghilangkan kasut adiknya.Takut dimarahi ayah mereka,Ali dan adiknya berkongsi-kongsi kasut untuk ke sekolah.Pelbagai cabaran yang dihadapi.Dan kemuncak filem ini bila si abang menyertai suatu pertandingan lumba lari.Hadiah ketiga ialah sepasang kasut.Namun,tahukah sebaliknya berlaku.Si abang memenangi tempat pertama.




Salah satu part yang aku suka.Terharu pun ada.Bila si ayah memarahi si abang.Memarahi dia tentang tanggungjawab si abang di rumah.Umur sembilan tahun.Perlu melakukan segala macam hal.Kamu bukan budak kecil lagi!Ah,umur sembilan tahun, aku masih lagi main-main.Yang paling mengharukan pabila si abang menghadiahkan pensil buat si adik.Hadiah terbaik dari si abang.

Kanak-kanak sememangnya punya banyak hal untuk kita yang dewasa tafakuri.

p/s:Tersilap tulis tajuk dalam entri lepas.Maaf.

Minggu, Februari 8

Kisah biasa-biasa,namun bagiku ia bermakna.

p/s:Aku rasa tulisan aku yang sebelumnya adalah sangat merapu.

Kakakku tidak membalas emailku seperti biasa.Dia akan balas.Itu katanya.Hari Ahad.Pagi.Tapi hari ini,tiada jawapan untuk balasan emailku.Di manakah dia?Kakak,adikmu ini sangat merinduimu.Cepat-cepatla balas emailku.

Kisah kakakku dengan aku sangatla berbeza.
Aku budak yang mudah dalam segala hal.
Kakak aku seorang yang susah dalam segala hal.

Bila aku dapat straight A's UPSR,
aku dengan senangnya dapat tawaran belajar di SBP,
siap dapat status pelajar projek khas,
hidup senang-lenang,
tak yah apply,terus dapat biasiswa,
bestnya jadi budak projek khas ni,
namun aku sia-siakan,
aku pindah,
belajar di sekolah harian.

Kakak aku pula,
bila dapat straight A's UPSR,
tak dapat mana-mana,
tapi dia tak putus asa,
dia belajar sungguh-sungguh,
PMR dapat straight A's lagi,
kali ni pun susah,
Alhamdulillah,
dapat masuk SBP akhirnya,
walaupun panggilan ketiga,
dia apply biasiswa,
Alhamdulillah dapat,
tak macam aku,
tak yah apply,
namapun pelajar projek khas.

Bila belajar kat universiti,
aku senang,
tiap-tiap bulan elaun Mara masuk,
RM 800 plak tuh,
banyak tu,
sesape cakap tak cukup,
aku memang tak faham.

Tapi kakak aku lain,
bila belajar kat universiti,
dia tak dapat pinjaman PTPTN yang penuh,
dapat separuh je,
akibatnya ayah aku kena bayar yuran pengajian setiap semester,
tiap-tiap bulan dapat duit dari ayah aku,
RM 200.Itu yang tiap-tiap bulan ayah aku bagi.
Agak-agak cukup ke?
Belajar di UM.
Banyak benda kena beli.
Aku yakin tak cukup.
Tapi tahukah kamu.
Tak pernah sekalipun kakak aku minta duit lebih.
RM200.Tak nak susahkan ayah aku.Katanya.

Bila nak graduate,
dugaan itu datang.
Dia sabar.Tabah.
Kutukan datang dari teman-teman.
Tapi tak sekalipun dia menyerah,
terus berusaha,
dan akhirnya dia berjaya.

Alhamdulillah.
Kesusahan dia di masa yang lalu dibalas Allah dengan kesenangan.
Sesudah habis belajar di universiti,
dia tidak menganggur,
terus dapat kerja,
kerja yang dia minat,
kerja yang terkait dengan akaun,urusan kewangan,
gaji biasa-biasa,
tapi takpe,
pengalaman tu yang penting.

Lepas beberapa bulan,
dia cuba apply kerja kat syarikat toyota,
nasib tak menyebelahi dia,
dua bulan dia menganggur,
namun 2 bulan tu tidak dia sia-siakan,
dia membaca semua buku-buku yang aku beli,
dan katanya dia terkesan,
ingin berubah,
Alhamdulillah.

Selepas 2 bulan,
dia dapat tawaran kerja.
Kerja di syarikat BMW,
kontrak selama 6 bulan,
dan terbaru,
dia dah dapat status pekerja tetap,
Alhamdulillah.
Aku panjatkan syukur buatMU,Ya Allah.
Sering aku katakan padanya.
Tak dapat Toyota,BMW pun jadila.
Indahkan perancangan Allah.

Kisah kakakku kisah biasa-biasa.
Tapi dia adalah model untuk aku.
Jangan pernah rasa yang susah itu halangan.
Lihatlah peluang dalam cabaran,
jangan lihat cabaran dalam peluang.
Hidup ini ibarat roda.
Sekejap kita di atas.
Sekejap kita di bawah.
Namun seringkali,
bila di atas,
kita sering lupa pada siapa segala pujian harus diberikan,
dan bila berada di bawah,
ada yang mula bertanya,
apa dosaku Ya Allah?
tetapi kadang-kadang,
bila berada di bawah,
kita sering gagal memaknai hidup ini,
mendefinisikan setiap sesuatu yang terjadi,
lantas ada yang gagal bila berada dalam kegelapan,
sedangkan selepas gelap akan ada sinarnya.

Yakinlah dengan janji Allah.

Tulisan kosong?

Assalamualaikum w.b.t

"Akidah yang benar"-Mohamed Musa Abu Marzuq*
Sandaran utama untuk menyertai sesuatu paksi ialah akidah yang benar.Jika Hamas bukan suatu parti yang memperjuangkan Islam,saya tidak akan menyokong Hamas.Saya akan menyokong paksi-paksi yang memperjuangkan Islam.

Rasanya sekarang aku nak menonton filem Children From Heaven.Filem Iran yang memenangi banyak anugerah antarabangsa.Filem yang sangat bermesej.Lebih baik belajar bertanggungjawab dari kanak-kanak daripada orang dewasa.Kanak-kanak lebih murni hatinya.

Kekuatan sesuatu pasukan bergantung pada bijaknya panglima perang serta kesetiaan dan moralitas tentera.Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Kehilangan yang terjadi adalah untuk menuju kemenangan yang lebih besar-Mohamed Musa Abu Marzuq.
Kita kehilangan beratus-ratus kanak-kanak dan ibu-ibu dalam Perang Gaza baru-baru ini.Dan ketahuilah saudara-saudaraku,kami sangat bersedih atas kehilangan yang terjadi.Namun itu bukanlah alasan untuk tidak mengangkat senjata.Itu bukanlah alasan untuk kita menyerah.Kehilangan yang terjadi adalah pemangkin untuk kami terus berjuang membebaskan bumi Palestina dari Yahudi-Zionis.Kehilangan ini akan dibalas dengan kemenangan yang lebih besar,yang lebih manis pada masa akan datang.

Terbaca di SaifulIslam.com.The Prince oleh Niccolo Machiavelli.Sebuah buku yang sangat bagus.Bersesuaian sangat dengan situasi di Malaysia sekarang.Pada aku,matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Adakah ini tulisan kosong semata-mata?
Ada mesej tersirat untuk kita semua menyikapinya :D


*Beliau adalah anak kepada Musa Abu Marzuq.Musa Abu Marzuq adalah salah seorang pemimpin tertinggi Hamas.Beliau dijemput oleh Partai Keadilan Sejahtera untuk satu talk bersama wakil Hamas di Jatinangor semalam.








Senin, Februari 2

Buku:Yahudi di Indonesia

Salam.

2 hari lepas, aku ke Bandung.Lepak lama-lama kat kedai buku.Tak lama mana pun,cuma hampir 2jam setengah.Khusyuk membaca buku sampai tak sedar jam sudah hampir ke angka 5 petang.Cepat-cepat aku keluar,menuju stesen bas.



Buku ni tidakla aku beli kerana ketika itu aku sudahpun membeli 3 buah buku.Tak leh tamak sangat.Kalau punya kesempatan,akan aku dapatkan buku ni bulan depan,InsyaAllah.

Tajuk buku tersebut Fakta dan Data Yahudi di Indonesia:Era Reformasi oleh Rizki Ridyasmara.

Wow!

Itulah kata pertama yang aku ungkapkan saat membaca helaian demi helaian buku tersebut.(Nampak sangat aku ni tersangatla buta dengan isu-isu semasa!)

Buku ini mengungkap rahsia keterlibatan golongan Yahudi dalam menguasai Indonesia ini yang di mana merupakan Negara yang mempunyai umat Islam paling ramai di dunia.Menarik bukan?Lantas,bagi aku jangan tak percaya jika sebenarnya dunia ini memang telah dikuasai oleh mereka hatta Malaysia sekalipun.

Peristiwa Ambon.
Kamu semua pasti mengetahui tentang pembantaian umat Islam di Ambon.Kalau dulu,aku kira hal ini terjadi kerana konflik agama.Konflik antara Islam dan Kristian.Namun tahukah kamu jika sebenarnya yang menyalakan api permusuhan adalah manusia yang bergelar yahudi?Buku ini mengungkapkan satu persatu kronologi peristiwa yang menyebabkan hampir semua penduduk Islam di Ambon kala itu mati dibunuh.Setelah panggilan jihad berkumandang di seluruh Indonesia,ramai pemuda-pemuda Islam yang bertindak mahu membantu saudara seIslam,kala itu barulah kerajaan Indonesia mengisytiharkan Ambon sebagai kawasan darurat dan mula menghantar bantuan.Di sini,penulis mengungkapkan persoalan utama.Kenapa tidak di awal kejadian ini perintah darurat dikeluarkan?Kenapa selepas hampir keseluruhan penduduk Islam di Ambon mati dibunuh barulah mendapat perhatian dari pemerintah?Dunia seakan membiarkan sahaja peristiwa berdarah ini.Ibarat tiada apa-apa yang berlaku.

Kaitan pemerintah Indonesia dengan yahudi.
Aku kira,pemerintah Indonesia yang punya hubungan dengan yahudi ni tidakla aku kenali.Tapi sungguh.Aku terkejut.Namanya pernah meniti di bibirku suatu ketika dulu.Dia dianggap manusia bijak pandai oleh rakyat Indonesia.Wah,yahudi tidak mencari target manusia biasa-biasa,tapi malahan target utama mereka presiden Indonesia itu sendiri!Siapakah dia?Itu kenalah baca bukunya.

Era Reformasi
Mahasiswa antara penggerak reformasi di Indonesia.Saat Suharto ditumbangkan,kala itu mahasiswa lega kerana mereka telah berjaya menjatuhkan pemerintahan korup Suharto.Namun sebaliknya,inilah peluang keemasan bagi agen mossad yahudi untuk menguasai Indonesia.Pasca pemerintahan Suharto,banyak parti-parti politik yang tumbuh bagaikan cendawan.Salah satu parti tersebut mempunyai kaitan dengan yahudi.Dan percaya tidak?Parti tersebut masih wujud hingga kini.

Ahmad Dhani
Penyanyi kumpulan dewa.Siapa dia?Dahulu pernah gempar tentang siapa sebenarnya dia beserta simbol-simbol pelik kumpulan dewa.Buku ini mampu membongkar siapa Ahmad Dhani yang sebenarnya.

Fuh!

Setakat ini yang mampu aku baca kala itu.Ambil beberapa info je.Kamu boleh mempersoalkan info yang diberikan.Bagi aku,semakin lama aku menyelongkar hal zionis ini,aku mula percaya mereka ada di mana-mana menjadi dalang pada setiap kejadian di dunia ni.Aku mula yakin kalau HIV tu sebenarnya ciptaan manusia je.Tak percaya?Kalau punya kesempatan akanku tulis di blog.

Aku tutup entri ni dengan satu video yang sangat menarik.Aku pun baru nak cuba baca pasal New World Order ni.





p/s:Aku bukan tak cinta Malaysia,cuma kebetulan terbaca buku pasal Indonesia.Aku kira yahudi ini lebih merujuk pada zionis.