Kamis, Desember 25

Susu Ibu,Hadiah hari lahir dan aku

maaf atas catatan yang panjang lebar.
Dan maaf,jika entri ini membosankan.Aku tak pandai bercerita.

Salam.

Terlebih dahulu,maaf jika entri kali ini tidak berkait dengan ulasan tentang ANTIBIOTIC.Fikiranku kosong,tidak tahu mahu bermula di mana.Lantas tanganku lebih ligat menaip isi kejadian semalam,24 Disember 2008.

Kebiasaanku mendengar dengan teliti setiap percakapan keluargaku,sahabatku dan juga doktorku.Jika menarik,akan kucatatkan di diari,namun aku jadi malas mengangkat pena.Tulisan akan sangat 'doktor'.Jadi aku catatkan di sini.Tulisan sama,cantik pulak tu.

Pengajar aku sewaktu skill lab semalam adalah Dr Henhen.Aku suka dia,banyak nasihat.Pengajaran dia sangat senang,mudah difahami olehku.Semalam,skill lab kami adalah bagaimana mengajar ibu-ibu untuk menyusui anak mereka.Nampak senang,namun masih banyak ibu-ibu yang tidak tahu.

Apa kebaikan susu ibu?

Salah satunya adalah percuma.Lantas apa peri pentingnya percuma ini?Tidak membazir dan ini sangat menjimatkan kos sara hidup keluarga.Ini juga bukan sahaja menjimatkan wang ayah,ibu tapi juga negara!Kenapa?Kerana megikut kajian kadar kanak-kanak yang mengalami masalah cirit-birit adalah kurang untuk bayi yang menyusu dengan susu ibu berbanding bayi yang diberikan susu formula.Lantas,kadar pengubatan untuk cirit-birit juga kurang (terutamanya untuk ubat cirit-birit).

Kedua,susu ibu mempunyai dapat mengurangkan risiko penyakit kuning...kerana sifat susu ibu yang purgative iaitu membantu membuang meconium (tahi yang keluar seawal kelahiran).Lantas,dengan membantu pengeluaran meconium,ia akan mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat penyakit kuning.Namun,polisi yang tidak membenarkan ibu-ibu menyusui anak-anak seawal kelahiran menyebabkan kadar penyakit kuning meningkat.Ini bahagian yang paling best.Akhirnya,ibu bapa terpaksa membayar lebih untuk rawatan tambahan iaitu rawatan penyakit kuning untuk si anak (phototherapy).Kenapa best?Di sinilah etika kita.Jika kamu doktor yang mengerti,pasti kamu akan membenarkan ibu-ibu menyusui anak-anak.Namun,jika kamu doktor yang gilakan wang,pasti kamu akan membiarkan sahaja.Sehingga bayi mendapat penyakit kuning,kamu hanya mencadangkan rawatan tambahan.Untungnya,kamu juga mendapat wang hasil rawatan tambahan.Ini yang berlaku di sekian banyak tempat di Indonesia.

"Jangan jadi begitu" kata doktor Henhen.

Nampak tidak ada kaitan.Tapi dr aku menegaskan perbuatan tersebut seperti menerima rasuah,cuma dengan cara yang halus.Aku terpaku.Sampai begitu sekali telitinya dr aku dalam mendefinisikan sebuah pendapatan.Takut jika pendapatan yang diperoleh adalah bersumber dari yang haram.


Apa tugas suami?

Memasak?Ya.
Membasuh baju?Ya.
Bekerja?Ya.

Lantas apa tugas isteri?
Taat.Itu sahaja.Jika suami suruh memasak,kamu kena taat.Jadi,kamu kena memasak.
Perbualan semakin best.

Di tengah keadaan Indonesia yang sebegini,doktor aku berkata banyak ibu bapa yang terpaksa menghalalkan pelbagai cara demi anak-anak.Salah anak-anakkah jika ibu bapa menerima rasuah demi membiayai pelajaran anak-anak?Ya,bukan salah anak-anak.Namun hasilnya dari yang haram.Masih lagi sama.Pasti akan ada yang tidak kena.Jika berjaya,mungkin hanya menjadi pengedar dadah,atau ya jika menjadi doktor,jadi doktor gila duit,tidak beretika.Nauzubillah,mintak dijauhkan.

Lantas syurga itu di bawah tapak kaki ibu,namun neraka juga di bawah tapak kaki ibu jika ibu mengajarkan anak-anak sesuatu yang salah.Bermulalah dengan memberi makanan yang baik-baik untuk anak.Jangan memandang ringan soal halal dan haram,boleh jadi ibu melahirkan tuan pula.Oleh itu,susu ibu adalah yang terbaik.Percuma.Halal.Mengeratkan hubungan ibu dan anak.Dan mengurangkan risiko terkena jangkitan kerana susu ibu mengandungi antibodi untuk melawan penyakit.

Kami selesai jam 12.15 tengahari.

Selesai lab mikrobiologi dan parasitologi jam 3.30 petang.Ramai pelajar yang baru selesai kuliah dan juga tutorial.Sesuatu terjadi...

Apa perasaan kamu jika hadiah hari lahir kamu ialah...

Kamu dilontar ke dalam kolam.
Kolam yang penuh lumut-lumut.
Hijau pekat.
Kotor.
Bau busuk.
Tempat sekumpulan katak-katak.
Baju kamu basah.
Muka kamu dirakam.
Baju berbau busuk.Kotor. (rendam seminggu belum tentu hilang baunya)

Apa kamu buat?
Jangan dibuat padaku.Aku tidak terbuka sebegitu.

Selamat hari lahir buat
Gadis bilik bernombor 5,pondokan putri helvida,jalan caringin,jatinangor,bandung.
Mahu kami hadiahkan kamu apa ya?
Seperti di atas?

Kenapa aku menulis hal-hal di atas?
Sekadar sesuatu yang ingin aku bawa sepanjang aku hidup.
Dr Henhen membuatkan aku mengulang persoalan yang sama

Kenapa nak jadi doktor?
Doktor jenis apakah yang akan kamu jadi?
Layakkah aku dengan ilmu seciput ni?

Dan tradisi menghadiahkan teman kamu sesuatu yang sangat tak romantis,membuatkan aku sedar.
Dan sesusah mana pun perubatan ni,pasti kamu masih punya waktu untuk teman-teman kamu.Pasti kamu punya waktu untuk segala kerja 'gila' yang ingin kamu lakukan.

malah,masih tidak terlambat untuk secawan teh (aku suka teh,tak suka kopi)





Jumat, Desember 19

ANTIBIOTIC

Salam
Aku keluar selama 3 hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.Akan menyertai seminar di Semarang (jauhnya lebih kurang 8jam dari sini).Seminar ANTIBIOTIC -Annual Training for Better Organization and Islamic Health Conference.Aku tak tahu camne diorang boleh dapat idea nak singkatkan jadi ANTIBIOTIC ni.
Jika punya waktu akan kutulis di blog.Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali.



No matter how much we consider the future
No one can see the truth
Something is blocking my blank mind
It's just a mistake that I've been repeating
Sorry for everything.

Kamis, Desember 18

Kampungku

Salam.

Tadi abangku menelefonku.Kalau abang ngahku yang telefon,mesti dia tengah sangat bosan di rumah dan sedang merindui adiknya yang satu ni..hehehe.
Dan seperti yang pernah aku khabarkan dahulu,jika berbual dengan abangku,mesti sangat lama.Aku berbual dengannya hampir 30 minit(bagi korang ini sekejap ke?).Dahla dia yang kena bayar.Aku nak letak,dia cakap tak payah.So,layan ja walhal aku baru je topup tadi semata-mata nak telefon rumah.

Banyak benar yang kami bualkan

Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah perihal abangku,ayahku dan orang-orang kampung menjadi pegawai keselamatan demi menjaga keselamatan kampung.Malam ni giliran ayahku,abangku dan 2 lagi warga kampungku berjaga dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 4 pagi.Di sepanjang jalan kampung aku,ada beberapa pos keselamatan,ayah dan abangku di warung kopi depan rumah aku je(Aku lupa nama warung tu,yela aku tak pernah tinggal kat rumah tu,manela aku tau)
Dan yang lebih menariknya,setiap orang akan bertugas seminggu sekali.Kira ada jadual la tuk tugasan yang tak mendapat bayaran ni.

Kenapa ada pos keselamatan?

Kenapa kena jadi pegawai keselamatan?

Aku juga terkejut.Seumur hidup aku tak pernahla plak aku jumpa aktiviti macam ni.Aku tak tahula kalau di kampung-kampung lain di seluruh Malaysia buat aktiviti ni.Kompak tu!Tabik pada mana-mana kampung yang masih melakukan hal ini.

Sejak akhir-akhir ni kes kecurian di Kuala Krai (tempat bermain,belajar,jatuh,bangun aku) mula meningkat.Ramai sudah yang menjadi mangsa.Dari cerita abang aku,mangsa-mangsa tidakla mengalami kerugian besar,cuma berpuluh atau beratus ringgit serta sedikit barang kemas yang dicuri.Namun,hal ini sangat merunsingkan warga kampung(ekonomi pun tak stabil mane,hilang duit sket pun dah sesak nafas what).Oleh itu,demi menjaga keselamatan kampung,warga kampung dikerahkan untuk berjaga di beberapa warung kopi a.k.a pos keselamatan untuk meninjau serta mengenalpasti jika ada aktiviti yang mencurigakan.Alhamdulillah,setakat ini sudah 2 kes kecurian berjaya diselesaikan.Syabas kepada warga Batu Balai!

Tanpa sikap prihatin masyarakat,bagi aku takde orang nak cadangkan benda ni.
Tanpa kerjasama warga kampung,bagi aku benda ni takkan berjalan dengan baik.
Tanpa pengorbanan,bagi aku takde orang yang sanggup berjaga malam.
Tapi demi keselamatan bersama..semua orang memainkan peranan mereka.

Ramai berkata sikap peduli,semangat kejiranan telah terhakis saban hari.Sikap individualistik telah menebal dikalangan warga Malaysia.Ya,aku setuju namun jauh di pelusuk semenanjung Malaysia,di pedalaman Kelantan masih ada semangat kejiranan yang menebal.Sikap peduli serta
saling bantu -membantu sesama kita.

“None of you will truly believe until you love for your brother what you love for yourself”. (narrated by Bukhari)

kampung korang mesti lagi best kan?
wallahu a'lam

p/s:maaf kerana menggunakan terlalu banyak bahasa pasar.

Sabtu, Desember 13

Mereka di sana...

Salam.

Sudah beberapa hari aku menyepi dari entri terbaru.Bukan sibuk,aku yang mempunyai masalah takde mood nak menulis.Beberapa minggu yang lepas,aku ke rumah sahabatku,Aimi.Lama tidak bertemu dengannya.Masing-masing sibuk dengan tugasan.Aku ke sana bersama Iqa dan Mieza.Aku paling suka berbual dengan sahabat-sahabatku..kerana perbualan kami sangat luas bak kata sahabatku,Nurul perbualan kita diverse.Sudah lama aku tak berbual seperti ini sebenarnya.Terakhir kali adalah di rumah Aimi.Kami berbual tentang banyak hal dari hal kami-kami,sahabat lain sehingga dunia perubatan dan masalah ummah.

"Camne Bosnia skang ye?" Tanya Aimi.

Kami kehilangan kata.Terdiam sekejap.

"A'ah la..maybe dah ok kot" jawab sahabatku.

Sesungguhnya masih banyak lagi kami perlu peduli.Hakikatnya,aku juga masih kabur tentang duduk perkara sebenar tentang perang Bosnia ni.Banyak lagi yang kena baca.Ayah sahabat aku merupakan seorang tentera yang pernah dihantar ke Bosnia.Tapi katanya sekejap je,sebab tentera pengaman sentiasa menjadi sasaran..jadi kerajaan Malaysia memanggil mereka pulang demi keselamatan mereka.Keesokannya,sedang aku melayari internet aku terjumpa blog ni.

http://srebrenica-genocide.blogspot.com.

Blog ni merupakan fakta tentang perang Bosnia dan berita terbaru dan bukannya tentang pendapat si pemilik blog.Di blognya juga terdapat beberapa lagi ahli blog yang peduli tentang peristiwa perang Bosnia ni.Jika ada waktu,luangkan masa anda ke blog ni.Dan blog ini tidaklah menunjukkan gambar-gambar yang keterlaluan.Satu blog yang aku kira memberi penjelasan yang jelas tentang duduk perkara sebenar tentang perang Bosnia dan pembunuhan besar-besaran Muslim pada 7/11/1995.

Betapa banyak yang perlu kita peduli.Masalah ummah terutamanya.Tak salah untuk kita bersuka ria,tapi jangan pernah melupakan mereka di luar sana.Peristiwa Ambon yang berlaku di Indonesia,Perang Bosnia,Iraq,Afghanistan dan Palestin.Terlalu pincang umat Islam hari ini.

Dari Tsauban r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan, mengerumuni talam hidangan mereka.

Maka salah seorang bertanya.
Adakah kerana kami sedikit ketika itu?

Nabi s.a.w menjawab"
Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tapi kamu umpama buih di waktu banjir.Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'

Seorang sahabat bertanya,apakah 'wahan' itu ya Rasulullah s.a.w?

Nabi lalu menjawab
Cinta pada dunia dan takut pada mati

hadis riwayat Abu Daud.

Please by D-Clique

(Verse 1 Jawad)
Tried to find the light
Realized aint no light at the end of the tunnel
Took four years for this to be clear
That the war overseas is all about money
Sun don't shine, clouds of dust
Grass aint green, no one to trust
Take this hand don't let it go
My brother hold on
Just a little while
Grow up strong my little child
The future's in your eyes
These tears were meant to ascend into the sky
One billion wishes, ten million cries
One ummah attacked and still alive
This sacrifice, the tears we cry
And this is all I’m asking

(Chorus)
Please
Will you help this cause
Please
Will you help this feeling
Please
Will you stop this war
Please
Will you help my healing
Please
Down on both my knees
Please
Help me find the meaning
Please
Tell me it's not real
Please
Help me lift my spirit

(Verse 2 Akbar)
Down on my knees, will I try to save my people
Bombs flying in the skies, now we running from the evil
Stronger than before so don't think that we're weak
So don't try to hold us down we getting up on our feet
Asleep in the mosque the Quran's in my hand
You gotta get through us before you take this land
Trying your hardest, making schemes and plans
But you never going to break us, united we stand
Push it to the limit, and step off my level
We fighting in the dark with the shadow of the devil
When the lights going to shine there's a score to settle
Take you down real hard with our bones and metal
Now listen to my lyrics as I keep hope alive
Praying for that day we got faith on our side
Power to survive, courage to arise
Take me by the hand and go toward the light now

(Jawad)
Got to hold my breath just to keep thinking bout it
My brothers are fighting their children are crying
The nights stay cold and the day filled with violence
We can't hold our silence, our people are dying

p/s:Kalau dengar lagu diorang,pasti dengar sedikit ucapan Obama.

Minggu, Desember 7

My 2 rupiah

Salam...

Sudah lama aku menyepi membicarakan isu-isu semasa terutamanya isu politik.Jangan ditanya pada aku,aku sememangnya jahil tentang politik.Cuma ambil tahu je.Takleh tak peduli plak.
Sebenarnya aku terbaca satu artikel yang agak menarik perhatian aku.Nak kongsi je.

Pilihanraya presiden Amerika dah pun berakhir bulan lepas.Tahun depan,Indonesia pula yang akan mengadakan pilihanraya presiden.Dan salah satu parti yang bertanding adalah Partai Keadilan Sejahtera (PKS).Kalau ditanya bagaimana PKS ni..seorang sahabat aku menyatakan ala-ala PAS di Malaysia.

Banyak pihak mengingatkan bahawa kemenangan PKS di Jawa Barat bukan akhir perjuangan.Itu sangat benar.Sebab kemenangan itu justeru awal pekerjaan.Sebab sesudah itu segalanya akan dimulai.Sebab setelah itu adalah bagaimana merealisasikan janji-janji.Bahawa mengurus masyarakat itu tidak mudah,itu adalah norma yang disepakati bahkan menjadi common sense buat kita semua.Tapi memberi contoh yang baik ketika menang atau kalah merupakan sikap yang sangat terpuji,di tengah ketandusan keteladanan dari para petarung politik di negeri ini.
Di Jakarta kita belajar dari PKS tentang bagaimana berbesar hati ketika kalah.Di Jawa Barat kita belajar dari PKS tentang bagaimana merendah diri ketika menang.
Majalah Tarbawi bulan Mei

Aku tak tahu macam mana proses pilihanraya di sini.Jangan tanya k.
Macam mana pembangkang dan kerajaan kita di Malaysia menerima kekalahan dan kemenangan?


Nak kongsi satu lagi serpihan artikel

Bila pemerintah menganggap setiap kritik adalah suatu oposisi yang mengganggu,aparat kebaikan menganggap potensi kebaikan sebagai bibit subversif,umat Islam menganggap segala yang datang dari orang lain harus ditolak,masyarakat selalu apartis kepada segala harapan,maka mimpi tentang Indonesia masa depan akan mati sebelum lahir.
Majalah Tarbawi bulan Disember

Faham ke?Aku tak boleh nak alih bahasa yang ni.Siapa yang boleh..silakan..amat dialu-alukan.
Apa tu subversif,apartis,aparat?hurmm...tapi harapnya dapatla mesej yang nak disampaikan.
Bagi aku,hal ini juga terjadi di Malaysia.Jika yang datang dari kerajaan ditolak mentah-mentah oleh pembangkang,yang datang dari pembangkang dikritik habis-habis oleh kerajaan,apabila Islam itu dirasakan terlalu eksklusif sehingga mereka yang bukan ahli tidak layak untuk bersuara..impian Malaysia maju juga akan berakhir.My 2 rupiah je(aku yang cetek ilmu)

Salam AidilAdha 1429H

p/s:Cuti sekarang ni,bolehla mengupdate.Lepas ni,belum tentu boleh lepak-lepak kat blog orang.Tadi aku dan sahabat2 berlari-lari ke masjid.BEST!

Ukhuwah itu dihati

Tika itu,aku sedang berjalan bersama sahabatku ke gerbang UNPAD.Sedang asyik bersembang,aku berselisih pandang pada seorang wanita bertudung labuh.Dia menghadiahkan senyuman manis padaku.Sangat manis,indah sekali..persis wanita Indonesia.Aku membalas senyumannya sekadar mampu.

"Kenal ke?" tanya sahabatku.
"Tak" jawabku ringkas.

Dan benda ini seringkali terjadi,kerana aku belajar untuk menghadiahkan senyuman pada sesiapa yang aku jumpa,soalan utama yang diajukan padaku adalah kenal orang itu?Adakah kita hanya tersenyum untuk mereka yang kita kenal?Bukankah semua muslim itu bersaudara.Aku tak mengenalinya,tapi mereka mengajar aku erti bersaudara sesama Islam.

Suatu hari,aku kebasahan.Hujan turun dengan lebatnya.Aku mengambil keputusan untuk meredah hujan kerana aku tidak solat Asar lagi.Dalam perjalanan,hatiku berdetik,takde ke sesape yang nak tumpangkan aku naik kereta dia (haha,berangan je lebih!).Namun tanpa aku sedari,ada seseorang memayungiku(err..wujud ke kata ni?)Aku menoleh ke belakang.Subhanallah.Seorang wanita bertudung tersenyum manis padaku.

"Jom sama-sama,"kata wanita tersebut.

"Terima kasih," kataku.

Ingin kukatakan di sini,fungsi payung hanyalah untuk menutup kepala.Dan melihat kepada fizikal payung tersebut,aku berani katakan payung ni sebenarnya malu-malu segan(waddahek?).Nak tak nak je melindungi tuan empunya payung.Ditambah aku pula,lagila payung ni malu nak berkhidmat.

Perjalanan dari gerbang UNPAD ke Bale(asramaku ala hotel) hanya mengambil masa kira-kira 5 minit.Namun,sepanjang tempoh berjalan,kami berbual macam sudah lama kenal.Dari kenal nama sampai makanan yang aku suka di sini.Mesra.Indah.Terharu.Semua ada.Perkenalan singkat tapi meninggalkan kenangan terindah dalam hidupku.Aku belajar.Bantulah sesiapa yang kamu mahu meski kamu tidak mengenalinya.Jangan pernah tidak peduli.

Seorang wanita Islam Filipina mengadd aku dalam friendsternya.Kami bermesej tentang banyak hal.Dan kebetulan dia juga seorang pelajar perubatan.Banyakla celotehnya.Aku terharu pada setiap katanya...terutamanya di akhir setiap mesej kami akan dia sertakan kata ini.

"Saya menyayangi kamu sebagai seorang Islam"

Aku terpaku.Aku tidak mengenalinya persis,mengenalinya hanya melalui tulisan-tulisannya sahaja.Ingin kujelaskan di sini,jika sebenarnya aku bersikap hipokrit.Penulisan mampu disemak kembali.Kata-kata yang keluar dari mulut kita tidak mampu ditarik balik.Aku menulis,menyemak dan menghapus penulisan yang tidak enak pada perkiraan aku.Dan jika hanya atau hanya jika dia menilaiku melalui penulisan,ingin kujelaskan aku tidak sama seperti itu.Seringkali dia bersangka baik padaku.Sama persis seperti kakak mentorku.Sangat bersangka baik padaku.Namun indah sekali.Aku belajar untuk bersangka baik.

Mereka semua adalah serpihan dari mozek kehidupanku.Mengajari aku erti bersaudara sesama Islam.Aku ingin mengucapkan sekian banyak terima kasih terhadap kalian semua sahabat mayaku yang tidak mengenali aku tapi menerima aku seadanya.Dan penulisanku sangat tunggang langgang.Ingin kukatakan jika penulisanku sesuatu yang membosankan atau melalaikan,jangan segan untuk berkata.Akanku berhenti menulis(serius ni,tak tipu)Aku tidak mahu mengheret kalian semua ke lembah kelalaian.

Kepada sahabatku semua,kalian anugerah terindah yang pernah aku miliki.Mengajariku erti kompak~







Kamis, Desember 4

Hidangan pencuci hati

Salam.
Minggu lepas aku menghadiri 3 ceramah pada hari yang berbeza.Ingin kuceritakan sedikit apa yang aku dapat dari ceramah pertama yang aku hadiri.

Jihad:Antara hitam dan putih.

Ceramah ini dianjurkan oleh kelab UNIVERSE DKM As-Syifa pada hari Selasa pukul 4petang.Sebenarnya ceramah ini lebih menjurus kepada isu-isu semasa dan yang hangat dibicarakan oleh masyarakat ialah isu pengebom bali yang telah dihukum.Mulanya,aku tak berniat nak pergi pun,ditambah pula hujan yang agak lebat.Tapi,memikirkan waktu itu aku tidak punya kerja (LI aku dah siap)aku gagahkan juga,meredah hujan.

Aku sampai agak lewat sebenarnya,dalam pukul 1610.Aku ingat aku datang lewat,rupanya si penceramah tak datang lagi.Petang-petang senggini memang jalan penuh sesak.Aku yang naik motorsikal ni pun tak leh nak menyelit sangat,terpaksa ambil jalan alternatif

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh pelajar Indonesia.Sesudah itu,ketua UNIVERSE,lupa plak namanya siapa menyampaikan kata alu-aluan.Dia menceritakan kisahAmbon(semua tahu kan?)Aku tak tahu secara detail apa yang berlaku.Tapi dapat mendengar kisah ini dari salah seorang yang asli dari Ambon,ia membuat aku teruja.Secara geografinya,wilayah umat Islam di Ambon terletak di tengah dan dikelilingi wilayah-wilayah bukan Islam.Pada hari pertama kejadian,Masjid utama di Ambon dibom seusai solat Jumaat.Dan bagi si pencerita,baginya inilah jihad.Kita yang diserang.

Jadi,apa sih jihad ini?

Ustaz Suherman tiba dalam pukul 1645.Aku sebenarnya tak sempat nak faham apa yang dibicarakan oleh ustaz.Bahasa dia tinggi sangat,laju pula pertuturannya.Berkerut dahi aku.Nasib baik sahabatku,Hayat yang menerangkan kembali.Terima kasih,jzkk!

Persoalan pertama.Adakah ini jihad? (merujuk tindakan pengebom bali)

Jihad atau terrorisme?
Secara jujurnya,si ustaz berkomentar.Bagi saya ini bukan jihad.
Jihad itu secara definisinya juga telah jelas.Melihat dari segi perang,kita boleh menyatakan jihad apabila:
1-kita ingin menegakkan syariat Allah di muka bumi ini,seperti yang dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah dan mereka yang terdahulu.
2-Menjaga kaum yang lemah..lebih kepada menghapus sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah terhadap kaum yang lemah.
3-Disyariatkan oleh Islam untuk menghentikan kezaliman.Lebih kurang sama seperti nombor dua.

Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia,maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia(5:32)

Terrorisme itu lebih subjektif.Definisinya juga tidak jelas.Aku tak sempat nak salin satu.Maaf ye.Namun,jika ditanya perihal video dan cakap-cakap orang tentang pengebom bali kuburnya berbau wangi,ustaz itu menyatakan saya tidak tahu..kerana sememangnya itu sudah melibatkan urusan mereka dengan Allah.

Dan di akhir kata,ustaz itu menarik kami memikirkan sesuatu yang tak pernah aku fikirkan selama ini(aku je kot,coz aku tak ambil peduli sangat tentang hal ini,aisehh)Selama pengkajian terhadap peristiwa pengeboman Bali ini,ada beberapa perkara yang masih lagi menjadi rahsia dan menjadi persoalan di minda ahli-ahli pemikir Indonesia.Si ustaz meninggalkan kami dengan beberapa fakta:
1-Seorang pakar fizik Indonesia menyatakan bom yang digunakan semasa peristiwa Bali adalah antara yang tercanggih,dan beliau menyatakan tak ada seorangpun rakyat Indonesia yang mampu membuat bom sebegini.
2-Pengebom bali tidak pernah mampu mencipta kembali bom yang pernah dibuat.Atau pihak berkuasa tidak pernah menyuruh mereka mencipta kembali bom seperti itu(jika benar mereka yang melakukannya).Kesimpulannya,tidak ada rekonstruksi katanya.
3-Bahan yang digunakan untuk membuat bom hanya terdapat di 3 buah negara sahaja.Pertama Jerman,kedua Inggeris(aku rasa Britain) dan ketiga Israel.
4-takyah la..aku tak sempat salin,huhu.

Ustaz membuat aku teruja,membuat kami berfikir persoalan utama.

Siapa sebenarnya yang bersalah?siapa dalang pengeboman bali ini?
Mungkin kes ini telah selesai,dan yang paling banyak dibicarakan adalah syahidnya pesalah-pesalah terbabit.Namun,jangan dilupakan 3 poin di atas,kerana persoalan ini sememangnya belum selesai.

Lantas apa tugas kita?
Ustaz berkomentar.Kamu harus lulus sebaik-baiknya dan mengembangkan ilmu kamu.Semasa Konferens Palestin di Indonesia,Imam Masjid Al-Aqsa pernah berkata,kami tidak membutuhkan mujahid dan mujahidah,kerana semua warga Palestin siap untuk syahid.Yang kami butuhkan adalah ubat-ubatan,wang dan senjata.Silakan kalian bantu kami.Inilah tugas kita di sini.

Kerana itu hendaklah orang-orang yang menjual kehidupan dunia untuk (kehidupan) akhirat berperang di jalan Allah.( An-Nisa'4:74)

Diakhir kata,Ustaz menyatakan:

Negeri ini membutuhkan para dokter yang sangat banyak.Silakan kalian belajar bersungguh-sungguh,bekerja di bahagian pedalaman yang amat sedikit dokter yang mahu ke sana.

Hurm..aku terpaku.Di manakah aku?Pernah terfikir untuk bekerja di pedalaman?

wallahu a'lam