Kamis, Desember 18

Kampungku

Salam.

Tadi abangku menelefonku.Kalau abang ngahku yang telefon,mesti dia tengah sangat bosan di rumah dan sedang merindui adiknya yang satu ni..hehehe.
Dan seperti yang pernah aku khabarkan dahulu,jika berbual dengan abangku,mesti sangat lama.Aku berbual dengannya hampir 30 minit(bagi korang ini sekejap ke?).Dahla dia yang kena bayar.Aku nak letak,dia cakap tak payah.So,layan ja walhal aku baru je topup tadi semata-mata nak telefon rumah.

Banyak benar yang kami bualkan

Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah perihal abangku,ayahku dan orang-orang kampung menjadi pegawai keselamatan demi menjaga keselamatan kampung.Malam ni giliran ayahku,abangku dan 2 lagi warga kampungku berjaga dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 4 pagi.Di sepanjang jalan kampung aku,ada beberapa pos keselamatan,ayah dan abangku di warung kopi depan rumah aku je(Aku lupa nama warung tu,yela aku tak pernah tinggal kat rumah tu,manela aku tau)
Dan yang lebih menariknya,setiap orang akan bertugas seminggu sekali.Kira ada jadual la tuk tugasan yang tak mendapat bayaran ni.

Kenapa ada pos keselamatan?

Kenapa kena jadi pegawai keselamatan?

Aku juga terkejut.Seumur hidup aku tak pernahla plak aku jumpa aktiviti macam ni.Aku tak tahula kalau di kampung-kampung lain di seluruh Malaysia buat aktiviti ni.Kompak tu!Tabik pada mana-mana kampung yang masih melakukan hal ini.

Sejak akhir-akhir ni kes kecurian di Kuala Krai (tempat bermain,belajar,jatuh,bangun aku) mula meningkat.Ramai sudah yang menjadi mangsa.Dari cerita abang aku,mangsa-mangsa tidakla mengalami kerugian besar,cuma berpuluh atau beratus ringgit serta sedikit barang kemas yang dicuri.Namun,hal ini sangat merunsingkan warga kampung(ekonomi pun tak stabil mane,hilang duit sket pun dah sesak nafas what).Oleh itu,demi menjaga keselamatan kampung,warga kampung dikerahkan untuk berjaga di beberapa warung kopi a.k.a pos keselamatan untuk meninjau serta mengenalpasti jika ada aktiviti yang mencurigakan.Alhamdulillah,setakat ini sudah 2 kes kecurian berjaya diselesaikan.Syabas kepada warga Batu Balai!

Tanpa sikap prihatin masyarakat,bagi aku takde orang nak cadangkan benda ni.
Tanpa kerjasama warga kampung,bagi aku benda ni takkan berjalan dengan baik.
Tanpa pengorbanan,bagi aku takde orang yang sanggup berjaga malam.
Tapi demi keselamatan bersama..semua orang memainkan peranan mereka.

Ramai berkata sikap peduli,semangat kejiranan telah terhakis saban hari.Sikap individualistik telah menebal dikalangan warga Malaysia.Ya,aku setuju namun jauh di pelusuk semenanjung Malaysia,di pedalaman Kelantan masih ada semangat kejiranan yang menebal.Sikap peduli serta
saling bantu -membantu sesama kita.

“None of you will truly believe until you love for your brother what you love for yourself”. (narrated by Bukhari)

kampung korang mesti lagi best kan?
wallahu a'lam

p/s:maaf kerana menggunakan terlalu banyak bahasa pasar.

4 komentar:

BalQis mengatakan...

Wah, membaca entri ini teringat sewaktu saya belajar di sekolah rendah dahulu. Kan ada dalam buku tentang rukun tetangga, dan semangat kejiranan? Kan? kan? Dulu, saya memang agak kurang percaya wujudnya aktiviti seperti ini. Iyalah tidak tengok dengan mata kepala sendiri. Cuma baca dalam buku sahaja. Bila baca entri ini, huhu... baguslah, maish belum terhakis apa yang saya belajar dahulu. Bagus2!!

Kampung saya best jugak!!! hehe...

Farhan mengatakan...

bkn saja di pedalaman kelantan, tp juga di pedalaman teganu. tp utk org mcm saya ni susah skit ah nak kekalkan.blk kg pun sekali sekala. org kg pun ramai sy x kenal.

but still, my village is the best place in this world.

hana mengatakan...

Balqis =)
Yup..mase kecik2 dulu belajar je,tak pernah nak praktis,lagipun mase dulu tak nampak ape kejadahnya sikap saling tolong-menolong ni..masih kanak-kanak..
Sekarang dah nampak kepentingan hidup berjiran dan rukun tetangga.Alhamdulillah..masih ada lagi yang mengamalkannya.
Ye..semua kampung best!!
Kampung memang tak sama dengan bandar..no offense to budak bandar ye.

hana mengatakan...

Farhan:
Ye..setuju sangat..penduduk kat pedalaman biasanye lebih bermuafakat,tak kirela kat mane2 pun.Saya pun same,ayah saye baru je pindah,tak pernah tinggal pun kat situ sebenarnya,walaupun setiap kali telefon mesti ayah saya bagitau betapa bestnye tggl kat situ.Org kg pun saya tak kenal sgt,namun itu bukan alasan,kalau mahu seribu daya kn?Lagipun bestla cakap ngan pakcik n makcik,diorg banyak petua,byk nasihat maklumla org dah lame kenal dunia.
Kampung saya juga best.