Sabtu, November 22

Terukkah aku ini?

Salam.
Tadi aku sempat membaca blog sahabatku yang aku kenal dalam usahaku mencari sahabat lamaku yang dah lama tak jumpa.Dalam sakit selepas pembedahan,dia masih mampu menulis entri terbaru.Aku jadi malu padanya.Aku yang sihat tubuh badan ni nak tulis entri terbaru pun ambil masa.Pengajaran nombor entah ke berapa dah aku belajar,sekalipun kamu menghadapi kesukaran,lakukan segala yang kamu mahukan dalam hidup,tanpa pernah mengira betapa susahnya kamu...kerana hidup ini sangatla singkat,jangan bazirkan masa kamu atas sesuatu yang tak patut-Dr Eva,Khamis,15Nov2008.

Suatu hari,aku menelefon rumah.Aku rindu bangat pada keluargaku di kampung,spesifiknya di Kuala Krai,Kelantan.Ahli rumah yang ada pada masa tu,hanya empat orang je.Ayahku,ibuku,abang ngahku dan adik bongsuku.Yang lain berhijrah.Lama tak berbual dengan mereka.Dari abah,ma,abe ngoh dan adik nor(hehe).Macam-macam yang kami bualkan.Ayahku dan ibuku seperti biasa akan bertanya hal pelajaran.Terkial-kial aku mencari ayat yang paling mudah agar mereka memahami apa yang aku bicarakan.Kalau berbual dengan abe ngoh,mesti ambil masa yang lama.Aku paling rapat dengan dia.Betullah orang kata,jika kamu mahu mengubah dunia,ubahlah diri kamu dulu.Masa tuh,abe ngoh sedang sibuk membaca novel Ungu Karmilla,karya Ramlee Awang Murshid.Dulu,aku je yang layan baca novel ni..sekarang hampir semua layan.Mak aku,kakak aku,abe ngoh,adik nor..ayah aku tak layan novel,tapi dia layan buku-buku agama.Sekurang-kurangnya,aku berjaya ubah sikit keluarga aku agar lebih suka membaca.rite?

Terakhir,adalah adik nor.Banyak yang kami bualkan.Dari hal peribadinya hinggalah ke persiapannya yang bakal menghadapi SPM.Di akhir perbualan kami,sempat aku bertanya sesuatu padanya.

"Adakah aku kakak yang baik buatmu?"

"Ya,kamu kakak yang baik" jawab adikku

"Bagaimanakah baik itu?"

"Baik jela" jawab adikku lagi

"Apakah definisi baik itu?Adakah yang hanya mendiamkan diri dan membenarkan apa yang kamu lakukan walaupun perbuatan itu adalah kebohongan semata...atau yang berterus-terang padamu biarpun ia merupakan sesuatu yang tidak enak pada pendengaranmu,dan ia memang menyakitkan kamu?"

"Bila kamu berterus-terang padaku" jawab adikku ringkas.

Tidak ingin kutuliskan perbualan seterusnya di sini.Tapi yang pasti,aku berterus-terang,walaupun kenyataan itu menyakitkan hati adik bongsuku ini.

Secara teorinya ianya nampak seperti senang.Tapi secara praktikalnya,bagi aku sangatla susah.Aku mendiamkan diri bila mana sahabatku melakukan sesuatu.Aku mengikut rentak mereka sedangkan hakikatnya aku perlu tegas.Aku juga memerlukan mereka yang menyatakan kebenaran padaku..kerana itulah gunanya sahabat.

Satu tazkirah dari seorang sahabatku semasa kumpulan belajar dulu.Siapakah manusia yang paling kejam?Lantas si A menjawab,aku yang paling kejam kerana aku membelasah seorang perempuan.Lantas si B menjawab,akula yang paling kejam kerana aku merogol seorang perempuan dan membunuhnya.Lantas si C menjawab.Aku yang paling kejam antara kalian kerana aku tidak berbuat apa-apa*

Mulutku seakan-akan terkunci apabila berhadapan dengan sahabat-sahabatku.Aku tiada keberanian itu.Keberanian untuk menyatakan kebenaran.

Am i bad?

*Aku lupa camner cita sebenar..yg penting pengajarannya.

p/s:perbualan aku dan adikku mestila dalam loghat kelantan.Bila tgk balik,lawakla plak.Ayu semacam je care aku cakap ngan dia.

Tidak ada komentar: