Minggu, Desember 7

Ukhuwah itu dihati

Tika itu,aku sedang berjalan bersama sahabatku ke gerbang UNPAD.Sedang asyik bersembang,aku berselisih pandang pada seorang wanita bertudung labuh.Dia menghadiahkan senyuman manis padaku.Sangat manis,indah sekali..persis wanita Indonesia.Aku membalas senyumannya sekadar mampu.

"Kenal ke?" tanya sahabatku.
"Tak" jawabku ringkas.

Dan benda ini seringkali terjadi,kerana aku belajar untuk menghadiahkan senyuman pada sesiapa yang aku jumpa,soalan utama yang diajukan padaku adalah kenal orang itu?Adakah kita hanya tersenyum untuk mereka yang kita kenal?Bukankah semua muslim itu bersaudara.Aku tak mengenalinya,tapi mereka mengajar aku erti bersaudara sesama Islam.

Suatu hari,aku kebasahan.Hujan turun dengan lebatnya.Aku mengambil keputusan untuk meredah hujan kerana aku tidak solat Asar lagi.Dalam perjalanan,hatiku berdetik,takde ke sesape yang nak tumpangkan aku naik kereta dia (haha,berangan je lebih!).Namun tanpa aku sedari,ada seseorang memayungiku(err..wujud ke kata ni?)Aku menoleh ke belakang.Subhanallah.Seorang wanita bertudung tersenyum manis padaku.

"Jom sama-sama,"kata wanita tersebut.

"Terima kasih," kataku.

Ingin kukatakan di sini,fungsi payung hanyalah untuk menutup kepala.Dan melihat kepada fizikal payung tersebut,aku berani katakan payung ni sebenarnya malu-malu segan(waddahek?).Nak tak nak je melindungi tuan empunya payung.Ditambah aku pula,lagila payung ni malu nak berkhidmat.

Perjalanan dari gerbang UNPAD ke Bale(asramaku ala hotel) hanya mengambil masa kira-kira 5 minit.Namun,sepanjang tempoh berjalan,kami berbual macam sudah lama kenal.Dari kenal nama sampai makanan yang aku suka di sini.Mesra.Indah.Terharu.Semua ada.Perkenalan singkat tapi meninggalkan kenangan terindah dalam hidupku.Aku belajar.Bantulah sesiapa yang kamu mahu meski kamu tidak mengenalinya.Jangan pernah tidak peduli.

Seorang wanita Islam Filipina mengadd aku dalam friendsternya.Kami bermesej tentang banyak hal.Dan kebetulan dia juga seorang pelajar perubatan.Banyakla celotehnya.Aku terharu pada setiap katanya...terutamanya di akhir setiap mesej kami akan dia sertakan kata ini.

"Saya menyayangi kamu sebagai seorang Islam"

Aku terpaku.Aku tidak mengenalinya persis,mengenalinya hanya melalui tulisan-tulisannya sahaja.Ingin kujelaskan di sini,jika sebenarnya aku bersikap hipokrit.Penulisan mampu disemak kembali.Kata-kata yang keluar dari mulut kita tidak mampu ditarik balik.Aku menulis,menyemak dan menghapus penulisan yang tidak enak pada perkiraan aku.Dan jika hanya atau hanya jika dia menilaiku melalui penulisan,ingin kujelaskan aku tidak sama seperti itu.Seringkali dia bersangka baik padaku.Sama persis seperti kakak mentorku.Sangat bersangka baik padaku.Namun indah sekali.Aku belajar untuk bersangka baik.

Mereka semua adalah serpihan dari mozek kehidupanku.Mengajari aku erti bersaudara sesama Islam.Aku ingin mengucapkan sekian banyak terima kasih terhadap kalian semua sahabat mayaku yang tidak mengenali aku tapi menerima aku seadanya.Dan penulisanku sangat tunggang langgang.Ingin kukatakan jika penulisanku sesuatu yang membosankan atau melalaikan,jangan segan untuk berkata.Akanku berhenti menulis(serius ni,tak tipu)Aku tidak mahu mengheret kalian semua ke lembah kelalaian.

Kepada sahabatku semua,kalian anugerah terindah yang pernah aku miliki.Mengajariku erti kompak~







11 komentar:

K H A Z I N A T U L A S R A R mengatakan...

ani ku sayang! kite tak rase pun penulisan ani ni mampu membawe kepade kelalaian, yang kite punye ye,
ani ni sangat la baik, suke senyum. mempunyai senyuman yang manis, betol :)

kite rindu senyuman manis ani di hujung cube sane, setentang sengan cube bibik hana ngan shida :D

hana mengatakan...

Fathen yang kusayangi:
Alhamdulillah..manela tau ade kot bende2 tak enak pada perkiraan org.Lain org lain citarase.Ani ske je view blog ten,tak rase lalai pun.Cara ten olah kisah idop ten mmg unik,best n tak rugi bace.at the end entri ten,mesti ade selit nasehat.sblm nk smpai nasehat tu,mesti selit bendo kelaka..best!

huhu..senyum ten pun manis.Budok pantai timur mmg punya senyuman manis.sejuk mata memandang :) (no offense to budak pantai barat)

dan ani rindu kehidupan di kmk.at least salah satu sebab ani percaya manusia itu memang pelbagai ragam.masakan tidak,geng2 fathen sumenye berbeza perangai tapi kamceng bukan main.Perbezaan itu indah!dan really glad knowing you till now :)

DAMAI mengatakan...

ukhuwwah itu adalah anugerah Allah buat kita...^^

BalQis mengatakan...

Wah, berpayung berdua di dalam hujan! Alangkah ukhuwah yang dibina! Maksud saya, perkenalan yang unik. Apa pun, sahabat datang dan pergi, harap yang tinggal dan tetap bersama adalah yang baik-baik dan memberi pengaruh baik juga kepada kita...

InsyaAllah....
tentu seronok belajar di Indonesia, kan! Budaya dan tutur kata hampir sama dengan kita!

Oh, ya...
Salam Aidiladha buat kamu di Indonesia. Bagaimana sambutan di sana ya? serupa Malaysia?

hana mengatakan...

DAMAI..
Yup..setuju..anugerah terindah dari Allah untuk kita saling kasih mengasihi =)

Balqis...
Saya faham.Itulah,unik sungguh perkenalan itu.Dalam hujan pulak hehe.
belajar di mana2 pun,bagi saya same je..terpulang pada kita yang menilai dan mencorakkan kehidupan di sini.Nampak mcm best,tapi saya juga punya kenangan pahit di sini.Namun,kenangan pahit itu jika dilihat dari sudut positifnya..InsyaAllah ia akan membuat kita bersyukur.

Salam Aidiladha buat kamu di Ukraine juga.Sambutan di sini hampir same.itu semasa tahun pertama saya di sini.Tahun ke2 saya pulang ke msia.Tahun ke3 ni,saya di sini.Mungkin agak meriah..kerana adanya acara korban dan jamuan makan yang dianjurkan oleh badan agama persatuan pelajar msia di Indonesia.
Jika punya waktu,akan saya ceritakan ..

salam

نورحانيسه mengatakan...

Ukhwah seperti untaian tasbih. Sungguh indah jika hubungan dibina hanya kerana Allah. Syukran ani sbb sudi berkwn dgn nisah yang byk kelemahan ni.

hana mengatakan...

NurHanisah..
Syukran kerana nisahlah orang yg banyak bagi semangat pada ani untuk menulis.
Setiap manusia itu tidak sempurna.saya juga begitu,saya juga punya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
bak kata kawan study gp kita yang menulis ucapannya di buku saya(hadiah hari lahir ke 20)

"nobody perfect but someone can be better"

we can change for a better person,InsyaAllah.

ukhuwwah fillah abadan abada

As mengatakan...

senyum dengan semua yang terjumpa, kan indah :)

huhu

hana mengatakan...

Dan ingin sekali saya melihat diri awak yang tabah ini tersenyum..Membangkitkan semangat saya!

huhu..=)

ABU LUQMAN mengatakan...

Salam sejahtera dan salam eidul Adha

Info yang menarik dan bermaklumat
Persahabatan yang diasaskan atas dasar iman dan taqwa akan melahirkan kemesraan, kemanisan serta kesefahaman yang hakiki dan sejati.

hana mengatakan...

Salam kembali dan salam eidul adha 1429H.

terima kasih untuk komen dan ziarah.