Minggu, Desember 7

My 2 rupiah

Salam...

Sudah lama aku menyepi membicarakan isu-isu semasa terutamanya isu politik.Jangan ditanya pada aku,aku sememangnya jahil tentang politik.Cuma ambil tahu je.Takleh tak peduli plak.
Sebenarnya aku terbaca satu artikel yang agak menarik perhatian aku.Nak kongsi je.

Pilihanraya presiden Amerika dah pun berakhir bulan lepas.Tahun depan,Indonesia pula yang akan mengadakan pilihanraya presiden.Dan salah satu parti yang bertanding adalah Partai Keadilan Sejahtera (PKS).Kalau ditanya bagaimana PKS ni..seorang sahabat aku menyatakan ala-ala PAS di Malaysia.

Banyak pihak mengingatkan bahawa kemenangan PKS di Jawa Barat bukan akhir perjuangan.Itu sangat benar.Sebab kemenangan itu justeru awal pekerjaan.Sebab sesudah itu segalanya akan dimulai.Sebab setelah itu adalah bagaimana merealisasikan janji-janji.Bahawa mengurus masyarakat itu tidak mudah,itu adalah norma yang disepakati bahkan menjadi common sense buat kita semua.Tapi memberi contoh yang baik ketika menang atau kalah merupakan sikap yang sangat terpuji,di tengah ketandusan keteladanan dari para petarung politik di negeri ini.
Di Jakarta kita belajar dari PKS tentang bagaimana berbesar hati ketika kalah.Di Jawa Barat kita belajar dari PKS tentang bagaimana merendah diri ketika menang.
Majalah Tarbawi bulan Mei

Aku tak tahu macam mana proses pilihanraya di sini.Jangan tanya k.
Macam mana pembangkang dan kerajaan kita di Malaysia menerima kekalahan dan kemenangan?


Nak kongsi satu lagi serpihan artikel

Bila pemerintah menganggap setiap kritik adalah suatu oposisi yang mengganggu,aparat kebaikan menganggap potensi kebaikan sebagai bibit subversif,umat Islam menganggap segala yang datang dari orang lain harus ditolak,masyarakat selalu apartis kepada segala harapan,maka mimpi tentang Indonesia masa depan akan mati sebelum lahir.
Majalah Tarbawi bulan Disember

Faham ke?Aku tak boleh nak alih bahasa yang ni.Siapa yang boleh..silakan..amat dialu-alukan.
Apa tu subversif,apartis,aparat?hurmm...tapi harapnya dapatla mesej yang nak disampaikan.
Bagi aku,hal ini juga terjadi di Malaysia.Jika yang datang dari kerajaan ditolak mentah-mentah oleh pembangkang,yang datang dari pembangkang dikritik habis-habis oleh kerajaan,apabila Islam itu dirasakan terlalu eksklusif sehingga mereka yang bukan ahli tidak layak untuk bersuara..impian Malaysia maju juga akan berakhir.My 2 rupiah je(aku yang cetek ilmu)

Salam AidilAdha 1429H

p/s:Cuti sekarang ni,bolehla mengupdate.Lepas ni,belum tentu boleh lepak-lepak kat blog orang.Tadi aku dan sahabat2 berlari-lari ke masjid.BEST!

5 komentar:

Farhan mengatakan...

salam.
setahu sy ramai org yg membandingkan PKS degan PKR.bukan dgn PAS.mungkin cik hana di indonesia lbh arif mengenainya..sy pun dgr dr mulut2 orang je..bkn dpt dr pembacaan buku or kajian mana2 uni

btw, point yg sama dlm second qoute tu ada di sentuh obama dlm buku audacity oh hope..sama juga situasinya di house of congress di sini..sukar utk mencapai kata sepakat utk buat resolusi

hana mengatakan...

Wslm..
Owh..tak tahu la plak saya..mungkin PKS ni ada jugak perjuangan ala-ala PKR..
tapi yang saya tahu piagam PKS itu sendiri yang ingin menjadikan politik sebagai satu wahana dakwah. visi diorang pun lebih menekankan Islam sbg cth # Partai da'wah yang memperjuangkan Islam sebagai solusi dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.
# Kekuatan transformatif dari nilai dan ajaran Islam di dalam proses pembangunan kembali umat dan bangsa di berbagai bidang.

ade lagi tapi main thing..nampak macam pas..tekankan Islam dalam perjuangan.
dan kalau ad yg mengatakan mcm PKR..maybe ad gak kot..Tapi saya tak tahu.

Rasanye Indonesia ni mcm US..ada presiden..ngr republik..kalau kat sini pun same gak..lebih-lebih lagi negara ni terkenal dengan kes rasuah..asal ad duit,semua jalan.

Salah satu misi PKS,nak menghapuskan rasuah.Tak ramai orang bleh bersuara lantang tentang hal rasuah ni,hal ni dah mendarah daging hingga ke orang awam.susah sangat nk ubah.


my 2 cents

Anonim mengatakan...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dont Bother With Sluggish Downloads With NZB Files You Can Swiftly Search Movies, PC Games, MP3 Albums, Applications & Download Them at Alarming Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB[/B][/URL]

hikmah kembara mengatakan...

salam ziarah..... :)

madziani mengatakan...

salam buat kamu,

really enjoy ur blog.
nice poems.

thanks for the ziarah