Sabtu, November 1

manusia pelbagai ragam

Orang kata:
once become a doctor,forever a student
Ini kata-kata yang dah terngiang-ngiang di kepala aku sejak aku membuat keputusan mengambil jurusan perubatan.Aisehh...boleh ke aku ni jadi pelajar seumur hidup?Baca buku,jurnal,artikel-artikel terbaru dunia perubatan dan lain-lain lagi seumur hidup aku?Nasib la..sape suruh pilih perubatan.Aku bukanla mahu mengeluh,kerana ini adalah pilihan yang aku buat.
Ya Allah,moga Kau permudahkan jalanku.

Okla,berbalik pada tajuk kali ni.Manusia pelbagai ragam.Ada apa dengan tajuk nih?
Aku ingin kongsikan sesuatu yang aku dapat dari Dr Rizki,seorang doktor pakar jantung yang suatu masa dahulu pernah menjadi tutorku.Dia berkata kepada kami
Banyak manusia,banyak ragamnya.Satu hari kamu pasti ketemu dengan macam-macam orang.Ada yang sangat membantu,bekerjasama dengan kamu,ada yang terlalu perahsia,sehingga susah untuk kamu dapatkan maklumat darinya,ada yang mudah marah dan macam-macam lagi.
Pada akhir perbualan kami,dia menyatakan:
Jadi doktor kena sabar ya!
Kata kunci di sini,SABAR.
Dahulu,aku akui aku mudah naik angin.asal ada je hal yang tak kena dengan jiwa aku,terus melenting sakan.Sekarang ni pun ada lagi perangai nih.Huhu...kan manusia tu tidak sempurna,tapi seseorang tu boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya(ciplak ayat kawan aku)

Setiap orang ada perangai masing-masing.Aku juga begitu.Macam mana sikap kita terhadap sesuatu mencerminkan personaliti diri kita.Adakah kita ni bersikap reaktif atau proaktif.Dalam hal ini,aku lebih suka memilih proaktif.Seringkali aku dikejutkan dengan berita yang tak disangka.Contohnya,tunggu bukan main lama,ada kala 2 jam,tiba-tiba leh plak teteh devi kata kat kami hari ini tak de lecture.Kalau korang,membara tak?aku?dalam hati membara gak.Tapi di sinilah sikap proakif atau reaktif ditunjukkan.Aku pun bukanla baik mana pun,tapi dalam situasi ini,aku lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri.

Bukanlah gagah itu pada orang yang kuat bergusti, akan tetapi gagah itu adalah orang yang menguasai dirinya ketika marah

Setiap orang berhak untuk marah,tapi kan lebih baik bersabar

Dan bersabarlah kamu,
Dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah(an Nahl 16:127)

Satu hari kita akan menghadapi dunia.Jika bukan sekarang,bila lagi kita akan belajar untuk bersabar?
Entri kali ni bukanlah ditujukan kepada sesiapa melainkan diri aku sendiri.Aku pun tak tau apa yang aku tulis ni betul ke tak.
Dan aku akhiri tulisan aku dengan Allah Maha Mengetahui.
salam


2 komentar:

Ayatunnisa mengatakan...

Salam ziarah ani.hehe tahniah kerana telah membina sebuah blog utk perkongsian bersama. Nice entri. kan sy dah kate ani berbakat menulis. Jom same2 mengasah lagi penulisan yg lame ditinggalkan. Selamat menulis.

hana mengatakan...

terima kasih nisa-chan atas komen.hehe..saya bese-bese je nisa.masih banyak kena belajar dengan awak dan mieza.sila beri tunjuk ajar ye.

salam tinta!