Rabu, November 5

Catatan Masa Silam

Terlalu lama permusuhan itu terjadi.Namun,tiada siapa yang mengingatkanku.Aku leka dengan dosa-dosaku.Meninggikan nilai permusuhan,dan merendahkan nilai kemaafan.Sungguh sombong diri ini,tidakkah kamu lupa kamu itu hanya hamba Allah?

Allah s.w.t berfirman:Kesombongan adalah selendangKu.Keagungan adalah sarungKu.Barangsiapa merebut salah satunya,akan Aku masukkan dia ke dalam neraka
(HR Muslim,Abu Daud dan Ibn Majah)

Selang beberapa waktu,aku diingatkan:

Pengetuaku berucap di perhimpunan harian kami.Rasulullah s.a.w memberitahu kita haram bermusuhan sesama muslim lebih dari tiga hari

Ucapan beliau menusuk hatiku.Sepanjang hari aku tidak tenang.Berduka.Kerana kejahilanku,aku bermusuhan.Lantas,aku menangis tanpa henti..memeluknya sambil berkata "maafkan aku".

Namun,seringkali manusia lupa.Aku manusia biasa yang sering lupa.Dan buat kali kedua aku ulangi kesilapan sama.Aku lupa akan balasan Allah.Lantas,permusuhan terjadi lagi.Kerana kebodohanku,kerana aku manusia berjiwa kecil,kerana aku manusia yang kurang matang dan kerana aku sememangnya manusia,yang seringkali lupa dan perlu diperingatkan.Siapakah yang mengingatkanku?

Rasulullah s.a.w bersabda:setiap hari isnin dan khamis pintu syurga akan dibuka.(Ketika itu) Allah akan mengampuni setiap orang yang tidak menyekutukannya dari apa pun.Kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya.Allah berfirman kepada malaikat:Jangan kalian hiraukan mereka berdua(wahai para malaikat)!Kecuali mereka berdamai(HR Muslim,Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Airmata ini jatuh lagi.Namun apa gunanya...

Peringatkan aku,sahabat-sahabat sekalian..kerana aku sering lupa.Aku yang sedang belajar,belajar erti persaudaraan.Ajari aku,tegurlah aku.Tanpa teguran dan nasihat kalian,mungkin aku lupa.
Ingatkan aku agar aku tidak lupa.
Wallahu'alam.


4 komentar:

نورحانيسه mengatakan...

Salam ani. huu sedih la entri nih. sbb sy pernah mengalaminye gak. rase bersalah sgt. thanx for dis entri.

hana mengatakan...

wslm..takpe nisa..kita same2 belajar..moga kita tak ulanginya lagi,insyaAllah.
welcome..dan terima kasih tuk komen

Nurul Amiza mengatakan...

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Jika sahabat kita melakukan kesilapan, jangan lupa kita juga manusia sepertinya.Kerana iman kta yang sering berbolak balik.Berdoalah moga ditetapkan dan ditingkatkan iman.

Moga kita saling bermaafan dan redha antara satu sama lain, moga ukhuwah terbina atas dasar akidah berkekalan.^^

hana mengatakan...

terima kasih atas komen yang sungguh bermakna.Yup..setuju,manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan.

Forgive me for my badness,my friend.
Ukhuwah fillah abadan abada,InsyaAllah.