Sabtu, November 8

budi

Salam

Aku agak terpukul dengan artikel sahabat aku.Mungkin kerana aku juga salah seorang yang menulis sesuatu tanpa nilai apa-apa.Rasa bersalah itu datang.Maaf ye,tak berniat pun nak tulis artikel yang tak berguna sebenarnye.Apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu yang berfaedah?Sesuatu yang berguna?Bukan sekadar sampah semata-mata?Tepuk dada,tanya iman.Aku juga masih kabur tentang hal ni.Mungkin kerana ilmu di dada yang sememangnya masih cetek,aku masih tidak mampu menilai yang mana sebenarnya yang bermanfaat dan yang mana sampah semata(aku cakap benda mengarut lagi).


Bukan aku tak mahu menulis tentang isu-isu semasa.Bukan,malah aku lebih senang jika diberi peluang.Dan aku juga bukan tak mahu menulis masalah ummah,hal Palestin,Iraq,Afghanistan hatta Malaysia sekalipun.Cuma,mungkin kerana aku memiliki sikap ‘low self esteem’ yang tinggi yang menyebabkan aku diam membisu dengan isu-isu sebegini.Nampaknya,aku perlu tingkatkan sikap percaya diri aku.Dah umur 21,tapi masih tak tahu macam mana nak jadi manusia.Kena muhasabah lagi ni.


HIPOKRIT

Seringkali aku berjumpa dengan golongan sebegini.Terhegeh-hegeh meminta tolong,tapi bila diri sendiri yang diharapkan,terus diam membisu.Dalam mahu atau tidak mahu.Jika yang sememangnya bersikap terus-terang.akan terus menyatakan tak nak.

Mereka yang sebegini hanya meninggalkan parut terdalam di hati aku.Aku tak salahkan mereka.Setiap manusia berbeza prinsip.Mungkin kerana prinsip aku yang tidak akan memutuskan harapan orang serta akan menolong sedaya yang boleh.Akhirnya,aku dapat adalah kepuasan,kan?Aku juga tidak mengharapkan apa yang aku buat dibalas.


Salah satu sebab kenapa saya melakukannya adalah kerana tidak ada sesiapa yang mahu melakukannya

John McClane,Die Hard 4.0


Aku pelajari sesuatu bila aku menonton filem ni.Dan inilah yang aku pegang.Aku buat kerana tak de orang yang sanggup melakukannya.Jika fikir hal sentuh-menyentuh antara lelaki dan perempuan,aku pun tak nak buat.Dan inilah alasan yang digunakan oleh semua pelajar perempuan apabila doktor menyuruh salah seorang antara kami menjadi ‘standardized patient’ untuk pelajar lelaki.Hello,korang ingat pelajar lelaki nak ke jadi standardized patient korang?Diorang pun tak nak.Mereka rela dalam keterpaksaan.Mereka juga rasa ternoda!Solusinya?


BELAJAR DARI ALAM

Hukum Newton ke3* menyatakan jika sesuatu objek diberikan sesuatu daya,objek itu akan bertindak sama atau lebih dari daya yang dikenakan.Objek yang tidak bernyawa pun akan memberi tindak balas yang sama atau lebih.Ini lumrah alam.Di manakah kita sebagai manusia yang berakal?Jika kamu buat baik pada orang,InsyaAllah orang pun akan buat baik pada kamu.Wanita yang baik adalah tuk lelaki yang baik,kan?Begitulah hidup ini pun.Aku galakkan korang baca artikel kak Dibah ‘terhutang budi’.Aku ambil sedikit dari tulisan dia yang aku rasa menarik:


sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia.
kak dibah:terhutang budi


Maaf jika ada terkasar bahasa.Sebarang komen amatlah dialu-alukan.

Wallahu’alam

*Aku ingat-ingat lupa pasal hukum ni,sila check balik.Kalau salah sila betulkan.

2 komentar:

Nurul Amiza mengatakan...

salam sahabatku,
macam emosi jer..
tp, thanks utk artikel ini.w/pun agak keras tp menyedarkan diri yang selalu lemah utk bertindak@hipokrit.

moga ani dapat menegur dan nasihat saya selalu.^^,

jazakillah.

hana mengatakan...

wslam mieza..keras erk?maafla..emosi sket..ni sebenarnya catatan diari saya dulu,semasa saya di system ems n neuro yang pada mase tu hanya ad sorang je lelaki dalam tutor saya.
InsyaAllah,next time agak lembut sket.

Semoga kita saling nasihat-menasihat.Itulah gunanya sahabat.Sangat berbesar hati dapat sahabat cam awak.Tak tipu ni =)

jzkk