Kamis, Desember 25

Susu Ibu,Hadiah hari lahir dan aku

maaf atas catatan yang panjang lebar.
Dan maaf,jika entri ini membosankan.Aku tak pandai bercerita.

Salam.

Terlebih dahulu,maaf jika entri kali ini tidak berkait dengan ulasan tentang ANTIBIOTIC.Fikiranku kosong,tidak tahu mahu bermula di mana.Lantas tanganku lebih ligat menaip isi kejadian semalam,24 Disember 2008.

Kebiasaanku mendengar dengan teliti setiap percakapan keluargaku,sahabatku dan juga doktorku.Jika menarik,akan kucatatkan di diari,namun aku jadi malas mengangkat pena.Tulisan akan sangat 'doktor'.Jadi aku catatkan di sini.Tulisan sama,cantik pulak tu.

Pengajar aku sewaktu skill lab semalam adalah Dr Henhen.Aku suka dia,banyak nasihat.Pengajaran dia sangat senang,mudah difahami olehku.Semalam,skill lab kami adalah bagaimana mengajar ibu-ibu untuk menyusui anak mereka.Nampak senang,namun masih banyak ibu-ibu yang tidak tahu.

Apa kebaikan susu ibu?

Salah satunya adalah percuma.Lantas apa peri pentingnya percuma ini?Tidak membazir dan ini sangat menjimatkan kos sara hidup keluarga.Ini juga bukan sahaja menjimatkan wang ayah,ibu tapi juga negara!Kenapa?Kerana megikut kajian kadar kanak-kanak yang mengalami masalah cirit-birit adalah kurang untuk bayi yang menyusu dengan susu ibu berbanding bayi yang diberikan susu formula.Lantas,kadar pengubatan untuk cirit-birit juga kurang (terutamanya untuk ubat cirit-birit).

Kedua,susu ibu mempunyai dapat mengurangkan risiko penyakit kuning...kerana sifat susu ibu yang purgative iaitu membantu membuang meconium (tahi yang keluar seawal kelahiran).Lantas,dengan membantu pengeluaran meconium,ia akan mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat penyakit kuning.Namun,polisi yang tidak membenarkan ibu-ibu menyusui anak-anak seawal kelahiran menyebabkan kadar penyakit kuning meningkat.Ini bahagian yang paling best.Akhirnya,ibu bapa terpaksa membayar lebih untuk rawatan tambahan iaitu rawatan penyakit kuning untuk si anak (phototherapy).Kenapa best?Di sinilah etika kita.Jika kamu doktor yang mengerti,pasti kamu akan membenarkan ibu-ibu menyusui anak-anak.Namun,jika kamu doktor yang gilakan wang,pasti kamu akan membiarkan sahaja.Sehingga bayi mendapat penyakit kuning,kamu hanya mencadangkan rawatan tambahan.Untungnya,kamu juga mendapat wang hasil rawatan tambahan.Ini yang berlaku di sekian banyak tempat di Indonesia.

"Jangan jadi begitu" kata doktor Henhen.

Nampak tidak ada kaitan.Tapi dr aku menegaskan perbuatan tersebut seperti menerima rasuah,cuma dengan cara yang halus.Aku terpaku.Sampai begitu sekali telitinya dr aku dalam mendefinisikan sebuah pendapatan.Takut jika pendapatan yang diperoleh adalah bersumber dari yang haram.


Apa tugas suami?

Memasak?Ya.
Membasuh baju?Ya.
Bekerja?Ya.

Lantas apa tugas isteri?
Taat.Itu sahaja.Jika suami suruh memasak,kamu kena taat.Jadi,kamu kena memasak.
Perbualan semakin best.

Di tengah keadaan Indonesia yang sebegini,doktor aku berkata banyak ibu bapa yang terpaksa menghalalkan pelbagai cara demi anak-anak.Salah anak-anakkah jika ibu bapa menerima rasuah demi membiayai pelajaran anak-anak?Ya,bukan salah anak-anak.Namun hasilnya dari yang haram.Masih lagi sama.Pasti akan ada yang tidak kena.Jika berjaya,mungkin hanya menjadi pengedar dadah,atau ya jika menjadi doktor,jadi doktor gila duit,tidak beretika.Nauzubillah,mintak dijauhkan.

Lantas syurga itu di bawah tapak kaki ibu,namun neraka juga di bawah tapak kaki ibu jika ibu mengajarkan anak-anak sesuatu yang salah.Bermulalah dengan memberi makanan yang baik-baik untuk anak.Jangan memandang ringan soal halal dan haram,boleh jadi ibu melahirkan tuan pula.Oleh itu,susu ibu adalah yang terbaik.Percuma.Halal.Mengeratkan hubungan ibu dan anak.Dan mengurangkan risiko terkena jangkitan kerana susu ibu mengandungi antibodi untuk melawan penyakit.

Kami selesai jam 12.15 tengahari.

Selesai lab mikrobiologi dan parasitologi jam 3.30 petang.Ramai pelajar yang baru selesai kuliah dan juga tutorial.Sesuatu terjadi...

Apa perasaan kamu jika hadiah hari lahir kamu ialah...

Kamu dilontar ke dalam kolam.
Kolam yang penuh lumut-lumut.
Hijau pekat.
Kotor.
Bau busuk.
Tempat sekumpulan katak-katak.
Baju kamu basah.
Muka kamu dirakam.
Baju berbau busuk.Kotor. (rendam seminggu belum tentu hilang baunya)

Apa kamu buat?
Jangan dibuat padaku.Aku tidak terbuka sebegitu.

Selamat hari lahir buat
Gadis bilik bernombor 5,pondokan putri helvida,jalan caringin,jatinangor,bandung.
Mahu kami hadiahkan kamu apa ya?
Seperti di atas?

Kenapa aku menulis hal-hal di atas?
Sekadar sesuatu yang ingin aku bawa sepanjang aku hidup.
Dr Henhen membuatkan aku mengulang persoalan yang sama

Kenapa nak jadi doktor?
Doktor jenis apakah yang akan kamu jadi?
Layakkah aku dengan ilmu seciput ni?

Dan tradisi menghadiahkan teman kamu sesuatu yang sangat tak romantis,membuatkan aku sedar.
Dan sesusah mana pun perubatan ni,pasti kamu masih punya waktu untuk teman-teman kamu.Pasti kamu punya waktu untuk segala kerja 'gila' yang ingin kamu lakukan.

malah,masih tidak terlambat untuk secawan teh (aku suka teh,tak suka kopi)





10 komentar:

نورحانيسه mengatakan...

Salam ziarah ani. Subhanallah. Pelajaran skills lab dan case untuk minggu ini sgt bermakna. Susu ibu ciptaan Allah tdk dpt ditandingi oleh produk susu di pasaran mane sekalipon. Syukur kerana kita dibesarkan dengan susu ibu.

hana mengatakan...

Salam kembali.
Terima kasih untuk komen nisah.Entri ni panjang dan membosankan,saya tak expect ramai yang baca.Ini cuma catatan saya je.Tapi terima kasih kerana sudi membaca.Ye,tidak ade yang dapat menandingi keistimewaan susu ibu.Jadi,buat bakal ibu jangan malas menyusu ye!hehe

BalQis mengatakan...

Saya telah pun habis membaca entri kamu. Tidak perlu pandai bercerita untuk menyampaikan, cukup kalau kamu dapat memahamkan. (^_^)

Pensyarah kamu memang seorang yang bagus dan fikirannya jauh. Benar seperti apa yang dikatanya. Tetapi, polisi manakah yang tidak membenarkan ibu menyusukan anak selepas lahir? Kejam. Saya kata begitu kerana belajar di Ukraine, anak itu paling utama, usai keluar dari perut ibu, dengan segala hanyir darah dan kebasahan, terus diletakkan anak di atas perut ibu, lantas diberi susu. (tentulah selepas memastikan anak itu telah memberi respon-menangis). Doktor apakah itu? Haish, moga saya tidak menjadi seperti mereka2 yang pensyarah kamu sebutkan.

Tugas suami?
Ya, sewaktu di ting. 3, guru tuisyen saya (seorang lelaki, ya!) berapa kali entah dia menegaskan, suami harus bantu isteri di dapur, yang harus memasak sebenarnya adalah suami. (Saya lupa sumber mana yang dipetiknya, tetapi seingat saya begitulah). Tetapi isteri juga haruslah taat sama, hehe...

Anak itu bukankah sehelai kain putih? Mahu letak corak apa, ikut seni mana, ibu dan bapalah yang melukisnya!

Hai, saya juga tidak mahu dibaling ke dalam kolam busuk berlumut hijau. Tidak!!!!

Percaya atau tidak, kerana kamu belajar 'medic' lah maka kamu boleh jadi 'gila' sebegitu! =)

Saya juga suka teh dari kopi, tetapi kata mereka (orang2 yang suka lepak di kedai kopi, mungkin) bahawa minuman kopi itu lambang persahabatan. Saya tidak tahu...

Apa pun, semoga kamu tabah hadapi liku-liku di Indonesia, sana!!

Binnajah wattaufik!

Fakhzan Marwan mengatakan...

Salams,

Sangat best entri ini, akak suka, especially kamu kadang2 menulisnya dalam lenggok bahasa indon, best best best....kamu belajar dalam malay kah?

iya, banyak kali jua akak dengar susu ibu paling best, tiada tandingan, tapi ni 1st time i heard that there is a policy that disallowed new mothers to brestfeed.

Kamu beruntung mendapat pensayarah a.k.a doc yang mengajar ilmu akhirat disamping ilmu dunia...alangkah bertuahnya! moga2 akak pon dapat jadi seprti beliau...insyaAllah...:D

hana mengatakan...

Salam Balqis =)
Kamu memang pemngomentar no1 saya.Terima kasih.

Sesetengah hospital di Indonesia mengamalkan polisi sebegitu.Sebab itu dr saya berkata adalah lebih baik selepas 2 hari bersalin,ibu-ibu keluar hospital.Senang untuk menyusu anak.Lagipun kadar bayaran untuk hospitalization sangat mahal,namun kerana ingin mengaut keuntungan,ada yang sanggup bertindak sedemikian,tidak membenarkan ibu menyusui anaknya.ye,memang kejam.Namun,saya lihat fenomena penyakit kuning ni tak hanya meningkat di Indonesia,malah di Malaysia.Saya tak tau kenapa.

Itulah kata dr saya.Saya pun tak tau mane sebenarnye,hanya mencatat apa yang dikata.Yup,dia sangat befikiran jauh,serius kadang2 saya pun tak nampak seperti apa yang diucapkannya.Dia membawa kami berfikir outside the box.He's a great thinker.Bakal cardiologist.

Ye,saya juga tidak mahu.Kenapa disusahkan diri.Saya rela tiada hadiah birthday dari dilontar ke kolam.

Budak medik memang gile2..namun pemerhatian saya,budak medik indonesia lagi gile!mereka sangat terbuka,jangan tak percaya jika mereka sanggup melalak di hadapan orang ramai hanya untuk merayakan hari kelahiran mereka.

kopi,teh sume pelengkap hari.Tanda persahatan bagi saya tidak diukur pada minuman tapi pada penghargaan.nilai kasih dan sayang.spt kamu yang mengenali saya hanya melalui catatan sya,spt saya mengenali kamu hanya melalui catatan kamu,namun kita masih mampu berkomentar panjang lebar.What a great ukhuwwah.

Terima kasih atas kata2 semangat kamu.InsyaAllah,saya akan bertabah,bukan demi saya tapi demi Allah,Rasul dan ummah.

hana mengatakan...

Wsalam kak Fakhzan =)

Terima kasih atas pujian,segala puji selayaknya dikembalikan kepada Allah yang memberi ilham saya menulis sebegini.Di sini saya belajar dalam english,namun saya pembaca novel,buku2 ilmiah,blog2 indonesia juga.Jadi banyak juga bahasanya yang saya pelajari dan hayati.Lagipun gaya penulisan penulis indonesia lebih puitis berbanding malaysia,salah satu sebab saya suka membaca buku2 indonesia.

ini yang diberitahu dr saya.Ada polisi sebegitu di Indonesia,bukan tidak membenarkan ibu2 menyusu anak2,namun sepanjang berada di hospital je ibu2 tidak dibenarkan menyusu anak2.Tapi jika di rumah,ye silakan ibu2 menyusui ank2 mereka.oleh itu,kata dr saya adalah lebih baik jika kita pulang ke rumah seawal 2 hari selepas bersalin,bagi menyusui anak2.

InsyaAllah kak,Akak pun boleh.Semoga akak menjadi seorang pensyarah yang berjaya di dunia dan di akhirat :D

Lailyvia Mohd Ishak mengatakan...

salam ani.. aku suke! aku suke! aku suke entry ni! ahaha..

hana mengatakan...

wslm..
hahaha..ko suke?
Alhamdulillah.Ade gak yg baca ..
ko suke,aku senang dowh...
terima kasih untuk komen ye.

DAMAI mengatakan...

salam ukhuwwah dan salam maalhijrah dari saya yang mmbaca buat kamu yang menulis...^^

entri ini entri yang bagus..jgn terlalu merendah diri ya ^^

teruskan berkarya...insyaAllah memberi manfaat buat yang membaca ^^

hana mengatakan...

Salam ukhuwwah dan salam maalhijrah juga dari saya.

terima kasih atas komen.
dan terima kasih atas kata2 semangat.

InsyaAllah,akan saya teruskan :D