Rabu, November 12

IMPIAN dan EDENSOR

Arai menatap papan tanda nama itu,matanya berkaca-kaca.Kami duduk di bawahnya,diam,tidak berkata-kata.Kami tak punya apa-apa lagi,tubuh kami ngilu,tak bertenaga,tak sanggup melangkah lebih jauh.Puluhan ribu kilometer telah kami tempuh,berbulan-bulan menjelajahi Rusia,dengan cara yang tak akan pernah dipercayai sesiapapun,dengan kisah yang kata-kata tak akan cukup untuk melukiskannya.Di bawah tiang arah itu,aku takjub akan kekuatan mimpi-mimpi masa kecil kami.Sesungguhnya bukan kami,tapi mimpi-mimpi masa kecil inilah yang telah menaklukkan Rusia.

Bermimpilah,kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu.

Edensor karya Andrea Hirata
The work of Allah is beyond the limits of human minds

Salam.
Aku sebenarnya ingin mencoretkan sesuatu pada entri kali ini.Namun,entah mengapa otakku tidak dapat berfikir 2-3 hari ni.Aku kebuntuan.Mencari-cari idea apa erk aku nak tulis tentang Edensor.
Ingin sekali aku bercerita serba ringkas tentang novel Edensor ni yang aku dok ulang ulang ulang baca ni.

EDENSOR
Merupakan novel ketiga karya Andrea Hirata yang juga merupakan tetralogi dari novel paling laris di Indonesia Laskar Pelangi.Apa yang menarik tentang Edensor dan semua novel-novel Andrea Hirata ni?Ia merupakan kisah hidup si Ikal (Andrea Hirata) dari zaman kanak-kanak hinggalah dia melanjutkan pelajaran ke Perancis.Simple kan?Lantas apa istimewanya?Kisah si Ikal ini adalah kisah benar,tapi mungkin diolah sedikit untuk menjadikan ceritanya lebih menarik.Namapun novel.Ia digarap dengan sangat indah,bahasanya lebih santun dan sesiapa yang membacanya akan belajar untuk menyikapi sendiri hikmah dari setiap apa yang terjadi dalam hidup.Andrea Hirata adalah salah satu sosok manusia yang melakukan apa yang diimpikan sejak kecil.Dia merealisasikan impian masa kecilnya...iaitu belajar di Perancis,menjelajahi Eropah sampai Afrika walau apapun yang terjadi(ye,walau apapun terjadi kerana dia adalah dari salah seorang rakyat Indonesia yang dilahirkan dari keluarga yang kurang mampu)

IMPIAN
Jadi,apenye aku nak tulis nih?aku buntu lagi.Adakah aku stress?ngeh3..angin takde,ribut takde aku stress.Lupakan hal itu.Berbalik soal nih.Pernahkah kita betul-betul mengejar impian kita?

Dan apabila kamu melakukan sesuatu,maka seluruh alam dan seisinya akan turut serta bersama kamu membangunkan impian kamu (The Alchemist karya Paulo Coelho)

Disebalik impian setiap insan,akan ada yang mendengarkan.Allah s.w.t mengetahui lipatan hati yang terdalam.Kerana itu,bermimpilah kerana tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu.Allah sangat mendengarkan kata hatimu,sangat ingin bersamamu dalam mengejar impian kamu,malah Allah sangat malu jika keinginanmu itu tidak dapat dipenuhi.

Dan sekiranya kita telah berusaha dengan sekuat daya untuk mencapai impian kita,tapi pada akhirnya apa yang kita temukan adalah titik kosong,ketahuilah perancangan Allah adalah yang terbaik.

...boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)

Dan di sinilah kita belajar utuk menerima kenyataan.Kenyataan yang harus dihadapi sepahit apapun keadaannya.

Jangan takut untuk bermimpi.Semuanya tidak mustahil.Dan impian yang paling agung dan paling utama adalah mencari mardhotillah,mencari keredhaan Allah s.w.t.Semoga kita semua mendapatkannya.

Hari ini mungkin pengunjung ke blog aku tak ramai,mana tau 5 tahun akan datang blog aku penuh sesak..haha

Tanpa keberanian impian tidak akan menjadi kenyataan.
salam

mimpi=impian.

p/s:sebenarnya aku ingin menulis pandangan aku tentang reaksi kemenangan Obama di Indonesia,tapi nampaknya bende ni dah basi.Ustaz Asri pun dah bg komentar penuh di utusan.Yang pasti aku juga sptnya.tidak berkenan dengan reaksi media Indonesia yang agak menghiperbolakan kemenangan Obama,ibarat Obama adalah dewa keamanan yang mampu mengubah dunia menjdi lebih baik.

5 komentar:

As mengatakan...

salam

u can email to me u phone number, i'll pass to islah a.s.a.p :)

biiznillah

Nurul Amiza mengatakan...

saye tak bce lgi buku edensor tu, so takle komen.(alasan hehe..)

ni nak cerita pasal obama w/pun dah basi.tak tau naper sye ni myb lebih su'ul zhon pd die eventhough rmai mcam suke n agung2kan die.

ani dah bace pendapat ustz halim?menarik juga la kupasan die especially ulasa tentang kenyataan presiden MCA memuji kemenangan Obama dgn mengaitkan isu perkauman yang masih membelenggu Malaysia.

http://inijalanku.wordpress.com

hana mengatakan...

tq atas perkongsian.InsyaAllah akan saya baca =)

Farhan mengatakan...

salam.
tak basi lg cite obama tu amiza.
cuma tumpuan je berbeza..kat dunia islam mungkin duk menanti dasar dia ke atas islam..kat sini, tumpuan pada obama lebih kepada kemampuan dia menangani krisis ekonomi.sesuai la dgn suasana gawat ni.cuma sy bimbang dengan penilaian ustaz2 kita kat malaysia yg mungkin menilai dia setelah baru mengenalinya 2-3 bulan ketika presidential election sdg hangat.adilkah kita utk judge dia sedangkan dia blm mengangkat sumpah lg dan masuk pejabat lg? tp tak hairan kalau ramai yg syak ngan beliau. beliau ni kira muka baru sgt la kat sini.baru satu penggal jadi senator. 3 tahun je.pasti ada sesuatu istimewa yg menjadikannya naik begitu cepat.

saya bukanlah kenal sgt pak cik obama ni. tapi sy juga seperti orang lain, mengharapkan perubahan dr beliau. kalau dgr speech dia kat youtube mungkin tak memberi penilaian yg tepat utk beliau, boleh baca 2 buku yg ditulis beliau, audacity of hope & dreams from my father. sgt menarik.dan mungkin boleh paham mengapa slogan 'change we can believe in' dipilih beliau.

umat islam kat sini pun berjaga2 sebenarnya selepas ramai memberi sokongan kepada bush pada thn 2000 hanya kerana al gore memilih joe lieberman(seorang yahudi) sbg VP beliau.kita sendiri boleh menilai kerosakan hasil pentadbiran bush hari ni.

bagi saya, kita tunggu dan lihat.jgn terlalu cepat menilai.

my 2 cents.

hana mengatakan...

wslm.
tak sabarla plak nk p cari buku2 tuh.harap buku tuh tak tebal mane.
terima kasih atas 2 cents awk.

my 2 rupiah dh sy bg lam email(rp je,tgh muflis idea..hehe.)

'beliau ni kira muka baru sgt la kat sini.baru satu penggal jadi senator. 3 tahun je.pasti ada sesuatu istimewa yg menjadikannya naik begitu cepat'-satu yg sy perhatikan ntahla btul ke x coz sy ni pemerhati tak tetap pn,beliau bijak n pandai berbicara,disiplin dlm b'kempen dan pandai mengurus dana kempen.nmpk cam dia lebih berkaliber.spt awk pnah tulis dulu,beliau tau ape yg beliau nk buat dlm ms 4 taun.harapnya he'll get the job done.

sy lebih memandang realiti berbanding ramalan semata.
wallahu a'lam