Senin, November 17

Cuti

Salam.
Alhamdulillah.Kami mendapat cuti 11 hari pada bulan 12 ni.Cuti Krismas dan juga cuti akhir tahun.Setelah cuti kami diubah-ubah.Dari ada cuti,takde cuti dan sekarang konpem ada cuti.Macam-macam dah kami tempuh.Dari nak ke Bali then terpaksa meng'cancel'kannya dek semata-mata tak de cuti ni.Sabar jela dengan sistem di sini.Inilah kelemahan yang aku perhatikan sepanjang 3 tahun aku di sini.Sangat tak sistematik.Jika diorang nak ubah cuti,senang-senang je bagitahu kami cuti sekian-sekian.Tak pernah langsung nak fikir pasal pelajar yang dah beli tiket balik Malaysia.Ingat beli tiket kapal terbang sama dengan beli lumpiah?Sangat melucukan bila doktor kami asyik menasihati kami agar lebih sistematik padahal tak pernah sekalipun fakulti ini mengamalkan sikap bersistematik ni.Dan ini bukan saja berlaku di universiti aku je,tapi jugak berlaku di universiti lain di Indonesia ni.

Bila dah dapat cuti ni,adala suara-suara bertanya.Tak nak pergi mana-mana ke?Rancangan ke Bali memang dibatalkan kerana duit yang dikumpul telah digunakan.Dah tak de duit baru nak bagitau ada cuti.Pengajaran no 1:jangan menggunakan simpanan anda untuk sesuatu yang tidak perlu.
"Ani betul tak boh gi?"
"Betul,tak boh"
"Nape?"
"Malas."
Sebenarnya ayat yang paling sesuai ialah tak de mood.Aku memang takde mood nak travel mana-mana kecuali Taman Bunga,sebab tempat ni ada mercu tanda negara-negara luar.hehe.Dan bila aku cakap camni,mesti ada yang cakap.Alang-alang dah sampai sini,pi la melancong.Kenal tempat orang,budaya orang.Namun,aku masih juga berdegil.Nampaknya teori hati perempuan ibarat kerak nasi tidak dapat di'apply' pada diriku.Walaupun dipujuk rayu oleh si sahabat,aku tetap berdegil.Maaf ye sahabat sekalian.Tak berniat langsung nak 'spoil the fun'.Tapi,serius aku betul-betul takde mood nak berjalan-jalan ni.

Aku sebenarnya rindu.Rindu pada satu tempat ni.Ingin sekali aku menjejakkan kakiku ke sana.Aku ingin ke Mekah,melihat sendiri kaabah yang menjadi kiblat utama umat Islam.Mahu ke Madinah,bersembahyang di Masjid Nabawi,ke makam Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan banyak lagi.Inilah tempat yang sangat ingin aku jejakkan kaki.Memikirkan umurku yang sudah 21 tahun,yang mungkin esok atau lusa akan dipanggil Allah,aku tertanya.Apakah usahaku untuk ke sana?Aku malu jika aku punya wang,membeli bermacam-macam keperluan tapi tak pernah sekalipun aku berniat menyimpan wang yang aku ada untuk ke Mekah,walaupun hanya sekadar ziarah.Aku jadi sangat malu,bila duit yang aku ada digunakan untuk hal-hal keduniaan je.Aku malu,jika masa kini aku punya waktu,tapi banyak waktuku untuk hal-hal dunia(bermain,bergurau-senda,bermalas-malasan).Dan aku jadi tersangat malu pada Allah menghabiskan rezeki yang diberikannya untuk diriku tapi tak pernah aku gunakannya pada jalanNYA.

Seseorang yang aku kenal bergaji rm15k per bulan,mampu membeli apa saja,renovate rumah berpuluh-puluh ribu,kereta 2-3 buah,motor harley davidson tapi tak pernah terfikir langsung untuk menggunakan duit yang dia ada untuk menghantar ibu bapanya ke Mekah.Aku tak nak jadi camni.Asyik mengejar kehidupan dunia sehingga akhirat dilupakan.Kalau bukan sekarang aku menabung,bila lagi?Mungkin tabunganku masih sedikit kerana aku masih pelajar,tapi sikit-skit lama-lama jadi bukit.

Aku tak nak pergi mana-mana kerana aku nak pergi Mekah dulu.Sangat menyedihkan bila kita ada banyak wang,mampu travel keliling dunia namun kita melupakan Mekah sebagai destinasi utama.

Aku bercakap untuk diri aku sendiri sebelum aku bercakap tuk orang lain.Kerana aku juga masih lagi melakukan perkara-perkara yang menyedihkan ini.
Sangat menyedihkan,bila aku boleh membeli nasi padang,tapi aku hanya memberi derma tak sampai separuh dari harga nasi tersebut untuk mereka yang menghulurkan tangan meminta sedekah.
sangat menyedihkan,bila aku boleh membeli pakaian-pakaian baru tapi untuk menderma ke rumah anak yatim aku hanya memberi mereka pakaian lama.
sangat menyedihkan bila kita asyik mengejar dunia sedangkan akhirat adalah tempat kembali yang kekal abadi

Wallahu a'lam
salam.
p/s:atas sebab-sebab tertentu,ruangan komentar terpaksa di'approve' dulu oleh tuan empunya blog untuk mengelakkan sesuatu yang tak diingini.Maaf jika kalian pernah terbaca komen-komen yang tidak enak.

2 komentar:

Nurul Amiza mengatakan...

salam.em, syukran utk peringatan ni ani.em, sye ni pun byk hbiskn duit utk dunia jer, kumpul2 duit, pastu guna balik..huhu..

mmg kne disiplin diri nak kmpul duit ni.
mge makkah menjadi destinasi utama kta semua bkn london, paris, australia n etc.(nsihat utk diri sndiri).serius, hati rasa rndu tiap kali musim haji..apakn daya msih tdk mmpu tp mari usaha skrg..^^

hana mengatakan...

wslm.peringatan ini untuk sy jgk.kali ni sy betul2 sedih,mieza.terima kasih tuk komen.InsyaAllah,mari kita usaha =)